Sebelum penaklukan negara Champa oleh maharaja Dai Viet, maharaja Le Thang Tong pada 1471, agama kebanyakan rakyat Champa adalah agama Hindu dengan kebudayaan Hindunya sangat tebal sekali. Aliran yang diikuti mereka adalah aliran Betara Siwa dengan unsur-unsur adat kebudayaan tempatan seperti pemujaan dewi pertiwi, dewi Yan Po Nagar.
Lingam Perlambangan Betara Siwa
Lambang aliran Saiwa Champa yang utama adalah lingam, mukhalingam, jatalingam, lingam terbahagi dan juga kosya.
Lingam
Merupakan tiang batu hitam yang mewakili Betara Siwa. Raja-raja Champa purwa selalunya memasakkan tiang ini dan memberikan linga-linga kepada pihak pura diraja sebagai tanda kebaktian mereka kepada Betara Siwa. Nama raja-raja Champa juga akan memberikan nama kepada linga tersebut dengan nama mereka sendiri yang ditambah dengan imbuhan -eswara yang memberi pengertian kepunyaan Betara Siwa.
Mukhalingam
Lingam yang ini merupakan lingam yang diukir atau dilukiskan rupa Betara Siwa.
Jatalingam
Lingam yang dipasakkan dengan perwakilan rupa Betara Siwa bersanggul rambut-Nya.
Lingam Terbahagi
Lingam ini dibahagikan kepada tiga bahagian bagi mewakili Trimurtih. Bahagian terendah sekali berbentuk empat persegi itu mewakili Betara Brahma. Yang tengah berbentuk astakona mewakili Betara Wisnu, manakala bahagian teratas sekali berbentuk bulatan mewakili Betara Siwa Maheswara.
Kosya
Kosya ini adalah bakul bulatan diperbuat dari besi bernilai yang digunakan bagi menutup lingam. Dana berbentuk kosya sebagai hiasan lingam ini merupakan satu ciri tersendiri bagi aliran Hindu Saiwa di Champa. Raja-raja Champa turut memberi nama kepada kosya mereka, seperti juga lingam dinamakan sempena nama mereka.
Terganggunya Agama Hindu Saiwa
Perkembangan agama Hindu Saiwa dalam masyarakat Champa terganggu pada sekitar abad ke-9 sampai ke-10 M. Keadaan ini terjadi apabila negara-kota Inderapura menerima pakai ajaran Buddha Mahayana. Kesenian Buddha di Dong Duong yang merupakan tapak Inderapura menerima pengiktirafan khusus kerana cirinya yang tersendiri. Bermula abad ke-10 M, ajaran Hindu mula kembali semula ke Champa. Setengah tapak mempamerkan karya arca Hindu dan senibina pada abad ke-10 M, seperti di My Son, Khuong My, Tra Kieu, Chanh Lo dan Thap Mam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan