Gangga Negara ini dipercayai merupakan sebuah kerajaan Hindu yang hampir pupus ceteranya tapi disebut juga dalam Babad Melayu yang merangkumi kawasan Beruas, Dinding dan Manjong di negeri Perak dalam Tanah Melayu. Disebut dalam cetera, rajanya, salah seorang bernama Raja Gangga Syah Johan. Pengkaji sejarah percaya bahawa kerajaan ini berpusat di kota Beruas sebelum dihancurkan selepas serangan oleh maharaja Rajendra Chola I dari Koromandel, Tamil Nadu sekitar 1025 dan 1026. Cetera lain dari cetera lisan Merong Mahawamsa, menyebut bahawa anakanda kepada raja Ganjil Sarjuna dari negara Kedah, didakwa sebagai turunan Alexander the Great atau keturunan orang Kemboja turun ke Perak lalu membuka kota tersebut tak lewat kurun ke-2 M. Mengenai orang Yunani itu, memang Alexander the Great pernah melanggar India dan berperang dengan Tanah Persia. Sebelum nak kata sesuatu benda itu bullshit, anda boleh menyelak-nyelak dahulu sejaran antarawangsa purwa.
Terbitan
Gangga Negara ini ertinya "Negara Kota Gangga" dalam bahasa Sanskerta. Ia dikatakan terbit dari nama kota Gangga Nagar di Barat Laut India yang pernah dihuni suatu ketika dahulu oleh kelompok bangsa Kemboja (Kambuja). Orang-orang tersebut merupakan suku kaum Indo-Persia yang turun dari Pamir dan Badakshan. Mereka mengikut agama Hindu dan membina koloni-koloni mereka di Asia Tenggara sejak 2000 tahun lampau, sekitar Lembangan Mekong, sekitar negara-negara Hindu purwa. Setengah sarjana mendapati bahawa pengembara kelautan Kemboja tersebut mengembara dari pelabuhan Gujerat ke Sri Lanka, kemudian ke Ligor dan ke Utara Semenanjung Tanah Melayu. Ada juga yang mendarat di Siam dan ceruk Kemboja.
Kota Beruas
Kajian pertama dijalankan tentang kota ini diperbuat oleh Colonel James Low pada 1849 dan kemudian seabad nya pula oleh H. G Quatrich Wales. Menurut pihak Muzium dan Jabatan Barangan Purwa, kedua-dua pengkaji tersebut bersetuju bahawa Gangga Negara wujud sekitar 100 - 1000 M. Tapi mereka tak dapat mencari tapak negara tersebut. Bertahun-tahun lamanya, orang kampung menemui barangan purwa dari tanah termasuklah batu kubur dengan prasasti padanya menyatakan bahawa kota tersebut juga pernah menjadi pusat penyebaran agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Kebanyakan barangan tersebut dipercayai datang dari kerajaan-kerajaan purwa, yang hari ini ada dipaparkan di Muzium Beruas dari kurun ke-5 sampai ke-6 M. Barangan yang dipaparkan adalah seperti pembedil 128 kg, pedang, keris, matawang, pitih besi, barangan tanah liat dari wangsa Ming empayar China dan lain-lain barangan serta tajau besar-besar. Semua barangan ini ditemui sekitar Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bodir dan Sungai Siput yang dipercayai merupakan bahagian kota negara itu. Barangan itu juga mungkin menggambarkan bahawa pusat kerajaan dirubah beberapa kali. Gangga Negara dinamakan semula sebagai Beruas selepas penduduk negara itu bersalin agama.
Rantau Beruas mempunyai beberapa batu nisan kerabat diraja Aceh dan ia membawa kaitan pula dengan sejarah seorang kerabat diraja Aceh berehat bawah pokok Beruas. Nama baginda itu Malek. Sejarah kerajaan Pasai di Sumatera Utara pun menyebut mengenai seorang raja yang salin agama ke agama lain pada 1267 memakai gelar bahasa Arab, Malik al-Saleh. Hari ini sudah tiada lagi pokok Beruas. Dulu masih ada sekitar kampung-kampung orang Melayu di Pengkalan Baru dan Batang Kubu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan