Khamis, 2 Mei 2013

Kerajaan Kehinduan: Dwarawati


Kerajaan ini bermula pada abad ke-6 M sampai abad ke-16 M dengan beberapa negara-kota. Ia boleh merujuk kepada jenis kebudayaan atau pun kawasan pentadbiran yang menyembah kepada ibu kota negara ini.

Itihasa

Menjelang abad ke-10 M, kerajaan ini mula ditakluki oleh empayar Angkor dan kawasan pra-Siam Tengah ditakluki maharaja Suryawarman II ketika awal abad ke-12 M. Negara kota Haripunjaya berjaya mempertahankan kedaulatannya sehingga lewat abad ke-13 M. Pada abad ke-13 M, negara Haripunjaya diserang oleh kerajaan orang Tai-Lanna.

Penduduk menggunakan bahasa Mon purwa tetapi sama ada puak di situ adalah sepenuhnya puak Mon masih lagi menjadi tanda tanya. Ada bukti bahawa kawasan pentadbiran negara ini mempunyai banyak jenis puak. Antaranya termasuklah puak Melayu dan puak Khmer. Teori penghijrahan orang Thai ke kerajaan Dwarawati ini tertolak dan terbukti berlaku lewat ke belakang.

Sabdawali Dwarawati ini didapati dari matawang pitis yang tercatat nama Seri Dwarawati dalam bahasa Sanskerta. Perkataan ini membawa arti, "Tanah Bergerbang Banyak". Mungkin juga nama ini diterbitkan dari nama kota dalam Mahabharata iaitu, kota Dwaraka.

Pentadbirannya itu sangat sedikitlah pengetahuan sejarawan mengenainya. Didapati bahawa banyak negara-kota dalam negara ini dan hanya menyembah ke ibu kota. Ia terbentang dari kawasan pantai di semenanjung atas sampai ke kawasan bersungai Chao Phraya. Tradisi Hindu dan ajaran Buddha sangat ketara dalam negara purwa ini. Penempatan utamanya itu terletak di Nakon Pathom, U Thong dan Khu Bua sebelah Barat Sungai Chao Phraya.

Negara kota lain seperti Lopburi (Lawapura) atau Si Thep (Sri Dewa) juga dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu Dwarawati. Tetapi tidak pula menyembah ke negara Dwarawati pusat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan