Khamis, 3 Julai 2014

Bahasa Iban: Pengenalan


Bahasa Iban ini dipertutur oleh kelompok bangsa Dayak. Kelompok bangsa Dayak mendiami rantau di tiga negara iaitu:
  • Serawak, Malaysia Timur
  • Kalimantan Barat, Indonesia
  • Brunei
Bahasa ini diperkira sebagai cawangan bahasa Malayo-Polinesia dalam keluarga bahasa Kepulauan Selatan. Jadi, ia turut berkaitan dengan bahasa Melayu, dan rapat sekali dengan bahasa Melayu di Serawak. Bahasa Iban turut dijadikan mata pelajaran untuk peperiksaan sekolah awam di Malaysia seperti Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) untuk Tingkatan 3 dan Sijil Peperiksaan Malaysia untuk pelajar-pelajar di Tingkatan 5. Kebanyakan pelajar yang mengambil peperiksaan untuk bahasa ini sering mengadu bahawa bahasa Iban yang diguna itu lebih mencondong ke bahasa klasik sedangkan mereka lebih condong ke bahasa Iban moden. Bahasa Iban diwajibkan ajar di pedalaman Serawak dan di tempat yang ramai penduduk berbangsa Iban seperti di:
  • Baleh (Kapit).
  • Betong.
  • Saratok.
  • Lubuk Antu.
  • Pelagus (Kapit).
  • Pakan.
  • Julau.
Kebanyakan orang Iban di negara Malaysia beragama Kristian. Tidak seperti orang Dayak di Indonesia yang beragama Kaharingan. Sedikit daripada orang Iban menganut agama Islam. Bentuk budaya Hindu-Buddha yang dekat dengan budaya orang Iban yang bukan pengikut mana-mana agama baru itu adalah bentuk aliran Siva-Buddha dan Tantra.

2 ulasan: