Khamis, 16 Julai 2015

Hari Raya Galungan

O Svasti Astu


Pada permulaannya, Galungan merujuk kepada sebuah wuku (kiraan kalendar Hindu, 210 hari). Ia menduduki kedudukan ke-11 daripada 30 vuku. Rujukan lainnya adalah wuku Dungulan. Hari raya ini jatuh pada Budhavara Kliwon wuku Dungulan atau Galungan.

Kepentingan Perayaan

Hari raya ini berlaku setiap enam bulan sekali. Ia dirayakan sebagai Pewedalan Jagat atau Oton Gumi
  • Ketika itu, penganut mengatur rasa tunduk bakti kepada Tuhan atas penciptaan dunia dan segala isinya.
  • Ia menjadi tanda penghargaan kepada Tuhan yang menjelmakan dunia ini menerusi yajña.
  • Hari peringatan untuk memerdekakan jiwa dari belenggu kegelapan dan pencemaran jiwa.
  • Hari tewasnya musuh-musuh jiwa manusia.
Tiga hari sebelum perayaan ini, semenjak Minggu Pahing wuku Dungulan, jiwa manusia mula digoda oleh Bhūta Kāla Bertiga iaitu:
  • Sang Bhūta Galungan
  • Sang Bhūta Dungulan
  • Sang Bhūta Amangkurat
Mereka bertiga ini menggoncang kekuatan sradha (kepercayaan) manusia dalam menjalani upacara, menyambut dan merayakan Galungan serta hari-hari seterusnya. Untuk mengimbangi Sang Hyang Viśea yang menjelma sebagai Bhatara Kāla atau Bhatara Galungan, maka disembahkanlah sajian untuk para Bhūta dan Kāla.
Di samping itu, ketika wuku Dungulan ini diikuti berturut-turut oleh tiga harinya, disebut sebagai, Jaya Tiga. Maksudnya, Kāla ditundukkan menerusi usaha untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, perayaan ini diberi istilahnya oleh Mpu Sedah dengan, "Dungulan eng parang mukha". Bermaksud, hari tunduk kalahnya sekelian musuh manusia.

Isi Kandungan Samacara

Sila diketik judul-judul berikut untuk mengakses samacara anda:

Asal-Usul Hari Raya Galungan
Pengertian Falsafah Galungan
Jenis-Jenis Galungan
Galungan di Tanah Besar India

Diucapkan rahajeng rahina Galungan bagi rakan-rakan yang dihormati sekelian.

Sumber Rujukan: Babad Bali
Mantra: Śiva Namaskartha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan