Rabu, 6 November 2013

India Raya: Rantau

Jingga Gelap: Benua Kecil India yang terkandung dalamnya India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka Nepal dan Bhutan. Jingga Cerah: Benua India yang berhubung rapat kebudayaanya dengan India seperti, Myanmar, Thailand, Kemboja, Laos, Cheampa, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Kuning: Rantau yang menerima kebudayaan yang agak besar pengaruh budaya Hindu seperti Afghanistan, Tibet, Yunnan dan Filipina (Fiji tak kelihatan).

India Raya merupakan kawasan terpencarnya kebudayaan Hindu yang melampaui benua kecil India. Pengaruh kebudayaan Hindu itu tersebar menerusi ajaran Brahmana dan ajaran Buddha yang disebarkan oleh para pengembara Hindu sekitar kurun ke-5 sampai ke-15 M. Ia boleh juga merujuk kepada penyebaran ajaran Brahmana dan ajaran Buddha dari India ke Asia Tengah dan China menerusi Jalan Sutera semasa samaya masehi yang awal. Di Barat pula, India Raya bertindan dengan Persia Raya di Hindu Kush dan pergunungan Pamir. Istilah ini terikat disebabkan oleh kekaburan yang menyelubungi "Hindia" semasa samaya penjelajahan orang Eropah.

Peristilahan

Istilah India Raya ini mempunyai beberapa pengertian yang saling berkaitan:

- Nama India Raya atau digelar orang Portugis sebagai Indyos Mayores diperguna sekitar pertenghan kurun ke-15 M. Istilah ini, nampaknya dipergunakan dalam pelbagai keadaan kadangkala hanya merujuk kepada benua kecil India sahaja. Namun, dalam setengah catitan pelayaran Eropah, India Raya ini turut memanjang dari Pantai Malabar di Kerala hari ini ke India extra Gangem atau India melepasi Ganga, dan selalu juga Hindia Timur iaitu rantau kepulauan Asia Tenggara dan India Kecil, dari Malabar ke Sindh di Pakistan kini.

- Pengajian muka bumi lewat kurun ke-19 M merujuk Hindustan, Punjab dan Himalaya memanjang ke timur sampai ke Indochina termasuk Myanmar, sebahagian Indonesia kini seperti kepulauan Sunda, Borneo dan Sulawesi dan kepulauan Filipina sebagai India Raya.

- Sejarah kurun ke-20 M, sejarah kesenian, linguistik dan bidang bersekutu dengannya yang kurang diberi perhatian lagi kini, menyatakan "tanah-tanah termasuk Myanmar, Pulau Jawa, Kemboja, Pulau Bali, Cheampau sebelum diserap oleh Vietnam dan rantau jajahan kerajaan Funan dalam Vietnam, yang kebudayaan Hindu sebelum diserapi agama asing seperti Islam meninggalkan kesan seperti tugu, prasasti dan lain-lain kesan sejarah proses penghinduan. Dalam setengah catitan, masyarakat Pasifik dan kebanyakan loka penganut ajaran Buddha seperti Sri Lanka, Tibet, Asia Tengah dan termasuk juga Jepun pun jatuh dalam jaringan koloni kebudayaan Hindu. Penggunaan istilah ini, menekankan mandala pengaruh kebudayaan Hindu yang disebarkan oleh Masyarakat India Raya, dibentuk oleh sekumpulan Brahmana dari Bengal, dan tak diketahui sebelum tahun 1920-an. Penggunaan ini berhenti pada 1970-an dalam bidang sejarah dan kesenian; dan kemudian dalam bidang lain.

- Masih baru lagi, ketika tahun 2005, "India Raya" memberi gambaran bahawa benua kecil India itu ditambah dengan model pemanjangan utara dalam plat tektonik akibat pelanggaran benua India dengan Asia. Walaupun penggunaan dalam geologi melampaui teori plat tektonik, tapi penggunaan istilah bagi rujukan ini banyak dipakai sejak 1970-an. 

Kerajaan Kehinduan

Konsep kerajaan kehinduan, pertama kalinya dipakai oleh George Coedes, berdasarkan kepada pengaruh kebudayaan dan ekonomi penganut agama Hindu dan ajaran Buddha di Asia Tenggara. Antara kerajaan awal di Asia Tenggara ini seperti kerajaan Butuan, kerajaan Cheampa, kerajaan Dwarawati, kerajaan Ganga Negara, kerajaan Kedah Tua, kerajaan Kalinga, kerajaan Kutai, kerajaan Langkasuka, kerajaan Pagan, kerajaan Beronai, kerajaan Panpan, kerajaan Tarumanegara, kerajaan Funan, dan kerajaan Tondo dibangunkan dari kurun ke-1 M sampai kurun ke-4 M.

Walaupun bersaudara dengan kebudayaan Hindu di benua kecil India sana, kerajaan-kerajaan ini juga merupakan kerajaan bumiputera di Asia Tenggara dan bebas daripada kemaharajaan di Tanah Besar India. Kerajaan seperti Sriwijaya, Majapahit, dan kerajaan Angkor membangunkan rantau yang mempunyai rupakara ekonomi sendiri sampai bersaingan pula dengan kerajaan-kerajaan Hindu yang di India Tanah Besar sana. Cediya seperti Borobudur di Pulau Jawa, sebagai contoh merupakan antara tugu ajaran Buddha yang terbesar sekali pernah terbina. Coedes turut mengkritik pemahaman unsur-unsur Asia Tenggara dalam kerajaan-kerajaan Hindu itu semua yang secara tak sedar dilabelkan oleh orang Eropah sebagai "misi memberi tamadun" kepada penduduk tempatan.

Prof. Rovert Lingat, yang turut dicirikan kenyataannya menerusi Prof. Perundangan, Prof. John Henry Wigmore, pakar dalam sejarah perundangan Siam, cenderung untuk menekankan sumbangan masyarakat di Asia Tenggara dan pemerintah Hindu sendiri dalam pembentukan negara-negara purwa itu semua. Lanjut lagi, Coedes melihat saudagar Hindu sekelian sebagai pembangun negara-negara tersebut. Manakala Lingat melihat pemerintah Hindu Asia Tenggara sebagai pembangun kerajaan Hindu sendiri dan membawa masuk pakar-pakar upacara keagamaan Hindu iaitu para Brahmana sendiri sebagai penasihat bagi rajadharma, atau amalan berkerajaan Hindu. Pandangan ini disokong oleh hujah bahawa pedagang Hindu tak mempunyai pengetahuan kukuh berkenaan kehidupan berkerajaan tanpa bantuan para Brahmana.

Kerajaan kehinduan ini berkembang dengan perluasan kegamaan, kebudayaan dan amalan ekonomi orang Hindu tanpa sebarang masukan terus secara besar-besaran dari para pemerintah Hindu sendiri. Isu ini masih kekal menjadi kontroversi; Quaritch Wales dipetik sebagai berpegang kepada kenyataan bahawa proses penghinduan merupakan kerja para pedagang dan saudagar Hindu dan bukannya pemimpin politik, walaupun bhikkhu-bhikkhu Buddha seperti Atisa pun kemudiannya memberi sumbangan penting. 

Dalam sejarah, seorang pedagang dikenali sebagai Magadu, tapi juga dipanggil sebagai Wareru merupakan pengasas kepada kerajaan Hamsawati di Myanmar. Beliau yang menyerapkan pakar-pakar perundangan Ramanna ke dalam tradisi Hindu bagi membentuk dasar perundangan bersama orang Myanmar sampai ke hari ini. Kebanyakan kerajaan-kerajaan kehinduan pun menggabungkan amalan dan keagamaan Hindu dan ajaran Buddha bersama dengan secara persenyawaan. Raja Kertanegara, pemerintah terakhir kerajaan Singhasari, memakai pagelaran Siwabuddha, yang merupakan tetesan Siwa dan juga seorang Buddha. 

Pemerintah Asia Tenggara sangat berminat dengan unsur-unsur rajadharma bagi mengesahkan pemerintahan mereka dan membangunkan kota-kota, seperti di Angkor. Mereka mengesahkan kekuasaan kerabat diraja menerusi pembentukan semula ruangan suci yang terdapat dalam Ramayana dan Mahabharata. Pemerintah kehinduan Asia Tenggara juga memakai pagelaran Sanskerta yang panjang dan membangunkan ibu kota dengan memakai nama-nama ibu kota seperti dalam sastera suci Hindu dan Buddha. Contohnya, Ayutthaya di Siam yang bersempena nama ibu kota negara Sri Rama, Ayodhya.  

Hubungan budaya dan perdagangan antara empayar Cholawamsa dari India Selatan dengan kerajaan-kerajaan Hindu di Asia Tenggara menyebabkan Teluk Bengal digelar sebagai Tasek Chola, dan pemerintah Cholawamsa menyerang Sriwijaya pada kurun ke-10 M pun mempamerkan serangan ketenteraan pemerintah India pula ke atas rantau Asia Tenggara. Palawamsa dari Bengal yang menguasai pusat ajaran Buddha di India, tetap mengekalkan hubungan ekonomi, agama dan kebudayaan dengan kerajaan Hindu di Asia Tenggara, seperti Sriwijaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan