Ahad, 17 Mac 2019

Tata Gerakan Akal


Akal atau minda dalam bahasa Inggeris merujuk kepada kebolehan-kebolehan manusia dalam mengingati dan memahami melalui pemikiran, pengalaman atau derianya. Kebolehan-kebolehan akal termasuklah membayangkan, kesedaran, pemikiran, pertimbangan, bahasa, ingatan dan imaginasi. Akal selalu ditakrifkan sebagai kebolehan pemikiran dan kesedaran sesuatu jiwa.

Dalam bahasa Melayu, kita mempunyai perkataan "budaya" yang sebenarnya dibentuk daripada dua perkataan bahasa Sanskrit iaitu buddhi dan hṛdaya. Perkataan ini dalam konteks penutur berbahasa Melayu membawa maksud ketamadunan namun maksud asalnya adalah hati budi. Perkataan ini boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu klasik yang bermaksud "adab". Konotasinya adalah dari hati dan akal yang dicerahi itu maka munculnya tamadun peradaban yang tinggi.

Menjelajahi Antah-karana

Dalam falsafah orang Hindu, akal ini mempunyai empat fungsi semuanya iaitu:
  • Manas, deria atau memproses akal
  • Citta, penyimpan ingatan, perasaan atau buah fikiran
  • Ahamkara, ego atau pembuat 'aku'
  • Buddhi, pengetahuan atau pertimbangan akal
Dalam falsafah orang Hindu, seseorang pengamal yoga itu mestilah mengetahui dua perkara iaitu:
  • memahami sendiri setiap fungsi daripada akal itu; dan
  • menyusun atur antara satu dengan yang lain
Rujukan
    Pic: Mount Kailās, Tibet, China, Remote Lands (online)