Memaparkan catatan dengan label drawidia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label drawidia. Papar semua catatan

Khamis, 31 Oktober 2013

India Purwa: Kerajaan Kalinga

Om Swastiastu


Banyak juga sudah dibicarakan mengenai orang Hindu di Timur ini kerana ini rantau berpijaknya kita. Yang di Jambudwipam itu kurang pula. Maka, mahu lah kita memberi keseimbangan supaya semua anak Hindu sekelian mengetahui juga mengenai nenek moyang kita dan rantau-rantau nenek moyang kita di Barat sana. 

Kerajaan Kalinga ini mulanya adalah merupakan sebuah republik purwa yang dibangunkan di tengah India Timur sekitar 1200 SM. Ia mengandungi negeri moden hari ini iaitu negeri Odisa serta merangkumi rantai Andhra yang bersempadan dengan negeri moden Andhra Pradesh. Kaya lah tanah ini subur kerana saliran sungai Ganga-Damodara sampai ke Godawari melalui situ dan dari Teluk Bengal ke banjaran Amarkantaka di Barat. Rantau ini pernahlah terlibat dalam pertumpahan darah Perang Kalinga yang disertai maharaja empayar Maurya, Cri Maharaja Asoka yang Agung dari kerajaan Magadha sekitar 265 SM.  

Kebangkitan Kesatria Kharawela

Kharawela ini merupakan mahakesatria Kalinga. Baginda bertanggungjawab dalam menyebarkan ajaran Jina dalam rantau benua India tetapi kepentingan beliau ini selalu didiamkan sahaja dalam sejarah India moden. Menurut Prasasti Hatigumpha dekat Sri Bhubaneswar, negeri Odisa, baginda menyerang Rajagriham di Magadha. Keadaan ini memaksa raja Demetrius yang berbangsa Indo-Yunani lari ke Mathura.

Namun prasasti tersebut tidak membawa erti bahawa baginda menggabungkan Magadha ke dalam Kalinga. Ia cuma menunjukkan perkaitan kuat antara pemerintah Sunga, Sri Pushyamitra dan Agnimitra yang baru saja memulakan pemerintahan selepas menghalau keluar tentera empayar Maurya.

Empayar penganut Jina pimpinan Kharawela ini mempunyai empayar kelautan yang kuat dengan jalan perdagangan lautnya itu menghubungkannya dengan Sri Lanka, Burma, Thailand, Vietnam, Kemboja, Borneo, Bali, Sumatera dan Jawa. Penjajah dari Kalinga pun berdiam di Sri Lanka, Burma, dan begitu juga di Maldives dan pulau-pulau di Kepulauan Selatan di Asia Tenggara.

Catitan Itihasa Kalinga

Kalinga disebut dalam Adiparwam, Bhismaparwam, Sabhaparwam, Banaparwam dari Mahabharata. Raja Kalinga, sri Srutayu disebut menyertai peperangan Mahabharata dalam pihak Kaurawa. Kalinga juga disebut sebagai Calingae oleh Megasthenes dalam buku nya, "Indica and Megasthenes". Lalu disebut bahawa kedua-dua kerajaan Magadha dan Kalinga itu kedua-duanya merupakan kerajaan yang mengutamakan ajaran Jina:
Saliran Prina dan Kaina cawangan Ganga itu kedua-duanya boleh dilayari. Puak yang berdiam di tebing Ganga itu adalah puak Calingae (Kalinga), dekat sekali dengan laut, dan atas bukit Mandei, juga puak Malli, yang berdiam di Gunung Mallu, sempadan semua rantau Ganga - Megasthenes carikan 20. B. dalam Sejarah Pliny. Nat. Bil.1.21.9-22.1.

Kota diraja Calingae itu digelar Parthalis. Bersama raja itu 60,000 tentera darat, 1,000 tentera berkuda, 700 tentera bergajah yang memerhatikan dan menjaga lingkungan perang. - Megasthenes
Kejatuhan Kalinga

Kerajaan ini jatuh apabila maharaja Asoka, pemimpin empayar Maurya mengepalai peperangan menghentam kerajaan ini. Ia membawa kepada peperangan berdarah, Perang Kalinga. Diperkatakan bahawa perang ini menyebabkan sungai berubah warna menjadi warna darah. Keadaan ini seterusnya menyebabkan maharaja Asoka insaf dan menganut ajaran Buddha pula selepas itu. Setengah pendukung teori Mahabharata mendakwa bahawa peperangan tersebut memaksa penduduk Kalinga lari ke Asia Tenggara di Kepulauan Selatan dan Suwarnabhumi  lalu membangun kerajaan-kerajaan Hindu di situ namun tiada pula bukti kukuh bagi perpindahan secara besar-besaran.

Sabdawali Keling

Kejatuhan besar-besaran negara Kalinga ini pada 1842 M, menyebabkan rujukan ini dipakai pula oleh orang-orang di Tanah Melayu, Kemboja dan beberapa bahagian di Indonesia sebagai nama umum buat merujuk orang India walaupun orang India seperti orang Tamil itu bukannya berasal dari rantau Kalinga sebaliknya dari kerajaan India Selatan yang lain. Sejak tahun 1960-an, sabdawali ini dianggap sebagai sesuatu yang menghina dan menyakiti perasaan orang lain.

Sabdawali ini sebenarnya lebih tepat merujuk kepada kelompok Sadhawa yang merupakan kelompok pengembara lautan dari empayar Kalinga yang kini bertempat dalam negeri moden di India, negeri Orissa. Mereka menaiki kapal yang digelar Boita lalu belayar ke timur jauh seperti ke Bali, ke Sumatera, ke Jawa, ke Borneo, ke Tanah Melayu, ke Persia, ke China, Yunani dan Afrika sekaligus membawa perluasa perdagangan dan juga kebudayaan negara Kalinga ke luar.

Kartika Purnima, sebelum wulan penoh sekitar wulan Oktober atau November, dianggap sebagai peristiwa bertuah bagi kelompok Sadhawa ini memulakan pelayaran jauh mereka. Mereka berdagang kelapa, peralatan tanah liat seperti kendi, kayu cendana, bunga cengkih, kain, sari sutera, rempah ratus, limau, garam, daun sireh, gajah dan batu-batu berharga. Kadang kala wanita pun menyertai kelompok Sadhawa.

Pelayar dari Kalinga ini penting sekali dalam penyebaran adat-adat Hindu dan ajaran Buddha di sebelah Timur dan Tenggara Asia. Mereka membawa bersama pengetahuan senibina Hindu, pustaka suci Ramayana dan Mahabharata, tulisan Hindu Brahmi, dan perkataan pinjaman dari bahasa Sanskerta ke Indochina dan Indonesia. Jaringan perdagangan kelautan mereka mula menurun semasa kurun ke-16 M, dengan kejatuhan Gajapatiwamsa dari Kalinga. Sampai hari ini pun, keturunan Sadhawa ini memakai nama keluarga Sahu

Selasa, 23 Julai 2013

Budaya Hindu: Narumugaye

Om Swastiastu.... Wanaggam!


 

Lagu disampaikan oleh Jaya Seri dan Wunni Kresna... Judulnya Narumugaye dalam bahasa Tamil Murni dengan kebanyakan katanya dikutip dari sastera samaya Çangam. Karya yang diceduk itu dari pustaka kedua dari pustaka raya Yettuthogai, dikenali sebagai Kurunthogai. Ia dikarang oleh ramai pengarang, dan ada catitan mengenainya diperbuat pada satawarsa ke-6 M oleh sarjana bernama Nacinargiyar.

Isnin, 17 Jun 2013

Bahasa Malayalam Asas


Untuk pengetahuan tuan-tuan, orang Brahmana kebanyakannya boleh berbahasa banyak. Di India pun begitulah keadaannya bila ramai kaum Brahmana boleh juga berbahasa Inggeris apabila dididik di sekolah Inggeris kerana penjajahan Inggeris. Lain daripada itu, kita berbahasa Sanskerta. Keadaan ini terjadi kerana kita menyimpan pustaka widyam dalam kepala kita untuk disebarkan semula kepada yang lain-lain. Aku cuma masukkan sedikit sahaja perkongsian... Nanti ada masa baru kita berbicara panjang lebarnya mengenai bahasa ayahanda kepada bekas perdana menteri negara kita ini, hehe...

Pengenalan Ringkas

Bahasa Malayalam ini merupakan bahasa dari keluarga Drawidia. Ia dituturkan tak mengira jenis keturunan apa pun di negeri-negeri dalam bahagian negara Kerala dan Laksadwipa (Ratus Ribu Pulau). Nak bertutur bahasa apa pun bukannya menunggu kita berbangsa dengan bahasa itu. Di dunia ini ramai sahaja orang bukan Inggeris bertutur bahasa Inggeris. Kini, sekitar 36 juta jiwa menggunakan bahasa ini dan ia merupakan salah satu daripada 22 bahasa resmi negara India. Di negara ini, ia cuma bahasa dalam rumah tak diajarkan di sekolah kerana Sekolah Jenis Kebangsaan yang ada cuma Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Asas Percakapan

Namaskaram Om Swastiastu (bahasa Bali), Wanaggam (bahasa Tamil)
Sukhaamano? Kau sihat kah? Selesa?
Enthokke Yundu? Ada apa yang di sana? Apa khabar?
Enikku sukham illa Aku tak sihat
Sherri, nanni Baik, terima kasih
Athe, nanni Sihat, terima kasih
Enikku sukhamaanu Aku sihat

Pertemuan

Ningalude peru ethaanu?
Siapa nama kamu?

Peru entha? atau Pereyentha?
Nama apa?

Thangalude peru enthaanu?
Siapakah nama awak?

Ente peru Rama
Nama aku Rama

Kandathil santosham
Suka sekali bertemu kamu

Parikshayappettathil walare santosham!
Suka sekali kerana mengenali mu!

Ucapan

Dayawu cheyythu atau Dayawayi Silakan
Nanni Terima kasih.... bahasa Tamil sebutnya, Nandri
Orupadu nanni atau Walare upakaram Terima kasih banyak... bahasa Tamil, Romba nandri
Swaagatham, waru-waru (tak resmi) atau waranam-waranam Sama-sama
Suprabhaatham (resmi) Selamat pagi
Shubha Saayaaham (tak pernah dipakai)... Selalu mereka guna bahasa Inggeris saja
Subha Raathiri (tak pernah dipakai)... Selalu guna bahasa Inggeris jua

Minta Maaf

Ennodu Kshamichaalum Maafkan aku (kalau buat salah)
Kshamik-koo Maafkan aku
Kashttamundu atau Kashttamayi pooyi Maafkan aku (bila dengar berita buruk)
Sradhikyu atau Kshamikkanam onningottu nokkoo Maafkan aku (minta perhatian)
Saaramilla Tak apa lah (menenangkan orang)

Kata-Kata Pendek

Athey, Sherri Benar
Illalla Tidak
Alla Bukan

Ucapan Selamat Tinggal

Pinneedu kaananam (wida), pinne kaanam, atau weendum kaanaam

Semua ini ertinya jumpa lagi nanti....

Minta Tolong

Sahaayikkoo! Tolong!
Rakshikoo! Selamatkan aku!
Nokkoo! atau Sradhikku! Berjaga-jaga, beringat-ingat, atau hati-hati!

Ayat-Ayat Biasa

Enikku Malayalam samsaarikkan ariyilla
Aku tak reti berbahasa Malayalam

Ningal English Samsaarikkumo?
Kau reti berbahasa Inggeris?

English ariyumo?
Reti mu bahasa Inggeris?

Iwide English samsaarikkan ariyunnawar aarenkilum undo?
Ada tak sesiapa di sini yang reti bercakap bahasa Inggeris?

English ariyunnawar aarenkilum undo?
Sesiapa reti bahasa Inggeris di sini?

Kshamikkanam enikku manasilaayilla.
Maaf, aku tak paham.

Manasilaayilla
Tak paham

Kesukaan

Eniku mittaay ishtamaanu
Aku suka manisan

Eniku madhuram ishtamaanu
Aku suka barangan manis

Gantikan saja perkataan bergaris dengan benda-benda ini...

Poowu Bunga
Aana Gajah
Naaya, Patti Anjing
Puucha Kucing
Pedas Eriwu
Eriwulla bhakshanam Makanan pedas

Hari

Thingale Aazhcha  Wara Chandra
Chowya Aazhcha Wara Anggara
Budhana Aazhcha Wara Budha
Wyaara Azhcha Wara Brehaspatti
Welli Aazhcha Wara Sukra
Shani Aazhcha Wara Saura
Njaayar Aazhcha Wara Adittya

Kata Ganti Diri

 
Aku      Nyaan
Awak   Nii, ninggal
Tuan     Tanggal
Dia (L)  Awan
Dia (P)  Awal
Ia          Itu, atu

Kata Penunjuk

Ini         Itu
Itu         Atu

Brahmana Seri Adhi Sankara Acharya terbitlah dari negara Kerala di India Selatan yang bahasa rasmi negara Kerala ini adalah bahasa Malayalam. Beliau mengajarkan dresti Adwaita Wedanta. Dresti ini antara dersti yang paling terkenal sekali di negara India kini. Sehingga ke hari lain pula aku menempelkan pelajaran lain untuk perkongsian bahasa Hindu kita. 

Sabtu, 15 Jun 2013

Kebaktian yang Lebih Utama

  

Siri ramana tava charana dorakuvude hyaginnu Parama papishata nanu Narahariye ninna nama smarane madade vyarta narakakke guriyadeno deva. Sakalyadinda salagramakabisheka akalhalali madade Nalkentu nayigala saki maneyolu baduka bekemdu halu hoyde. Nalkemtu nayigala sakide maneyolagekaku buddigalimda gudigudi nasya pudi haki bamgiya sedide Lokanimdakanagi patakavu nechchi aneka jujugaladide bidade Uttama brahmanara vrittiyanu thegasi brahmahatyagaranu eniside... Matte mumji maduve samayakke na hogi satta suddiya pelide. Vittavidda avara benhatti dutara kaluhi kuttigeyanu koyside. Hattu janarenhanake nityakalhodeyutire mrityudevara eniside bidade. Kshitiyolage innaru hitava bayasuvarenage gatiyenu pelo konege. Satata tava dyanadali ratanagi iruva sanmatiyane. paliseiga. Patitapavananemba birudu avaniya mele shrutisarutideyo hige. Shitikamtanuta jagannatha viththala ninage nuthisi more hokke hariye doreye.

Kau lah yang dipuja Betara Siwa yang biru tengkoknya kerana menelan racun ketika Samudera Mantan. Kau lah Betara yang menarik segala papa dosa pemuja Mu. Wahai Hari, Kau lah Jagannata Wittala yang aku menjerit meminta perlindungan, "Kaulah penyelamatku, Kau lah pelindungku dan Tuan ku". Loka samuha, yang mengenali Mu itu memuja Mu sebagai yang mengangkat mereka yang jatuh. Wahai Tuanku, Yang Maha Penyayang, walaupun aku ini papa kedana karma, aparadhi berdosa, aku memohon anugerah Mu kerana Kau itu dikenali sebagai penebus yang para pendosa meniarap pada kaki Mu memohon ampun. 

Sebatang kara aku di loka maya ini. Bahkan dalam loka maya ini, siapalah yang akan mengharapkan kebajikan untuk ku dan aku tidak tahu perkara yang menanti ku di kemudian hari apabila aku meninggalkan lingkaran yang akan hancur ini. Aku merayu supaya Kau beritahukan aku apakah mujur ku yang tersisa itu? Karuniailah aku dengan kebijaksanaan biar melekat pikiranku pada merenung rupa Mu yang nirala dan moga terbit kesukaan dari renungan ini walaupun tanpa impian lagi.  

Samaya samuha berlalu dalam mendapatkan kekayaan dengan merampas harta yang lain maka tak ku sedarilah bahawa kebanyakan masa itu sudah terbuang berlalu begitu sahaja dan kini aku berdiri di tangga menuju ke bawah menghitung hari di depan Dewata Merityu (Yama). Baginda pastinya memanggilku dan menyenaraikan segala pekerjaan jahatku itu. Aku sudah merampas harta yang lain dan jika mereka tak mahu memberinya maka tiada aku teragak-agak mengupah kaki pukul membunuh mereka bagi tujuanku itu. Rosaklah pikiran ku ini. Pendosanya aku.

Aku telah meninggalkan para janani yang merupakan pemuja agung Mu dan yang menerusi karunia istimewa Mu itu mengetahui mengenai Mu sehingga ke tahap yoga yatha. Masa ku bukan dihabiskan berbakti kepada mereka sebaliknya masa ku itu dijadikan punca halangan kepada kebaktian mereka pula maka aku ini penjahat tiada taranya sudah. Dosa yang menimpaku itu sudah ke tahap membunuh Brahmana. Pada ketika manggala d rumah-rumah orang aku menjadi duta membawa warta buruk. Seri Jagannatha Dasaru cuba memberi ukuran kepada perbuatan buruk seseorang yang mencederakan yang lain dengan bercakap cara begini, beliau bukan membuat dosa begitu pun pada sebenarnya.

Orang-orang yang mendengar Nithi Bodhana dari purana dan sastera terusan melakukan karma yang dilarang. Mereka ingat bahawa mereka itu nanti tak akan diadili kerana mereka pun banyak berbuat kebajikan yang lain. Mereka menyenangkan hati mereka bahawa tak ada salahnya berbuat kesalahan sekarang kerana jelmaan kemudian masih boleh lagi berbuat kebajikan dengan lebih banyak. Ini suatu perjudian. Kenapakah ia dipanggil perjudian? Kerana bukan mudah untuk dijelmakan semula dalam rupa manusia pada masa depan.

Dengan pikiranku yang rosak ini, mengimpikan perkara-perkara terlarang, aku menghisap rokok dan ketagihan tembakau. Aku mengadu tak pernah habis-habis dengan lokamaya ini dan mengadu mengenai pengalaman yang aku tempuhi serta tidak cermat menanggapi suasana hidup. Aku mencemarkan jiwa ku dengan banyak karma terlarang. Aku mempertaruhkan nasibku itu tanpa penghujungnya dengan menyenangkan diriku memenuhi segala penghujungku yang mementingkan diri.

Daripada melayan segala papacara itu semua dengan memberinya peluang bertapak dalam pemikiran, maka lebih baik seorang itu menjalankan abhisekam kepada Nya dengan susu lembu. Ertinya, seseorang itu patut menggunapakai otaknya itu merenung kepada ciri-ciri dan rupa-rupa Nya sebagai yang dijelaskan dalam catur weda yang dilambangkan sebagai susu lembu.

Inilah cetera seorang raja agung yang meninggalkan kerajaannya, kedudukannya, kesenangan istana, para pengasuhnya, kekuasaannya serta lain-lain masuk bertapa dalam hutan bagi merenung Nya. Bayangkanlah pula orang biasa yang langsung tak ada wairagiya atau memutuskan segala keterikatan pada tubuhnya itu.

"Aku mahu membela anjing sebagai peliharaan dalam rumah ku dan memberi segala tumpuan dan memberikan segala yang terbaik untuknya". Maka dalam Bhagawata Purana diterangkan menerusi cetera seorang pemuja agung, Bharata Cakrawarti yang terperangkap dengan moha atau tertarik dengan pelanduk kecil yang dijaganya sesungguh hati dan ketika hampir kematiannya itu pikirannya itu cuma pada pelanduk itu maka dijelmakanlah dia pada jelmaan kemudiannya dalam tubuh pelanduk.

"Aku patut menjalankan abiseka istimewa saligrama yang merupakan nitya sannidhana Mu wahai Tuanku, dengan susu murni. Tapi aku tak pernah menjalankannya pun". Sri Jagannatha menyebut senarai perkara-perkara terlarang yang diperbuat seseorang, yang tak sepatutnya diperbuat dan perkara yang tak pernah dibuat tapi sepatutnya diperbuat. Sastera segala telah menggariskan segala karma yang patut diikuti dalam usaha mencapai tujuan hidup. 

Maka, inilah perbualan dengan Betara Wisnu mengenai kesedaran bahawa masa mencapai tujuan hidup itu dicemari dengan benda-benda yang remeh-temeh. Seri Jagannata Dasaru berkata bahawa dia sudah putus asa bagi mencapai perlindungan ke bawah duli baginda Betara Wisnu kerana segala dosa kejahatan yang diperbuatnya seluruh hidup, pertama dan utamanya "melupakan Nya". 

Wahai Betara Wisnu, yang memberi anugerah kepada Dewi Seri. Bagaimana caranya untuk aku mendapatkan perlindungan ke bawah duli teratai Mu sedangkan aku ini pendosa yang teruk? Wahai Sang Nara Hari, tanpa menjalankan Nama Smarana yang boleh mengangkat aku, aku sudah menyiakan masa hidupku dan aku pasti sekali bahawa aku ini pasti akan diseksa dalam neraka yang menakutkan, wahai Tuanku!". 

Dalam perkara membela anjing dalam rumah, Seri Jagannata Dasaru menyatakan bahawa dalam menjalankan salagram abhisekam, ada juga pembohongan padanya. Dikatakan bahawa memberikan belas kasihan kepada binatang atau bhutadayam itu suatu kepentingan, tapi membela anjing dalam rumah sebagai binatang peliharaan untuk bersuka-suka itu patut dielakkan seorang Brahmana. Sikap begini nanti akan memberi kesan pada pujadi nitya karma. Seri Jagannata Dasaru menekankan bahawa memberi anjing makan dengan niat atau tujuan melindunginya serta berbelas kasihan tetapi terlupa menjalankan nitya karma kepada saligrama bererti bahawa janganlah biarkan perbuatan memberi perlindungan kepada anjing itu melampaui kebaktian yang lebih utama.