Sabtu, 15 Jun 2013

Kebaktian yang Lebih Utama

  

Siri ramana tava charana dorakuvude hyaginnu Parama papishata nanu Narahariye ninna nama smarane madade vyarta narakakke guriyadeno deva. Sakalyadinda salagramakabisheka akalhalali madade Nalkentu nayigala saki maneyolu baduka bekemdu halu hoyde. Nalkemtu nayigala sakide maneyolagekaku buddigalimda gudigudi nasya pudi haki bamgiya sedide Lokanimdakanagi patakavu nechchi aneka jujugaladide bidade Uttama brahmanara vrittiyanu thegasi brahmahatyagaranu eniside... Matte mumji maduve samayakke na hogi satta suddiya pelide. Vittavidda avara benhatti dutara kaluhi kuttigeyanu koyside. Hattu janarenhanake nityakalhodeyutire mrityudevara eniside bidade. Kshitiyolage innaru hitava bayasuvarenage gatiyenu pelo konege. Satata tava dyanadali ratanagi iruva sanmatiyane. paliseiga. Patitapavananemba birudu avaniya mele shrutisarutideyo hige. Shitikamtanuta jagannatha viththala ninage nuthisi more hokke hariye doreye.

Kau lah yang dipuja Betara Siwa yang biru tengkoknya kerana menelan racun ketika Samudera Mantan. Kau lah Betara yang menarik segala papa dosa pemuja Mu. Wahai Hari, Kau lah Jagannata Wittala yang aku menjerit meminta perlindungan, "Kaulah penyelamatku, Kau lah pelindungku dan Tuan ku". Loka samuha, yang mengenali Mu itu memuja Mu sebagai yang mengangkat mereka yang jatuh. Wahai Tuanku, Yang Maha Penyayang, walaupun aku ini papa kedana karma, aparadhi berdosa, aku memohon anugerah Mu kerana Kau itu dikenali sebagai penebus yang para pendosa meniarap pada kaki Mu memohon ampun. 

Sebatang kara aku di loka maya ini. Bahkan dalam loka maya ini, siapalah yang akan mengharapkan kebajikan untuk ku dan aku tidak tahu perkara yang menanti ku di kemudian hari apabila aku meninggalkan lingkaran yang akan hancur ini. Aku merayu supaya Kau beritahukan aku apakah mujur ku yang tersisa itu? Karuniailah aku dengan kebijaksanaan biar melekat pikiranku pada merenung rupa Mu yang nirala dan moga terbit kesukaan dari renungan ini walaupun tanpa impian lagi.  

Samaya samuha berlalu dalam mendapatkan kekayaan dengan merampas harta yang lain maka tak ku sedarilah bahawa kebanyakan masa itu sudah terbuang berlalu begitu sahaja dan kini aku berdiri di tangga menuju ke bawah menghitung hari di depan Dewata Merityu (Yama). Baginda pastinya memanggilku dan menyenaraikan segala pekerjaan jahatku itu. Aku sudah merampas harta yang lain dan jika mereka tak mahu memberinya maka tiada aku teragak-agak mengupah kaki pukul membunuh mereka bagi tujuanku itu. Rosaklah pikiran ku ini. Pendosanya aku.

Aku telah meninggalkan para janani yang merupakan pemuja agung Mu dan yang menerusi karunia istimewa Mu itu mengetahui mengenai Mu sehingga ke tahap yoga yatha. Masa ku bukan dihabiskan berbakti kepada mereka sebaliknya masa ku itu dijadikan punca halangan kepada kebaktian mereka pula maka aku ini penjahat tiada taranya sudah. Dosa yang menimpaku itu sudah ke tahap membunuh Brahmana. Pada ketika manggala d rumah-rumah orang aku menjadi duta membawa warta buruk. Seri Jagannatha Dasaru cuba memberi ukuran kepada perbuatan buruk seseorang yang mencederakan yang lain dengan bercakap cara begini, beliau bukan membuat dosa begitu pun pada sebenarnya.

Orang-orang yang mendengar Nithi Bodhana dari purana dan sastera terusan melakukan karma yang dilarang. Mereka ingat bahawa mereka itu nanti tak akan diadili kerana mereka pun banyak berbuat kebajikan yang lain. Mereka menyenangkan hati mereka bahawa tak ada salahnya berbuat kesalahan sekarang kerana jelmaan kemudian masih boleh lagi berbuat kebajikan dengan lebih banyak. Ini suatu perjudian. Kenapakah ia dipanggil perjudian? Kerana bukan mudah untuk dijelmakan semula dalam rupa manusia pada masa depan.

Dengan pikiranku yang rosak ini, mengimpikan perkara-perkara terlarang, aku menghisap rokok dan ketagihan tembakau. Aku mengadu tak pernah habis-habis dengan lokamaya ini dan mengadu mengenai pengalaman yang aku tempuhi serta tidak cermat menanggapi suasana hidup. Aku mencemarkan jiwa ku dengan banyak karma terlarang. Aku mempertaruhkan nasibku itu tanpa penghujungnya dengan menyenangkan diriku memenuhi segala penghujungku yang mementingkan diri.

Daripada melayan segala papacara itu semua dengan memberinya peluang bertapak dalam pemikiran, maka lebih baik seorang itu menjalankan abhisekam kepada Nya dengan susu lembu. Ertinya, seseorang itu patut menggunapakai otaknya itu merenung kepada ciri-ciri dan rupa-rupa Nya sebagai yang dijelaskan dalam catur weda yang dilambangkan sebagai susu lembu.

Inilah cetera seorang raja agung yang meninggalkan kerajaannya, kedudukannya, kesenangan istana, para pengasuhnya, kekuasaannya serta lain-lain masuk bertapa dalam hutan bagi merenung Nya. Bayangkanlah pula orang biasa yang langsung tak ada wairagiya atau memutuskan segala keterikatan pada tubuhnya itu.

"Aku mahu membela anjing sebagai peliharaan dalam rumah ku dan memberi segala tumpuan dan memberikan segala yang terbaik untuknya". Maka dalam Bhagawata Purana diterangkan menerusi cetera seorang pemuja agung, Bharata Cakrawarti yang terperangkap dengan moha atau tertarik dengan pelanduk kecil yang dijaganya sesungguh hati dan ketika hampir kematiannya itu pikirannya itu cuma pada pelanduk itu maka dijelmakanlah dia pada jelmaan kemudiannya dalam tubuh pelanduk.

"Aku patut menjalankan abiseka istimewa saligrama yang merupakan nitya sannidhana Mu wahai Tuanku, dengan susu murni. Tapi aku tak pernah menjalankannya pun". Sri Jagannatha menyebut senarai perkara-perkara terlarang yang diperbuat seseorang, yang tak sepatutnya diperbuat dan perkara yang tak pernah dibuat tapi sepatutnya diperbuat. Sastera segala telah menggariskan segala karma yang patut diikuti dalam usaha mencapai tujuan hidup. 

Maka, inilah perbualan dengan Betara Wisnu mengenai kesedaran bahawa masa mencapai tujuan hidup itu dicemari dengan benda-benda yang remeh-temeh. Seri Jagannata Dasaru berkata bahawa dia sudah putus asa bagi mencapai perlindungan ke bawah duli baginda Betara Wisnu kerana segala dosa kejahatan yang diperbuatnya seluruh hidup, pertama dan utamanya "melupakan Nya". 

Wahai Betara Wisnu, yang memberi anugerah kepada Dewi Seri. Bagaimana caranya untuk aku mendapatkan perlindungan ke bawah duli teratai Mu sedangkan aku ini pendosa yang teruk? Wahai Sang Nara Hari, tanpa menjalankan Nama Smarana yang boleh mengangkat aku, aku sudah menyiakan masa hidupku dan aku pasti sekali bahawa aku ini pasti akan diseksa dalam neraka yang menakutkan, wahai Tuanku!". 

Dalam perkara membela anjing dalam rumah, Seri Jagannata Dasaru menyatakan bahawa dalam menjalankan salagram abhisekam, ada juga pembohongan padanya. Dikatakan bahawa memberikan belas kasihan kepada binatang atau bhutadayam itu suatu kepentingan, tapi membela anjing dalam rumah sebagai binatang peliharaan untuk bersuka-suka itu patut dielakkan seorang Brahmana. Sikap begini nanti akan memberi kesan pada pujadi nitya karma. Seri Jagannata Dasaru menekankan bahawa memberi anjing makan dengan niat atau tujuan melindunginya serta berbelas kasihan tetapi terlupa menjalankan nitya karma kepada saligrama bererti bahawa janganlah biarkan perbuatan memberi perlindungan kepada anjing itu melampaui kebaktian yang lebih utama. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan