Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan buddha. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan buddha. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Selasa, 30 April 2013

Bahagian Ajaran Buddha


!Om... Swasti Sri!

Di sini aku agak terbatas sedikit mengenai aliran Mahayana kerana aku lebih banyak terdedah kepada ajaran Buddha Theravada. Walau bagaimanapun, aku tidak memusuhi penganut ajaran Buddha aliran Mahayana serta menerima sutra-sutra mereka. Jika ada pengkajian dari ketiga-tiga bahagian dari pihak kaum Brahmana, penganut ajaran Buddha Theravada dan penganut ajaran Buddha Mahayana maka aku pun akan meneliti juga demi kewujudan yang saling-salingan dalam belajar mengenai sesama kita...

Asas Ajaran Buddha

Perjanjian Menjadi Penganut Ajaran Buddha
Arti Dharmma
Konsep Penting
Kelahiran Manusia
Punca dan Penyelesaian Sengsara
Empat Kebenaran Mulia
Madhyama Pratipadam: Jalan Pertengahan
Jalan Para Arya: Jalan Lapan Lapis Mulia
Bhikkhu
Anagarika

Pandangan Semesta

Trilakṣana  
Kelahiran Manusia Menurut Ajaran Buddha
Antarabhawa
Antarabhawa: Ajaran Buddha India
Ajaran Buddha Tibet: Enam Alam Pertengahan
Prapañcavijñāna: Ajaran Buddha Theravada
Prapañcavijñāna Theravada: Kebebasan dari Kelahiran Semula
Prapañcavijñāna Theravada: 31 Lapangan Kewujudan
Prapañcavijñāna Theravada: Satah Kewujudan
Prapañcavijñāna Theravada: Kamalokam
Prapañcavijñāna Theravada: Manussa Lokam
Prapañcavijñāna Theravada: Tahap Kekurangan
14 Aviyakartam
14 Aviyakartam: Sabbhasava Sutra

Sramana

Falsafah Sramana
Dua Jenis Falsafah Sramana
Tradisi Sramana
Sramana dalam Jinagama
Pandangan Sramana dalam Ajaran Buddha
Pengaruh Pemikiran Sramana
Pergerakan Sramana
Sramana di Barat

Tentang Tuhan

Bicara tentang Tuhan dan Buddha Lampau
Tuhan dan Sang Buddha Gautama
Penelitian tentang Tuhan
Brahma Deva
Brahma: Sanggahan terhadap Sastera Brahmana

Alam Ghaib

Hidup Selepas Kematian: Kesatu
Hidup Selepas Kematian: Kedua
Neraka
Mistik: Hantu dan Setan
Dewata dalam Ajaran Buddha: Brahmalokam
Dewata: Begawan Sri Yamantaka
Dewa Menurut Ajaran Buddha
Dewa dalam Ajaran Buddha: Jenis
Dewa dalam Ajaran Buddha: Beda dengan Pahaman Lama
Dewa dalam Ajaran Buddha: Kekeliruan
Mistik: Alam Roh dan Alam Manusia
Mistik: Jenis Roh dan Rupanya

Māra Deva
Itihasa Setan: Mara Deva yang Jahat
Itihasa Setan: Mara Deva Musuh Buddha

Kejiwaan

Dresti Buddha: Klesa
Dresti Buddha: Klesa dalam Sastera Mahayana
Tapa Merenung Ashtanga Arya Margah
Cara Kriya Tapa Ashtanga Arya Margah
Tapa Panchaskandha
Tapa Chatwari Arya Satyani: Duka
Tapa Chatwari Arya Satyani: Terbitan Duka
Tapa Chatwari Arya Satyani: Pemutusan Duka
Tapa Chatwari Arya Satyani: Jalan Pemutusan Duka
Tapa Anatman
Tradisi Tapa Hutan
Perumah Minda: Kammathana
10 Alam Jiwa
10 Alam Jiwa: Sangaravo Sutra
Nirmana

Semadhi
Sila Sutra

Bacaan Katha
 
Katha Jayamanggala
Katha Pelindung 10 Arah
Katha Maitri Pelindung Tribuana
Karaniya Metta Sutta
Kata Semah Baginda 10 Jelmaan
Mantrakatha Attanateya
Ruam Swad Mantra
Phra Paritta: Jinapanjara Katha

Aliran Mahayana

Yeh Dharmma Hetu Prabhawa
Buddha Wairocana
Buddha Abadi dalam aliran Wimalabhumi
Wajrasattwa: Minda Permata
Ringkasan Sang Hiyang Kamahayanikan A
Ringkasan Sang Hiyang Kamahayanikan B
Ringkasan Sang Hiyang Kamahayanikan C
Bacaan Mantrakatha Prajna Paramita
Pengertian Mantrakatha Om Mani Patemi Hum
Kawi Astracakram
Ullambana Sutra
Wairocana Mantra - Cahaya Penghapus Kejahilan
Para Pemujaan Penganut Buddha-Mantrayana
Amalan Harian Penganut Buddha-Mantrayana

Aliran Buddha Awal

Mahisasaka


Itihasa Penganut Buddha

Asal-Usul Istilah Suwarnabhumi
Iskandar Makadonia di Baktria dan India Purwa 331-325 SM
Kehadiran orang Yunani (Greek) di Baktria 325-125 SM
Jaya Empayar Maurya atas Orang Yunani di Barat Laut India Purwa
Kerajaan Indo-Yunani 180 SM-10 M
Tamadun Yunani Buddha
Agama Buddha Yunani (Greco-Buddhism)
Ajaran Buddha dan Orang Tamil
Ajaran Buddha dan Naga Sri Lanka
Sastera Hindu-Buddha: Manimegalai
Ajaran Buddha di Empayar Persia

Tokoh Penganut Buddha

Tokoh Barat

Kanada: Acarya Yutthadhammo Noah

Tokoh Asia Selatan

Nepal: Rama Bahadur Bamjaan
Rama Bahadur Bamjaan: Ucapan
Rama Bahadur Bamjaan: Selesai Upuwasah
India: Muganayaga Bhimrao Ramaji Ambedkar

Tokoh Benua Hindu-China

Siam: Luang Phu Thuad

Tokoh: Kepulauan Hindu

Sumatera: Pangeran Dharmakirtti Sailendra
Sumatera: Dharmakirtti Serlingpa
Tanah Jawa: Mpu Sabda Palon

Tokoh Asia Timur

Bhiksu Kukai: Samaya Muda
Bhiksu Kukai: Pengajian di China
Bhiksu Kukai: Muncul selepas Kabur
Bhiksu Kukai: Percandian di Gunung Koya

Dharma Vacanam

Tentang Nirvana
Tenggelam Timbulnya Ajaran Buddha

Perayaan

Magha Pujai
Hari Nenek Moyang: Masyarakat Buddha Selatan
Hari Nenek Moyang: Masyarakat Buddha Utara
Upacara: Cuci Muka Maha Muni di Pegu

Dewasa ini, pelbagai berita kedengaran di media massa misalnya seperti percakaran di Sri Lanka antara kaum penganut Buddha dengan kaum Brahmana serta penganut Hindu sekelian. Begitu juga dengan perkara dalam sejarah seperti penindasan terhadap penganut ajaran Buddha di India. Aku amat berharap agar kaum Brahmana, penganut agama Hindu dan kaum penganut Buddha supaya janganlah bercakaran. Kita berkongsi sejarah, mengapa tidak kita berkongsi pembelajaran sesama kita dan memanfaatkannya supaya rohaniah kita membangun, kita menjadi bahagia bersama dan menghormati semua guru? Aku percaya negara-negara kita kini pastinya akan menjadi sangat maju tanpa kita menyimpan pikiran buruk pun kepada makhluk lain jika kita mendengar kata-kata para guru, serta kata-kata guru kaum Brahmana "yang mencapai ketinggian peribadi" seperti yang aku cuba paparkan di sini. Tak usah peduli kepada orang mencaci, biarkan mereka di tepi jalan. Cubalah bangunkan diri tuan dan puan, cubalah kenali diri tuan dan puan. Aku turut menjadikan perkara ini sebagai peringatan bagi diriku juga.

Moga semua makhluk berhati nurani itu merasai kesukaan, moga semua makhluk berhati nurani itu bebas dari kesengsaraan. Sadhu... Sadhu...

Sabtu, 3 September 2011

Buddha Wairocana

 Buddha Wairocana bersepuh gangsa di Kuil Pulguksa di negara Korea

Wairocana atau Mahaawairocana merupakan Buddha langit yang selalu ditafsirkan sebagai sarira tenang bagi tokoh sejarah iaitu Gautama Buddha. Ia ada diterangkan dalam Sutra Bunga Malai. Buddha Wairocana boleh juga dirujuk sebagai Buddha Dharmakaya atau Buddha Mahaasurya. Dalam aliran Buddha di Jepun, Wairocana dilihat juga sebagai jelmaan sangkalpana shunyata atau kekosongan.

Sangkalpana Pancha Jnaana Buddha dari aliran Vajrayana menjadikan Wairocana sebagai tumpuan mereka. Peneman kepada Wairocana adalah Tara Putih. Bagi setiap Dhyani Buddha, ada pula sambaddha Buddha wanita menurut tradisi Tibet. Wairocana yang ini bukan Wirocana yang muncul dalam bab kelapan Chandogya Upanishad sebagai raja kaum Asura itu.

Itihasa Kebaktian

Wairocana Buddha pertama kalinya diperkenal dalam Sutra Jaring Brahma:

Kini, aku, Wairocana Buddha sedang duduk di atas teratai. Di atas seribu bunga mengelilingi aku ada seribu Sakyamuni Buddha. Setiap bunga itu menyokong seratus juta dunia. Dalam setiap dunia ada pula Buddha Sakyamuni yang muncul. Semuanya diperduduk di bawah sebatang pokok Bodhi. Semuanya dalam masa yang sama menerima pencerahan. Semua Buddha yang tidak terkira banyaknya ini ada Wairocana dalam sarira mereka.

Wairocana ada juga disebut dalam Sutra Bunga Malai. Walau bagaimanapun, siddhanta Buddha Wairocana ini didasarkan kebanyakan ajarannya dari Sutra Mahawairocana. Ia dikenali juga sebagai Mahaawairocana Abhisambodhi Tantra. Yang paling sedikit sebutannya walaupun ada disebut terdapat dalam Sutra Wajrasekhara yang dikenali juga sebagai Sarwatathaagatattwasangraha Tantra.

Ia juga disebut sebagai nama lain bagi Buddha Sakyamuni dalam Sutra Tapa Kebenaran Sarwabumi Bodhisatwa yang tinggal di satu tempat yang dipanggil "Cahaya Selalunya Menenangkan." Wairocana merupakan ciri yang selalu ada dalam aliran Buddha orang Cina seperti Hua Yen, juga dalam aliran Jepun seperti Kegon dan Shingon. Wairocana merupakan tokoh utama dalam aliran Shingon. 

Dalam aliran Buddha Cina-Jepun, Wairocana lama kelamaan digantikan oleh Amitabha. Hal ini terjadi disebabkan oleh peningkatan populariti aliran Buddha Bumi Suci. Namun warisan Wairocana masih lagi wujud dalam aliran Buddha Shingon di kuil Todaiji di Jepun. Mereka mempunyai rupa Buddha Wairocana besar diperbuat daripada tembaga. 

Semasa tahap awal penginjilan di Jepun, para penginjil Kristian Katolik seperti Francis Xavier dialu-alukan oleh sami Buddha Shingon di sana kerana dia menggunakan istilah Dainichi bagi merujuk kepada Jesus Kristos. Dainichi merupakan nama Jepun bagi Wairocana. Selepas mengetahui makna sebenar perkataan tersebut barulah Xavier mengubah rujukan Tuhan orang Kristian kepada perkataan Latin iaitu Deusu

Sami Shingon, Dohan menganggap dua Buddha yang agung iaitu Amitabha dan Wairocana sebagai satu sahaja dan merupakan Dharmakaya Buddha yang sama. Keduanya merupakan penjelmaan sebenar dan asas kepada segala kejadian.

Ada beberapa pewujudan yang boleh meningkat kepada pengamal Shingon atau jalan mantra berhubung dengan apa yang diperkatakan oleh Dohan. Dr. James Stanford menggariskan bahawa adanya Amitabha sebagai Dharmakaya bagi Buddha, Wairocana, kemudian wujudnya Amitabha sebagai Wairocana yang abadinya menjelma dalam sarwajagat masa dan ruang. Akhir sekali, ada pewujudan yang paling dalam bahawa Amitabha merupakan ciri yang sebenar, jasadiah dan rohaniah. Ia merupakan jasad tak terhad pengetahuan, ia tidak dilahirkan, tidak dijelmakan, hakikat yang tiada berubat yang berehat tenang di dasar semua kejadian.

Berhala dan Rupa

Berkenaan dengan kekosongan, rupa Wairocana yang besar dan berkilauan menjadi peringatan bahawa semua kewujudan yang ada dalam ruang ini kosong saja dan tiada jati yang kekal. Rupa Wairocana di kuil Todaiji di Nara merupakan rupa yang terbesar sekali di dunia bagi Buddha Wairocana.

Rupa Wairocana dalam bentuk tugu terbesar sekali ada di Bamiyan di Afghanistan sudah diletupkan Taleban. Di Jawa ada candi Mendut yang dibina pada abad ke-9 M dekat dengan candi Borobodor di Magelang. Candi tersebut dibina oleh dinasti Sailendra untuk merumahkan berhala Buddha Dhyani Wairocana. Berhala tersebut merupakan patung batu berukir Buddha Wairocana didudukkan dengan mudra Dharmachakra. Berhala itu ada sebaris dengan Bodhisatwa Avalokiteswara dan Vajrapani. Kuil Buddha Musim Bunga di Lushan wilayah Henan dalam negara China pula mempunyai patung Buddha tertinggi sekali di dunia berketinggian126 m.

Khamis, 15 November 2012

Penelitian tentang Tuhan dalam Aliran Buddha


Abhidhamma Pitaka

Dalam tradisi Abhidhamma aliran Theravada, perdebatan tentang Tuhan wujud atau tidak tak pernah dihubungkaitkan dengan pelajaran agama tapi dalam Abidhammakosa dari aliran Sarvastivada, Vasubhandhu pernah membicarakan dengan giatnya tentang ketidakwujudan pencipta, sebab alam semesta ini tak ada permulaannya.

Bhikku dari dinasti Tang di empayar China pada abad ke-7 M, Xuanzang pernah tinggal di Nalanda mempelajari kitab ajaran Buddha. Di sana, dia hanya mempelajari tentang "Kesedaran" yang diturunkan dari Asanga dan Vasubhandhu melalui rahib-rahib di Silabhadra. Dalam karya pemahamannya, Vignaptimatratasiddhisastram atau Cheng Weishi Lun, Xuanzang menolak fahaman falsafah Hindu berkenaan Maheswara atau Brahma Agung yang dianggap sebagai kewujudan diri dan Dewata Pencipta Maha Berkuasa yang menjadi Pemerintah kepada semua kewujudan atau makhluk:

"Menurut kepada satu ajaran, ada dewata kewujudan diri yang hebat yang zatnya benar dan menembusi segalanya, abadi dan menghasilkan segala pancaran kejadian. Ajaran ini tidak lah munasabah. Jika sesuatu itu menghasilkan sesuatu, maka ia tidak lah abadi, dan yang tidak abadi itu tidak lah menembusi segalanya, dan yang tak menembusi segalanya itu tidak lah benar-benar wujud. Jika zat dewata itu menembusi segalanya dna abadi, maka ia mestilah mengandungi segala kuasa dan mampu menghasilkan segala pancaran kejadian yang wujud di mana-mana sahaja, bila-bila masa pun dan beriringan. Jika ia menghasilkan pancaran kejadian menurut kepada kehendak yang timbul atau menurut keadaan, makanya ia berlawanan lah dengan ajaran penyebab tunggal. Atau, kehendak dan keadaan yang timbul secara semula jadinya kerana penyebab itu abadi. Ajaran lain mendakwa bahawa ada nya Brahma agung, Masa, Ruangan, Titik Permulaan, Sifat, Zat dan Diri yang abadi dan wujudnya hakikat dipindahkan semua kuasa kepadanya dan mampu menghasilkan segala kejadian. Kami menolak semua ini sama seperti kami menolak konsep Maheswara". 

Aliran Mahayana

Dalam tradisi Pramanna, Dharmmakirtti mengetengahkan beberapa hujah yang berlawanan dengan kewujudan dewata yang mencipta dalam Pramannavarika sama juga seperti Vasubandhu. Kemudian, cendekiawan aliran Buddha Mahayana seperti Shantarakshita dan Kamalasila meneruskan tradisi ini. Sesetengah tradisi Mahayana dan Dzogchen dalam agama Buddha bagaimanapun ada menekankan tentang "tapak makhluk" atau tathagatagarbha yang merupakan falsafah monisme tersurat. Ia menjelaskan bahawa "tapak makhluk" tersebut wujud dan tak pernah termusnah dalam semua makhluk dan kejadian. Untuk mengelakkan kekeliruan, mereka ini sebenarnya merujuk kepada Brahma dan Brahma pada pandangan ajaran Buddha bukan lah pencipta alam semesta. Tathagatagarbha Suttam secara mutlaknya ada menyebut tentang pandangan ini.    

Tatahagatagarbha, Dharmmakaya dan Tuhan

Aliran Mahayana tak seperti aliran Theravada, ada membicarakan tentang pikiran menggunakan istilah seperti Tathagatagarbha atau "rahim bagi yang akan datang pada masa hadapan". Pengesahan tentang kekosongan oleh istilah positif secara radikalnya berbeza dengan ajaran Buddha awal Buddha tentang anatta dan penolakan untuk menggambarkan atau mengkonkritkan sebarang Hakikat Tertinggi

Dalam tradisi Tathagatagarbha, Sang Buddha dikenali dengan Dharmmakaya, iaitu Hakikat Tertinggi, yang mempunyai kualiti-kualiti seperti Tuhan iaitu abadi, tak mudah difahami, kekal tak berubah sejak azali. Prof. C. D. Sebastian dalam penelitian karya Hindu purba, Uttaratantra telah menghasilkan tulisan akademiknya mengenai kajian ajaran Tathagatagarbha menulis tentang bagaimana Sang Buddha yang didewatakan dan dipuja serta disifatkan sebagai pengasih, penyayang dan terjelma di dunia dalam bentuk kegiatan penyelamatan bagi membebaskan makhluk dari kesengsaraan. Prof. Sebastian menambah lagi bahawa dalam tradisi ini, walaupun Sang Buddha dipuja dan dianggap layak menerima pujaan tetapi baginda tak pernah dianggap sebagai Tuhan atau Sang Pencipta alam semesta:    

"Aliran Mahayana bukan sahaja aliran berfalsafah yang diikuti oleh para intelek tetapi pengikutnya juga rajin memuja... dalam aliran Mahayana, Sang Buddha dianggap sebagai Tuhan atau Hakikat Tertinggi yang turun ke bumi dalam rupa manusia demi kebaikan manusia. Konsep Buddha sebagai setara dengan Tuhan seperti dalam tata kepercayaan agama yang bercakap tentang Tuhan bukan menyentuh tentang penciptaan alam semesta sebaliknya menyentuhnya sebagai jelmaan Kasih Sayang Tuhan yang berasaskan karuna atau belas kasihan mengangkat kesengsaraan manusia seluruhnya. Dia dipuja dengan sesungguhnya... Dia mewakili Paramartha Satyam atau Yang Mutlak hanya Yang Tunggal dan tiada banyak sarva prapanchantavinirmuktam. Tiada awal tiada pertengahan dan tiada pengakhiran... abadi dan tak pernah berubah... Dan Dia diwakili oleh Dharmmakaya".

Menurut Tathagatagarbha Suttam, Buddha mengajarkan kewujudan zat rohaniah yang dipanggil sebagai sifat Buddha atau Tathagatagarbha. Ia wujud dalam semua makhluk dan kejadian. Dr. B. Alan Wallace menulis mengenai ajaran ini:

"Sifat asas dalam seluruh sengsara dan nibbhana itu adalah ruangan mutlak (dhatu) Tatagatagarbha. Tapi ruangan ini bukanlah satu ruangan yang dikelirukan dengan hanya kewujudan mata benda. Sebaliknya, ruangan mutlak ini diilhamkan dengan pengetahuan tak terbatas, belas kesian, kuasa dan kegiatan pencerahan Sang Buddha. Tambahan lagi, ruangan cerah ini menyebabkan munculnya dunia berkejadian dan ia tak lain dan tak bukan sifat pikiran seseorang yang secara semula jadinya cerah bercahaya".   

Dr. Wallace menulis lagi tentang bagaimana Buddha yang permulaan, Sang Buddha Samantabhadra yang dalam kitab-kitab dipandang sebagai salah seorang Tathagatagarbha, membentuk tapak yang bersinar cemerlang dalam kedua-dua sengsara dan nibbhana. Dr. Wallace menyedari tentang perkembangan dalam ajaran Buddha dari ajaran berkenaan bhavanga atau aliran pemikiran sehingga kepada pemutlakan Tathagatagarbha, beliau mengulas bahawa mungkin nampak terlalu ringkas untuk mentakrifkan ajaran Buddha sebagai tak bertuhan atau ateis apabila melihat kembali semua unsur-unsur ajaran ini:

"Samantabhadra, iaitu Buddha awal yang sifatnya dikenali dengan Tatagatagarbha dalam setiap makhluk berkesedaran, merupakan tapak mutlak kepada sengsara dan nibbhana; dan seluruh alam semesta ini kosong tak lain dan tak bukan mempamerkan kesedaran kosong, bersinar dan tak berpenghujung. Dalam pemahaman perkembangan teori dari bhavanga sehingga tatagatagarbha sampai kepada hikmah purba mengenai ruangan hakikat mutlak, ajaran Buddha bukannya boleh mudah-mudah dicap sebagai tak bertuhan kalau cuma dilihat sekali imbas". 

Aliran Vajrayana

Dalam setengah tradisi Mahayana, Buddha dipuja dan dipandang sebagai dewata kelihatan di mata yang mempunyai ciri-ciri ghaib dan kuasa. Dr. Guang Xing menulis: "Buddha dipuja oleh pengikut aliran Mahayana sebagai dewata berkuasa yang dikurniakan dengan sifat-sifat ghaib dan ciri-ciri keghaiban... Dia digambarkan sebagai hampir berkuasa dan hampir mendekati ciri Tuhan". 

Cendekiawan Buddha, B. Alan Wallace juga seperti diterangkan menyatakan bahawa ajaran Buddha sebagai seluruhnya "tak bertuhan" mungkin nampak sebagai pandangan yang sambil lewa sahaja. Wallace menampilkan beberapa persamaan antara bentuk ajaran Buddha aliran Vajrayana dan sebutan tentang "tapak makhluk" dan ciptaan. Beliau menulis: "penelitian berhati-hati tentang teori kewujudan aliran Vajrayana, utamanya seperti yang ditampilkan oleh tradisi Atiyoga dalam aliran Vajrayana Indo-Tibet mendedahkan teori tapak makhluk yang menyeluruh dan proses penciptaan yang mempunyai persamaan dengan pandangan Vednta dan teori-teori penciptaan alam Neoplato dalam ajaran agama Kristian di Barat. Hakikatnya juga, Dr. Wallace memandang pandangan-pandangan ini sebagai sangat bersamaan dan setiap satunya cuma jelmaan berlainan bagi teori yang satu". Beliau mengulas lagi: "Aliran Vajrayana, falsafah Vedanta dan Neoplato mempunyai banyak persamaan sehingga ia boleh dianggap sebagai penafsiran pelbagai bagi satu teori". 

Cendekiawan dan rahib Buddha Tibet dari tradisi Jonang, Dol Popa menyebut bahawa zat rohaniah sejagat atau neumenon (dharmmakaya) wujud dalam semua makhluk berkesedaran. Beliau memetik dari Sutra Rahsia Tak Tercapai bagi Yang Pergi

"... ruangan ada dalam semua rupa... sama juga, jasad bagi yang sudah pergi (Buddha) juga berada dalam semua rupa makhluk... contohnya, semua penampilan rupa termasuk dalam ruangan. Sama juga, semua penampilan makhluk berkesedaran juga termasuk dalam jasad yang sudah pergi iaitu Buddha sebagai Dharmmakaya".

Dol Popa kemudian memetik kitab Buddha apabila menulis tentang zat rohaniah sejagat atau neumenon sebagai "Atas Diri Tertinggi dalam Semua Kesinambungan" dan sebagai "Diri yang selalu berada dalam semua, sebagai diri semua".

Yogachara dan Yang Mutlak

Seorang sarjana lain pula melihat kepada Kemutlakan Kesedaran seorang Buddha. Dr. A. K. Chatterjee menulis: "Yang Mutlak itu adalah kesedaran tanpa duaan. Ia adalah hakikat dan hanya hakikat... Tak ada kesedaran yang mutlak kecuali kesedaran itu adalah mutlak". 

Tafsiran tradisional Tibet berkenaan Yogacara ini ditolak oleh sarjana Barat seperti Kochumuttom, Anacker, Kalupahana, Dunne, Lusthaus, Powers dan Wayman. Sarjana Dan Lusthaus menulis: "Para Yogacari tidak menumpukan kepada kesedaran untuk menekankan bahawa ia pada akhirnya hakikat tetapi kerana ia adalah penyebab kepada masalah karma yang mereka cuba cari untuk menghapuskan nya". Para Yogacari mendakwa bahawa kesedaran itu hanya hakikat sejak ia timbul daripada saat ke saat kerana turun naiknya penyebab dan keadaan.

Dhyana dan Yang Mutlak

Nama lain bagi yang tak berkurang, masa dan ruang meliputi rahsia Kebenaran atau Zat Hakikat Buddha ada disebut dalam teks Mahayana dan Tantra. Ia dirujuk sebagai Dhammakaya atau Tubuh Kebenaran. Daripada ini, Guru ajaran Buddha Dhyana, Sokei An berkata:

"... dharmmakaya itu persamaan nya dengan Tuhan... Buddha juga bercakap tanpa ada ruang masa dan ruang tempat, yang mana jika aku membuat satu bunyi dalam satu saat itu sama dengan sejuta tahun. Ia tak beruang seperti gelombang radio, seperti ruangan elektrik. Ia semulajadi. Sang Buddha berkata bahawa dalam cermin itu terpapar kesedaran. Dalam ruangan elektrik sejuta batu dan satu titik penanda. Sejuta tahun dan sesaat adalah sama. Ia murni pada zat... Kita panggil nya sebagai "kesedaran asal" atau "akasha asal" atau mungkin juga Tuhan menurut pemikiran orang Kristian. Aku tak berani bercakap tentang sesuatu yang aku tak biasa dengan nya. Tiada siapa tahu siapa kah Ia...

Lanjut lagi Sokei An berkata: "Kuasa pencetus alam semesta ini bukan lah jenis manusia; ia adalah Buddha atau Yang Cerah. Dan yang Mendengar itu bukan mata atau telinga ini tapi adalah kesedaran ini. Ini adalah Buddha. Ini yang muncul dalam setiap pemikiran. Ini yang biasanya ada pada setiap makhluk berkesedaran dan berperasaan. Ia itu lah Tuhan".        

Guru Dhyana aliran kecil Rinzai, Soyen Shaki bercakap kepada orang Amerika pada awal abad ke-20 semasa berbincang tentang bagaimana dalam zat nya fikiran tentang Tuhan ini tak wujud dalam ajaran Buddha, apabila ia difahami sebagai Hakikat Terakhir Kebenaran.

"Biar aku jelaskan, bahawa ajaran Buddha bukan ajaran yang ateis atau tak percaya ke Tuhan sebagaimana ia selalu dikenal oleh orang ramai. Ia ada bertuhan, Kebenaran dan Hakikat Tertinggi itu lah Dia. Melalui-Nya juga alam semesta ini terwujud. Walau bagaimanapun, pengikut ajaran Buddha mengelakkan istilah Tuhan disebabkan ia akan mengelirukan penganut Buddha dengan ajaran Kristian. Hal nya disebabkan pemahaman orang Kristian terhadap Tuhan berbeza dengan penganut Buddha. Penganut Buddha sering bercakap berdasarkan pengalaman rohaniah persendirian sedangkan penganut Kristian akan bercakap mengenai sesuatu hal itu dengan hanya hal yang mereka dengar-dengar... Untuk mentakrifkannya lebih lanjut, sebutan penganut ajaran Buddha terhadap fahaman mereka bagi Yang Tertinggi itu, adalah sesuai untuk kita gunakan istilah yang digabungkan oleh sarjana Jerman iaitu Panentheisme. Seperti aku perjelas di awalnya, penganut ajaran Buddha tak pernah menggunakan istilah Tuhan sebab ia digunakan oleh penganut agama Kristian dan itu adalah istilah mereka. Yang digunakan oleh penganut Buddha untuk merujuk ke Tuhan adalah Dharmmakaya... Apabila Dharmmakaya diperjasadkan maka ia menjadi Sang Buddha atau Tathagata.."

Rabu, 23 Oktober 2013

Ajaran Buddha di Empayar Persia


Ajaran Buddha di Persia boleh dikesan telah wujud semenjak kurun ke-5 sampai ke-6 M. Semasa baginda Buddha Sakyamuni masih bernyawa pun ajaran baginda sudah tersebar ke sana. Lagenda Pali menyebut bahawa penyebaran ajaran Buddha ke rantau Balkh atau Bactria itu dilakukan oleh dua orang saudagar bersaudara.

Sekitar kurun ke-2 M, seorang Parsi dikenali dengan nama Cinanya, An Sikao giat sekali menyebarkan ajaran Buddha di empayar China. Ramai penterjemah awal kesusasteraan ajaran Buddha ke bahasa Cina itu adalah dari rantau Persia dan kerajaan-kerajaan yang hari ini berkaitan rapat dengan Iran moden.

Semasa pemerintahan wangsa Sasan, agama Zoroaster dijadikan agama yang dipayungi negara sekitar 224 M. Penganut ajaran Buddha di Persia dikejar-kejar juga dan tempat suci ajaran Buddha di Persia dibakar. Tapak suci penganut ajaran Buddha yang terselamat pula kemudian dilanda habis hancur oleh orang Hun Puteh sekitar kurun ke-5 M.

Semasa penaklukan orang Arab ke atas Persia sekitar kurun ke-7 M, banyak kawasan sebelah timur Iran moden hari ini mempunyai penduduk yang ramai menganuti ajaran Buddha. Afghanistan sebagai contoh mempunyai banyak tapak suci penganut Buddha. Yang lain itu ada di Turkmenistan, Uzbekistan, Tajikistan dan dalam Iran sendiri.

Penaklukan orang Arab ke rantau timur Persia dan Afghanistan menyebabkan ajaran Buddha lumpuh terus di sana. Walaupun terdapat setengah tapak suci Buddha seperti Bamiyan dan Hadda masih terselamat sampai kurun ke-8 dan ke-9 M. Tapak suci Bamiyan yang mempunyai rupa Buddha Dipamkara telah pun dibom oleh Taleban sekitar tahun 90-an.

Pemerintah Mongol, Ghazan Khan yang pernah dilateh menjadi penganut ajaran Buddha semasa belianya itu telah menganut agama Islam pada 1310 M. Beliau turut menjadikan agama tersebut sebagai agama negara dan agama kerajaan Ilkhan. Amalan ajaran Buddha dilarang diamalkan lagi, tapi bhikkhu Buddha semua dibenarkan menyingkirkan diri ke rantau berjiran yang masih mengamalkan ajaran Buddha. Berbeda pula halnya di Thailand. Terdapat orang Parsi yang menganut ajaran Buddha Therawada iaitu keluarga Bunnag yang pada asalnya adalah penganut agama Islam kerana menurut agama maharaja Siam.

Dalam samaya moden ini, ajaran Buddha turut menarik minat orang Iran. Setengah puisi-puisi Sohrab Sepehri contohnya menunjukkan pengaruh ajaran Buddha. Yang lain, Ahmad Shamlou turut menterjemah sebuah buku haiku bahasa Jepun ke bahasa Parsi yang terkandung dalamnya pandangan dunia Buddha. 

Kota Balkh

"Pelawat Cina iaitu bhikkhu Fa Hian (400 M) mendapati bahawa ajaran Buddha Therawada itu terkenal sekali di Shan Shan, Kucha, Kashgar, Osh, Udayana, dan Gandhara. Hsuan Tsang pun mendapati bahawa ajaran Buddha banyak juga diamalkan pemerintah Hun yang berkuasa di Balkh kerana mereka itu pun keturunan raja-raja Hindu".

Dalam sastera, Balkh disebut sebagai Balhika, Walhika atau Bahlika. Balkh ini merupakan kota yang terkenal dalam kalangan penganut ajaran Buddha kerana dua orang bhikkhu terkenalnya iaitu Phra Trapusa dan Phra Bahalika. Ada dua cetiya yang dibina atas sarira mereka. Lagenda terkenal menyebut bahawa ajaran Buddha diperkenal oleh Phra Bhallika yang merupakan anak murid Sang Buddha dan nama kota itu pun sempena nama beliau. Sebelum itu beliau adalah seorang saudagar dari rantau itu dan masuk semula dari Bodhgaya. Biara pertama di situ dibina oleh Phra Bhallika selepas berpulang dari Bodhgaya dan selepas mengangkat sumpah menjadi bhikkhu.

Hsuan Tsang yang melawat Balkh dalam 630 M mendapati bahawa tempat itu sangat pesat dengan ajaran Buddha aliran Therawada. Dipanggil kota itu sebagai Rajagraha Kecil kerana banyak sarira suci. Menurut Memoir Hsuan Ts'ang, ada lebih kurang 100 pusat semadhi ajaran Buddha dalam kota itu atau di sekitar situ dalam lawatan beliau. Ada seramai 30,000 orang bhikkhu dan banyak sunggoh cetiya serta tugu keagamaan lain. Yang utama sekali itu Nawabahara atau Biara Baru. Dalamnya ada banyak rupa Buddha yang hebat-hebat. 

Tak lama lepas penaklukan orang Arab, biara itu dirubah menjadi pusat pemujaan api oleh orang Parsi. Terdapat juga pemerhatian diperbuat oleh seorang ahli muka bumi Arab, Ibn Hawqal sekitar kurun ke-10 M bahawa Balkh itu mempunyai banyak bangunan terbuat dari tanah liat, dengan enam gerbang berkubu yang melebar sampai setengah parasang. Dalam kurun ke-10 M, disebut bahawa ada istana satu dan satu masjid:
"Di samping itu, kita ketahui pusat keagamaan ajaran Buddha merata-rata di Khorasan dan utamanya itu adalah Nawabahar berdekatan kota Balkh, yang nampaknya melayani para pelawat terutamanya orang besar-besar yang datang dari jauh memberi sembah.

Banyak juga sastera perubatan dan ubat-ubatan berbahasa Sanskerta diterjemah ke bahasa Arab bawah dana Khalid, wazir al-Mansur. Khalid itu sebenarnya adalah anak lelaki kepada ketua bhikkhu Buddha di sebuah biara Buddha di situ. Setengah daripada ahli keluarga beliau itu terbunuh semasa penaklukan orang Arab atas kota Balkh; yang lainnya termasuk Khalid terselamat pula disebabkan masuk Islam. Mereka itu dikenali sebagai Barmiki dari Baghdad". 
Penaklukan Arab

Semasa penaklukan orang Arab atas empayar Persia sekitar kurun ke-7 M, Balkh bagaimanapun menyediakan pusat pertahanan dan juga menjadi pusat perlindungan maharaja Persia, maharaja Yedz Gird yang lari dari tentera Umar iaitu salah seorang rakan kepada nabi orang Arab itu. Kemudian, kurun ke-9 M, semasa pemerintahan Ya'akub bin Laith al-Saffar, agama Islam menjadi kukuh dalam kalangan penduduk tempatan.

Orang Arab masuk ke Persia pada 642 M semasa pemerintahan Usman (644-656). Orang Arab yang tertarik dengan kekayaan dan kehebatan kota Balkh menyerangnya pada 645 M. Hanya pada 653 M, apabila seorang panglima Arab bernama al-Ahnaf menjarah kota itu lagi, baru kota Balkh dipaksa membayar cukai kepada orang Arab.

Orang Arab menahan kota itu namun keadaan tak begitu aman sangat. Kemudian ia dibawa pula masuk ke dalam penguasaan dinasti Umayyah oleh Muawiyah pada 663 M. Prof. Upasak menjelaskan bahawa kesan penaklukan ini, "Kota Balkh dijarah teruk oleh orang Arab dan manusia terbunuh sia-sia. Disebut juga bahawa mereka turut menjarah biara terkenal Nawa Wihara, yang dipanggil sejarawan Arab sebagai Nawa Bahara. Biara itu digambarkan mempunyai 360 kuti dalam bentuk lubang sekeliling cetiya tinggi. Mereka mencuri permata dan juga batu geliga yang tertonjol pada banyak rupa-rupa dan cetiya dan mengambil berkodi-kodi harta dari wihara namun mereka tidaklah merosakkan bangunan biara yang lain atau pun menyakiti bhikkhu yang bertapa di dalam biara itu".

Serangan Arab itu sangat sedikit kesannya kepada kehidupan kebiaraan di tempat suci dalam kota Balkh atau pun terhadap penduduk kota Balkh yang beragama Buddha. Ajaran Buddha masih berkembang dengan biara-biara mereka menjdi pusat pembelajaran dan latehan bhikkhu Buddha dari rantau lain seperti China, India dan Korea.

Pemerintahan orang Arab di Balkh turut mendapat tentangan dan juga terjadi pemberontakan di situ. Pemimpin tempatan di situ bernama Nazak Tarkan kemudian menghalau Arab keluar dari negerinya sekitar 670-an. Nazak Tarkhan merupakan seorang penganut ajaran Buddha yang sangat setia. Beliau bukan sahaja menyindir Barmak yang menjadi Ketua Bhikkhu Nawa Wihara kerana masuk Islam. Beliau turut memancung kepalanya kerana tidak malu. Dalam cetera lain, disebut bahawa apabila kota Balkh ditakluki Arab, ketua bhikhhu Nawa Wihara itu pergi ke ibukota dan menganut agama Islam di sana. Keadaan ini menaikkan kemarahan penduduk kota Balkh dan menghina mereka. Dia digulingkan dan anaknya pula menggantikan tempatnya.

Nazak Tarkhan bukan sahaja membunuh ketua bhikkhu, malahan anak-anak lelakinya pun turut dikejar dan dibunuh. Hanya anak bongsu sahaja selamat. Budak itu dibawa lari oleh ibunya ke Kashmir sana dan di sana dia dilateh dengan pendidikan perubatan dan lain-lain pendidikan. Kemudian dia pulang semula ke Balkh.

Prof. Maqbool Ahmed memerhatikan, "Seorang itu pasti tergoda memikirkan bahawa keluarga itu berasal dari Kashmir, kerana semasa keadaan tegang itu, mereka berlindung di Kashmir. Tak kisahlah apa pun, asal-usul Kashmir mereka itu tak dapat disangkal dan keadaan ini sebenarnya menggambarkan bahawa dalaam tahun kemudiannya, keluarga Barmak sangat berminat dengan lembah Kashmir. Keadaan ini boleh dilihat dengan mereka menjemput beberapa sarjana dan ahli perubatan dari Kashmir ke istana dinasti Abbasiah".

Prof. Maqbool juga merujuk kepada penerangan Kashmir yang terknadung dalam laporan yang disediakan oleh rombongan Yahya bin Barmak. Dia bertanggapan bahawa rombongan itu mungkin melawat Kashmir semasa pemerintahan Samgramapida II (797-801). Rujukan diperbuat kepada resi-resi dan juga kesenian silpa.

Orang Arab cuma mengawal Balkh pada 715 M sahaja, dan itu pun mereka ditentang kuat oleh orang Balkh sendiri semasa samaya dinasti Umayyah. Qutaiba bin Muslim al-Bahili, seorang panglima tentera yang menjadi gabenor di Khurasan di timur dari 705-715 M mengasaskan pegangan kukuh orang Arab dalam tanah melampaui Oxus. Beliau berlawan dengan Tarkhan Nazak di Tokharistan atau Bactria pada 715 dan tmembunuh Tarkhan.

Dalam penaklukan orang Arab itu, bhikkhu yang berada di Nawa Wihara itu sama ada dibunuh atau dipaksa meninggalkan agama mereka. Wihara kemudian dihancurkan sampai rata dengan bumi. Harta termasuk dalam bentuk manuskrip dalam perpustakaan biara habis dibakar jadi abu. Hanya kubu kota lama sahaja dibiarkan separuh selamat tidak diapa-apakan. Nawa Wihara cuma tinggal puing-puing sahaja di Takht-e-Rustom. 

Dinasti Umayyah bertahan sampai 747 M sahaja. Kemudian Abu Muslim menaklukinya bagi pihak dinasti Abbasiah pula selepas mereka sendiri pun memberontak dengan menggunakan nama nabi orang Arab serta keluarganya yang dikatakan ditindas pemerintah Arab sendiri. Kerajaan dinasti Abbasiah memerintah terus dari Iraq sampai 882 M, kemudian Balkh diambil alih oleh pemerintah Tahiriah dari keturunan Parsi sendiri yang menyembah ke Iraq juga. Selepas itu ia diambil alih pula oleh orang dinasti Safariah dari negeri Sakastan atau negeri orang Saka di Timur Persia.

Khamis, 25 Oktober 2012

Tuhan dan Ajaran Sang Buddha


Banyak sekali pandangan menyatakan bahawa ajaran Buddha adalah ajaran agama tak bertuhan atau ateis. Gautama Buddha dengan jelasnya menafikan bahawa alam semesta ini mempunyai awalan melalui tindakan dewata pencipta, baginda menolak untuk mengeluarkan sebarang pandangan terhadap penciptaan dan menyatakan bahawa persoalan mengenai awalan dunia adalah tak berbaloi. Tidak menurut secara membuta tuli terhadap sebarang teori tentang dewata pencipta yang maha berkuasa atau penggerak asas alam ini dilihat oleh ramai orang sebagai perbezaan utama antara ajaran Buddha dengan agama lain.

Ajaran Buddha menekankan kepada sistem hubungan berpenyebab yang menutup alam semesta ini atau pun pratitya samutpada yang mengandungi susunan alam semulajadi atau dharma. Tiada kebergantungan fenomena atas hakikat ghaib ditegaskan dalam usaha menjelaskan tentang sifat sesuatu perkara. Menurut ajaran Buddha, manusia mesti mempelajari alam sekelilingnya atau dharmma vichaya untuk mencapai prajna (pengetahuan) tentang sifat sesuatu perkara atau dharmma. Dalam ajaran Buddha, matlamat utama amalan kerohanian adalah meringankan tekanan dalam sengsara yang disebut sebagai nibbana. Setengah guru memberitahu para murid permulaan pertapaan Buddha yang sebutan tentang ketuhanan itu tak sepadan dengan ajaran Buddha dan sekurang-kurangnya seorang cendekiawan Buddha menyatakan bahawa gambaran ajaran Buddha sebagai tak bertuhan mungkin nampak terlalu mudah. Tapi ramai orang bertuhan yang tradisional dianggap berpura-pura mengemukakan halangan mencapai nibbana, yang merupakan matlamat utama dalam amalan Buddha.          

Walaupun nyatanya tak bertuhan, penganut Buddha menganggap hormat kepada yang Mulia sebagai penting walaupun dua aliran Buddha berbeza sedikit tentang cara menghormati tokoh. Aliran Theravada memandang Sang Buddha sebagai manusia yang mencapai nibbhana atau pencerahan, melalui usaha seorang manusia. Manakala aliran Mahayana menganggap baginda sebagai tubuh alam semesta dhammakaya, dilahirkan demi kebaikan yang lain. Sebagai tambahan, sesetengah penganut aliran Mahayana memuja baginda sebagai ketua kepada bodhisattva, avalokistesvara dan berharap menjelma menjadi nya.

Penganut Buddha menerima kewujudan makhluk dalam alam tinggi dikenali sebagai dewa tapi mereka cuma seperti manusia melalui sengsara dan tak semestinya lebih bijak daripada manusia. Digambarkan juga Sang Buddha juga menjadi guru kepada para dewa dan lebih tinggi daripada mereka. Dalam hal ini, ada juga dewa yang menerima pencerahan.

Sesetengah aliran Buddha mempunyai kepercayaan berbentuk falsafah dengan Buddha yang abadi yang digambarkan sebagai pencerahan maha kuasa dan lambang kepada alam semesta.

Ajaran Buddha Awal tentang Tuhan

Surian Yee menggambarkan bahawa: "sikap Sang Buddha seperti yang ditunjukkan dalam Nigaya lebih berbentuk anti-spekulasi berbanding dengan besifat ateis atau tak bertuhan" walaupun baginda Buddha Gautama memandang "beberapa aspek" dalam kepecayaan kepada Tuhan itu sebegai tidak sihat.

Hayes menyatakan bahawa: "dalam sastera Nigaya, persoalan kewujudan Tuhan dianggap sebagai berasal sama ada dari pandangan epistemologi atau pandangan akhlak. Sebagai persoalan epistemologi, kewujudan Tuhan membawa kepada perbincangan sama ada pencari kebenaran agama itu pasti adanya kebaikan yang besar dari pencariannya supaya pencariannya itu tidak menjadi sia-sia untuk mencapai matlamat yang tidak dipastikan kebenarannya. Jika sebagai persoalan akhlak pula, soalan akan berkisar kepada perbincangan sama ada manusia itu akhirnya bertanggungjawab terhadap ketidaksenangan yang dirasainya atau wujudnya entiti yang menyebabkan ketidaksenangan dan petaka yang menimpanya sama ada dia layak terkena petaka atau pun tidak... Baginda Buddha Gautama digambarkan bukan sebagai seorang ateis yang mendakwa dirinya boleh mebuktikan bahawa Tuhan tidak wujud tapi beliau cuma bersikap skeptik berkenaan dengan dakwaan para guru yang boleh membawa murid-murid mereka mencapai darjat kebajikan yang tertinggi".

Memetik Devadaha Suttam dari Majjhima Nigaya 101, Hayes menerangkan lagi bahawa: "pembaca Nigaya diajarkan tentang tindakan dalam kehidupan lampau, nasib, jenis kelahiran atau usaha dalam hidup yang bertanggungjawab untuk pengalaman kesedihan dan kesakitan jiwa seseorang tanpa menyebut hal ehwal ketuhanan, baginda Buddha juga langsung tidak memberi sebarang hujah yang tersusun atau cuba membuktikan bahawa Tuhan tak wujud".  

Brahma dalam Kitab Pali

Brahma merupakan antara dewa-dewa yang ditemui sebutannya dalam kitab Pali. Brahma juga tertakluk kepada perubahan, kejatuhan dan kematian sama sahaja macam makhluk lain dalam alam sengsara. Ada beberapa Brahma juga dalam dunia-dunia lain beberapa jenis Brahma disebut dalam ajaran Buddha. Brahma-brahma ini tersangkut juga dalam alam penuh sengsara untuk jangka masa lama. Tuan Charles Eliot menggambarkan sikap terhadap Brahma dalam ajaran Buddha awal seperti ini:  

"Sampai masanya apabila tata dunia ini mati dan kemudian sesetengah makhluk itu dilahirkan dalam "Dunia Pancaran Cahaya" dan berada di situ beberapa lamanya. Kemudian, tata dunia mula berubah dan muncul istana Brahma, tapi ia kosong sahaja. Kemudian pula, makhluk-makhluk yang sudah sampai masa mereka jatuh dari "Dunia Pancaran Cahaya" dan dihidupkan dalam istana dan berada di situ berseorangan tak berteman. Jadi dia berharapkan teman makanya harapannya itu pun terkabul dan jatuh lah lagi makhluk lain yang sudah sampai masa nya di "Alam Pancaran Cahaya" menyertai kawan yang sebelumnya. Makhluk yang awal tadi pikir bahawa dia itu Brahma Agung, yang mencipta kerana apabila dia berasa sunyi dan berharapkan teman, maka muncul makhluk lain. Dan makhluk yang lain itu pun menerima pandangan ini. Akhirnya, seorang dari pengasuh Brahma itu jatuh dari negeri itu dan lahir dalam dunia manusia dan jika dia boleh lagi mengingati kelahiran lampaunya, dia mengimbas lah semula baawa dia cuma lah sedang singgah di alam manusia tetapi Brahma yang di dalam istana itu tetap kekal di situ maka dari sini makhluk itu pun membuat kesimpulan salah dengan menganggap bahawa Brahma itu abadi". 

Dewa Biasa Lain Dirujuk dalam Kitab Pali

Banyak dewata yang mempunya peranan sama dalam sastera Hindu juga disebut dalam kitab-kitab Pali Buddha. Misalnya:

1. Betara Indra
2. Aapo (Varuna)
3. Vayo (Vayu)
4. Tejo (Agni)
4. Surya
5. Prajapati  
6. Soma
7. Yasa
8. Venhu (Vishnu)
9. Mahadeva (Siva)
10. Vijja (Saraswati)
11. Usha
12. Pathavi (Prithvi)
13. Dewi Sri (Lakshmi)
14. Kuveran (Kubera)
15. Yakkha (Yaksha)
16. Gandhabba (Gandarwa)
17. Naga
18. Garula (Garuda)
19. Anak-Anak Sang Bali
20. Veroca

Dalam sastera-sastera Hindu, sesetengah daripada dewa dan dewi yang tersebut dianggap sebagai penjasadan Tuhan, tapi dalam pandangan penganut Buddha semua dewa dan dewi ini tertakluk juga kepada sengsara. Menurut baginda Buddha, dunia dewa-dewa atau kayangan juga mempunyai banyak pancarobanya dan membolehkan dewa-dewa ini jatuh.

Ahad, 11 Mac 2012

Buddha Wairochana

Ini merupakan bahagian mengenai Buddha Mahawairochana dalam bahasa Sansekerit.


Mahawairochana merupakan Buddha kahiyangan yang selalunya dalam kitab seperti Sutra Bunga Malai ditafsirkan sebagai jasad rohaniah atau istilahnya sambhogaakaya bagi Gautama Buddha. Dalam ajaran Buddha di negara Jepun, Wairocana ini selalu dilihat sebagai pandangan Sunyata atau kekosongan bagi jasadi penganut ajaran Buddha. 

Dalam rangka pandangan Lima Kebijaksanaan Buddha dari aliran Wajrayana, Wairocana merupakan titik tengahnya. Penemannya dalam ajaran Buddha di wilayah Tibet adalah Tara Puteh. Setiap Dhyani Buddha dalam tradisi Tibet selalunya ada peneman Buddha yang berbeza jantinanya.  

Pengenalan Wairocana

Ada dalam Sutra Jaring Brahma menyebut bahawa:

"Kini aku lah Buddha Wairocana yang duduk di puncak kelopak teratai. Ribuan bunga mengelilingiku itu merupakan ribuan kepada Buddha Sakyamuni. Setiap bunga itu menyokong ratusan juta loka. Dalam setiap loka itu muncul seorang Buddha Sakyamuni. Semuanya duduk di bawa pokok Bodhi. Semuanya menerima pencerahan dalam masa yang sama. Semua Buddha yang tak terkira ini ada Wairocana nya sebagaimana jasadnya juga ada."

Sutra Bunga Malai menyebut, kepercayaan kepada Buddha Wairocana ini berdasarkan kepada ajaran dari Sutra Mahawairocana yang dikenali sebagai Mahawairocanaabhisambodhi Tantra dan juga sedikit-sedikit dari Wajrasekhara Sutra yang juga dipanggil sebagai Sarwatathaagatattwasamgraha Tantra.

Wairocana disebut juga sebagai nama lain bagi Sakyamuni Buddha dalam Sutra Tapa bagi Kebenaran Bodhisattwa Sejagat yang tinggal di sebuah tempat yang dikenali sebagai "Cahaya Senantiasa Tenang".

Wairocana muncul dalam aliran-aliran ajaran Buddha di empayar China seperti:

1. Tiantai
2. Huayen

Wairocana dalam aliran Buddha di Jepun seperti:

1. Kegon
2. Tendai
3. Shingon 

Wairocana kemudian digantikan oleh Buddha Amitabha yang lebih terkenal selepas itu di China tapi kekal dihormati di Jepun. Bhikku Buddha, Dohan, menganggap Amitabha dan Wairocana sebagai satu dalam Dharmmakaya Buddha dan sebagai sifat sebenar pada asas segala benda hidup dan kejadian.  

Rupa

Berkaitan dengan kekosongan, rupa Wairocana dan saiznya menjadi peringatan bahawa kewujudan bersyarat sebenarnya merupakan kekosongan dan tanpa jati yang kekal. Rupa Buddha di Kuil Todai-Ji di Nara merupakan antara rupa gangsa yang terbesar di dunia. Yang kedua merupakan tugu rupa yang dihancurkan di Bamiyan di Afghanistan. Ia adalah salah satu gambaran Wairocana.     

Di Pulau Jawa di Indonesia, kuil Mendut yang dibina di abad ke-9 M berdekatan dengan Candi Borobodur di Magelang ditujukan kepada Dhyani Wairocana Buddha. Ia dibina oleh Sailendrawangsa dan mempunyai tugu batu setinggi tiga meter mewakili Dhyani Buddha Wairocana. Ia berada dalam asanna sila dan membuat dharmachakra mudra. Rupa itu diapit oleh Bodhisattwa Awalokiteswara dan Bodhisattwa Wajrapanni.  

Rupa Wairocana di China ada di wilayah Henan dekat mukim Lushan. Ketinggiannya dalam 126 meter dan ia merupakan antara rupa Buddha tertinggi di dunia.

Jumaat, 9 Mac 2012

Erti Dharmma


Pengertian Dharmma

Dhamma boleh membawa erti...


  • Keadaan sifat yang begitu sahaja istilahnya yathaa bhuuta
  • Undang-undang alam yang dipertimbang secara bersama
  • Ajaran-ajaran Buddhaguru sebagai penjelasan kepada Undang-Undang Alam terpakai dalam masalah kesengsaraan manusia
  • Satu kejadian yang boleh diperhatikan misalnya pengalaman serta yang berkaitan dengannya
Terbitan Kata

Terbitan kata dhamma ini datang dari kata akar dhamm ertinya "menyokong" atau "mendukung". Dalam catatan lanjut ada menerangkan bahawa ia merupakan suatu yang menyokong atau mendukung pengamalnya dan menghalangnya dari terjatuh ke dalam keadaan yang menyeksakan atau menjelma dalam kewujudan yang buruk.

Konsep dharmma ini memerlukan kefahaman kepada erti yang meluas dan mendalam maknanya. Dharmma adalah untuk memupuk pengetahuan dan pengamalan undang-undang serta peraturan yang bersama-sama menyokong rentangan hakikat, fenomena semulajadi dan pembawaan manusia dalam kuasa yang saling bergantungan dan harmoni.    

Dhamma Winaya

Gautama Buddha merujuk kepada jalan yang diajarkannya kepada para shiksha sebagai dhamma winaya. Ia bererti jalan yang melatih pelajar. Jalan para Buddha merupakan jalan yang melatih diri seseorang dalam amalan yang dikenakan ke atas diri pelajar itu.

Latihan amali ini melibatkan menahan diri semampu mungkin dari kegiatan hubungan jenis menurut istilahnya disebut sebagai Brahmachariya, menurut Sila atau aturan sikap dan usaha bagi memupuk kesedaran dan kebijaksanaan. Hal ini ada diterangkan dalam Latihan Tiga Lipatan.    

Dalam kitab-kitab ajaran Buddha, ungkapan dharmma selalunya merujuk kepada ajaran-ajaran Buddha dan penelitian kitab-kitab misalnya kitab Winaya serta Sutta Pitaka dari kitab-kitab Bali secara kritikal. Lebih meluas lagi, ia turut melibatkan tradisi-tradisi penafsiran yang lebih baru dan tafsiran dari pelbagai aliran ajaran Buddha yang diperkembang untuk membantu menerangkan tentang ajaran Buddha.

Dalam tradisi Mahayana yang terkemudian, dapat dilihat terdapat kira-kira 84 000 ajaran yang diberikan oleh Buddha untuk pelbagai jenis orang menurut keperluan mereka. Dalam soal ini, ia seerti dengan ajaran-ajaran Buddha dalam dharmma yang terkandung dalam Tiga Mestika yang mana para penganut ajaran Buddha berlindung dengannya bagi mendapatkan kebahagiaan abadi.     

Tiga Mestika ajaran Buddha itu adalah Buddha yang mewakili penyempurnaan akal yang cerah, Dharmma mewakili ajaran-ajaran dan kaedah, serta Sangha yang merupakan masarakat yang bersungguh-sungguh beramal dengan Buddha dharmma, yang tak berbelah bagi menyokongnya, mendorongnya, dan menjalinkan persahabatan kerohanian.

Dhamma Wicaya

Pemupukan dan pencapaian kebijaksanaan merupakan sebagagian dari matlamat dan amalan yang terdapat dalam ajaran Buddha. Dalam usaha mencapai kebijaksanaan, seorang itu harus lah memahami sifat sesuatu benda atau dhamma dan bahagian dari amalannya menurut ajaran Buddha adalah dengan menyiasat sifat sesuatu. Yang ini lah kita sebut sebagai dhamma wicaya.

Ia bermaksud menggunapakai satu tujuan, pendekatan ilmiah dalam memahami hubungan punca antara pelbagai jenis kejadian. Panjang lebarnya lagi merujuk kepada pemerhatian sendiri yang berterusan diperbincang dalam ajaran-ajaran yang dicatatkan dalam Satipatthana Sutta.

Buddha sendiri dipanggil sebagai seorang penyelidik yang hebat. Hal ini kerana ajaran-ajaran baginda untuk keluar dari kesengsaraan menerusi penelitian hubungan punca antara penyebab-penyebab berbeza yang membentuk pemikiran dan jasad. Pencapaian gemilang dalam penelitian ini lah yang membentuk badan ajaran asal-muasal.

Badan Dharmma Buddha

Nilai-nilai dharmma itu adalah bersamaan dengan nilai-nilai yang terdapat pada sang Buddha dalam bentuk "Badan Kebenaran". Yang ini kita sebutnya sebagai Dhammakaya.

Dalam Samyutta Nikaya bahagian Wakkali Sutta, sang Buddha ada berkata kepada seorang pelajarnya Wakkali:

Yo kho Wakkali dhammam passati so mam passati.
Wahai Wakkali, barangsiapa yang melihat dhamma, maka dia akan melihat aku (Buddha).

Rujukan lain ada dalam Agganna Sutta dari Digha Nikaya yang mana sang Buddha berkata kepada Wasettha:

Tathaagatassa h'etam Wasettha adiwacanam dhammakayo iti pi...
Wahai Wasettha, Kata-kata Dhammakaya itu merupakan nama kepada Tathagata...

Ciri-Ciri Buddha Dharmma

Ajaran Buddha ada enam ciri utama, antaranya....

1. Swaakkhaato - Diisytiharkan sebaiknya
2. Sanditthiko - Boleh diperiksa
3. Akaaliko - Segera
4. Ehipassiko - Boleh datang dan lihat sendiri
5. Opanayiko - Memimpin seseorang mendekat kebebasan 
6. Paccatam weditabbo winnuuhi - Diketahui secara peribadinya oleh yang bijaksana

Dengan mengetahui ciri-ciri ini, penganut ajaran Buddha akan memperolehi keamanan abadi dan kegembiraan melalui amalan dhamma. Setiap orang itu bertanggungjawab terhadap dirinya dengan meletakkan dirinya dalam amalan yang hakiki.

Buddha dibandingkan juga dengan seorang tabib yang berkemahiran, dan dharmma pula dibandingkan dengan penawar yang bersesuaian. Walaupun ada seorang doktor yang hebat atau penawar yang ampuh sekali pun, pesakit masih lah tak dapat disembuhkan jika tidak diberi penawar yang sesuai dengan sakitnya. Maka amalan dhamma ini merupakan satu-satunya jalan bagi mencapai tahap terakhir dalam nibbana.

Ajaran ini bermula dengan pemahaman terhadap kamma atau perbuatan dan berkembang kepada kesannya dalam pemikiran seseorang, bagi mencapai pencerahan penuh perlu lah pula mengenali sifat pemikiran itu sendiri.     

Khamis, 15 November 2012

Tentang Tuhan dan Para Buddha Dahulu Kala

Buddha Dahulu Kala, Sang Vajrasattva

Teori-teori berkenaan kewujudan diri yang tak pernah berubah menjadi tapak kepada makhluk sememangnya perkara biasa dalam kepercayaan di benua India sejak sebelum kemunculan Buddha Gautama lagi. Bagaimanapun hal ini ditolak oleh nya: "Sang Buddha, bagaimanapun, enggan mengakui sebarang prinsip-prinsip ghaib sebagai satu bebenang yang memegang saat-saat kejadian yang dihadapi bersama, baginda menolak sebutan-sebutan Upanishad berkenaan zat tak berubah atau prinsip yang melatari dunia dan orang dan kejadian yang menimbulkan penyebab disebabkan oleh sesuatu kuasa terwujud, sama ada ia adalah makhluk, brahman atau tuhan".

Dalam sastera Mahayana terkemudian, bagaimana pun, fikiran tentang Tapak Kejadian yang abadi, menembusi semua, serba tahu, teliti dan tak pernah mati yang disebut sebagai dharmmadhatu yang dikaitkan dengan sattvadhatu atau alam makhluk dikenali dengan pemikiran yang penuh kesedaran atau bodhichittam atau tubuh kebenaran yang dalam bahasa Sanskrit nya dipanggil sebagai Dharmmakaya Buddha sendiri. Ia dikaitkan dengan Buddha sendiri melalui suttam Mahayana, dan ditemui juga dalam pelbagai tantra. Dalam setengah teks Mahayana, prinsip sebegini kadang-kadang dipersembah sebagai jelmaan dalam bentuk yang diperibadikan sebagai Buddha dahulu kala seperti Samantabhadra, Vajradhara, Vairochana atau Adi Buddha.

Dalam aliran Tantra Buddha dan sasteragama Dzogchen, Dhammakaya tetap wujud dan meliputi semua (zat hakikat kejadian Buddha) ini dipaparkan sebagai Buddha dahulu kala iaitu Samantabhadra yang dipuja sebagai tuan yang purba. Dalam pengkajian Dzigchen, Dr. Sam van Schaik menyebut tentang bagaimana Buddha Samantabhadra dilihat sebagai "zat hati bagi segala buddha, tuan purba, arya jaya Samantabhadra". Dr. Schaik menyebut lanjut bahawa Samantabhadra ini bukan dipandang sebagai jaluran pikiran yang terpisah daripada pemikiran makhluk berperasaan dan berkesedaran, tapi lebih dipandang sebagai prinsip nibbana sejagat yang diistilahkan sebagai pemikiran yang berkesedaran atau bodhichittam dan wujud dalam semua benda bernyawa. Dr. Schaik memetik dari teks tantra, Mengalami Minda Cerah Samantabhadra dan Tantra Berikutan dari Arahan Penyempurnaan Agung untuk menggambarkan bahawa Samantabhadra sebagai sesuatu yang bukan dicipta, cerah, murni, memberi kefahaman kepada diri dan pengetahuan penting (gnosis) yang hadir dalam semua benda...

"Zat kepada semua kejadian adalah pemikiran yang berkesedaran. Pemikiran kepada semua Buddha itu lah pemikiran yang sedar. Dan kuasa kehidupan bagi setiap makhluk berkesedaran itu lah pemikiran yang berkesedaran... Pengetahuan penting yang bukan diperbuat-buat pada saat kini adalah kilauan renungan, tak terlindung dan tak berkarat apa pun. Tuan yang purba itu lah dia".  

Sami Buddha aliran Mantrayana dari Jepun, Dohan, menganggap dua Buddha agung iaitu Amitabha dan Vairochana Buddha sebagai satu dan Dhammakaya Buddha yang sama. Ia dianggap sebagai sifat sebenar pada asas semua makhluk dan kejadian. Ada beberapa kesedaran yang boleh dikaitkan dengan pengamal aliran Mantrayana seperti yang disebutkan oleh Dohan berkaitan dengan hal ini seperti yang digariskan oleh Dr. James Sanford. Beliau berkata bahawa: "ada kesedaran bahawa Amitabha Buddha itu adalah Dhammakaya Buddha, Vairochana; kemudian ada kesedaran bahawa Amitabha itu sebagai Vairochana yang menjelma secara abadi dalam alam semesta yang mempunyai ruang dan masa. Dan akhirnya ada juga kesedaran terdalam bahawa Amitabha itu adalah sifat sebenar, legap dan rohaniah bagi setiap makhluk. Ia satu tubuh berhikmah saheh yang tidak pernah dilahirkan, bukan menjelma, hakikat tak berubah yang diam berada dalam setiap asas semua kejadian".

Sama juga gambaran yang nampak macam gambaran tentang Tuhan ditemui dalam Tantra Raja Mencipta Semua atau Kunjed Gyalpo Tantra. Ia menyebut bahawa pemikiran sejagat yang sedar dalam bentuk Samantabhadra mengisytiharkan diri nya. Aku ini adalah teras kepada segala yang wujud. Aku ini benih kepada semua yang wujud. Aku ini penyebab kepada semua yang wujud. Aku ini batang kepada yang wujud. Aku ini asas bagi yang wujud semua nya. Aku ini akar kewujudan. Aku ini teras kerana aku mencakupi semua kejadian. Aku ini benih kerana aku yang memberikan kelahiran kepada semua. Aku ini penyebab sebab dari aku lah datang nya semua. Aku ini asas kerana semuanya bergantung kepada aku. Aku ini dipanggil sebagai akar kerana aku ini adalah segalanya.

Suttam Karandavyuha mempersembah Bodhisattva agung iaitu Sang Avalokiteswara sebagai gambaran Tuan Agung yang baik hati di alam semesta. Ciri-ciri menarik Avalokiteswara dalam suttam ini adalah kuasanya yang mencipta, dan dia dikatakan sebagai nenek moyang kepada segala jasad samawi dan dewata. Dr. Alexander Studholme dalam monograf nya mengenai suttam ini menulis: "Matahari dan bulan dikatakan lahir dari mata Bodhisattva, Maheswara pula dari kening nya, Brahma dari bahu nya, Vishnu Narayana dari hati nya, dewi Saraswati dari giginya, angin dari mulut nya, bumi dari kaki nya dan langit dari perut nya".

Avalokiteswaram sendiri dihubungkan dengan versi pelbagai suttam Buddha awal seperti Adi Buddha, yang merupakan Swayambhu atau pun wujud sendiri tiada terjelma dari suatu apa pun tiada berinduk. Dr. Studholme mengulas bahawa: "Melalui suttam Karandavyuham, diterangkan bahawa Avalokiteswaram itu merupakan pancaran dari Adi Buddha atau Buddha Purba. Ia adalah istilah yang jelas menunjukkan bahawa perkara yang diperkatakan itu adalah benda yang sama dengan Swayambhu dan Adinath atau Tuan yang Purba".  

Khamis, 29 September 2011

Sambungan Tamadun Yunani Buddha

Bandar Yunani di India Purba

Menurut Ptolemy, beberapa bandar Yunani dibangunkan oleh orang Bactria berpengaruh Yunani di utara Pakistan hari ini. Raja Menander membangunkan ibu kota Segala, kini dalam Sialkot di Punjab. Ia menjadi salah satu pusat perkembangan kebudayaan ajaran Buddha (Milinda Panha, bab I). 

Sebuah lagi bandar Yunani dibina oleh raja Demetrius dan dibina semula oleh raja Menander ditemui semula dalam usaha cari gali dekat Taksila. Di situ ada chandi Buddha yang berselang seli dengan chandi Hindu dan juga kuil Yunani menunjukkan persenyawaan ajaran agama serta toleransi beragama.

Kitab Suci

Bukti ada menunjukkan perhubungan terus pemikiran Yunani dengan pemikiran Buddhisme semasa abad di mana Milinda Panha hidup. Salah satu sesi pelajaran ajaran agama Buddha menurut bentuk pembelajaran Platon pernah berlaku antara raja Menander dan seorang sami Buddha, Nagasena.

Menurut kitab Mahawangsa (bab XXIX), ada catatan menyatakan bahawa semasa pemerintahan raja Menander, seorang Yunani pernah menjadi kepala sami-sami. Sami itu bernama Mahadharmarakshita bermaksud Pemelihara Dharma Agung. Beliau mengetuai 30,000 orang sami Buddha dari bandar Yunani iaitu Iskandariah yang berkemungkinan terletak dalam kawasan Kaukasus sekitar 150 km dari utara Kabul di Afghanistan hari ini. Mereka pergi ke Sri Lanka dan membangunkan chandi di sana menunjukkan bahawa ajaran Buddha berkembang pesat di bawah pemerintahan dan kawasan pemerintahan raja Menander. Orang Yunani memang terlibat dalamnya.

Antara sumbangan orang Yunani dalam ajaran Buddha di India juga dicatatkan, seperti Meridarkh Yunani atau Gabenor Wilayah Yunani di India bernama Theodorus, diterangkan dalam satu penerangan dalam tulisan Kharoshthi menunjukkan bagaimana beliau memuliakan tinggalan sang Buddha. Batu bersurat itu ditemui atas sebijik pasu dalam satu chandi, bertarikh pemerintahan raja Menander atau salah seorang penggantinya dalam abad pertama SM (Tarn, m.s 391):

Theudorena meridarkhena pratithawida ime sarira sakamunnisa bhagawato bahu-jana-stitiye

Meridarkh Theodorus telah pun memuliakan tinggalan Tuan Sakyamuni, bagi tujuan kebaikan hamba rakyat.

(Tinggalan Swaat, pahatan di pasu untuk Meridarkh Theodorus)

Akhir sekali, ada tradisi Buddha yang memasukkan raja Menander sebagai salah seorang pemelihara ajaran bersama dengan raja Asoka dan raja Kanishka.

Manuskrip Buddha dalam tulisan Yunani juga ditemui di Afghanistan, memuji Buddha-Buddha dan menyebut juga mengenai Mahayanaraja Buddha. Manuskrip itu bertarikh tak lewat dari abad kedua SM (Nicholas Sims-Williams, Manuskrip Buddha Baktria).

Setengah unsur pergerakan Mahayana mungkin juga bermula sejak abad pertama SM di barat laut India, semasa perhubungan terus berlaku antara tamadun Yunani dan tamadun Hindu. Menurut sesetengah sarjana, sutra utama Mahayana ditulis sekitar selepas abad pertama SM. Apabila berlaku pertelingkahan antara aliran dalam aliran besar Nigaya berkaitan dengan kemanusiaan dan kemanusiaan melampaui kedewataan sang Buddha serta persoalan mengenai asas kepada alam ghaib, maka masuk lah sedikit pengaruh pemikiran Yunani ke dalam ajaran Buddha. Ia mungkin dipengaruhi oleh orang Yunani dan juga mungkin oleh aliran yang dianuti oleh orang Yunani berlegar di utara dan timur sepanjang Laluan Sutera.

Kerajaan Kushan (Abad 1-3 SM)

Orang-orang Kushan merupakan antara lima puak dalam persatuan kaum Yuezhi yang menetap di Baktria sejak sekitar tahun 125 SM, selepas itu mereka digantikan oleh orang Yunani Baktria. Orang Yunani Baktria menakluki kawasan utara Pakistan dan India sejak abad pertama sebelum masehi.

Pada saat itu, orang Kushan sudah berhubungan dengan budaya Yunani dan kerajaan-kerajaan Hindu Yunani lebih dari satu abad. Mereka menggunakan tulisan Yunani menulis bahasa mereka, dan menggunakan contoh matawang Yunani untuk membuat matawang mereka. Pandangan mengenai serapan budaya Yunani ini didasarkan kepada arca Kushan yang membayangkan kejadian Dionysiak atau kisah kuda Trojan. Mungkin juga ada rakyat Yunani yang tinggal dalam pemerintahan orang Kushan. 

Raja Kanishka, pemerintah Kushan menghormati dewa-dewi Brahman, Yunani, dan juga Zarathustra. Begitu juga dengan ajaran Buddha. Beliau sangat terkenal dengan persenyawaan keagamaan juga pernah mengaturkan Perhimpunan Buddha Keempat sekitar abad pertama masehi di Kashmir bagi meneliti kitab Sarwastiwadin. Setengah matawang raja Kanisha menunjukkan rupa Buddha yang terawal sekitar 120 M dengan rupa Hellen dan ditulis pada matawang satu perkataan iaitu, Boddo atau Buddha dalam tulisan Yunani.

Raja Kanishka juga menterjemah kitab-kitab Buddha aliran Mahayana dari bahasa tempatan bahasa Ghandari atau Prakrit ke bahasa Sanskrit.    

Selasa, 1 April 2014

Deva: Brahmā


Brahma ini menurut ajaran Buddha, merupakan sejenis bangsa deva yang tidak bernafsu jantina untuk berhubungan jenis mahu pun bernafsu makan lagi dan tersebut dalam Prapancavijnana Buddha.

Terbitan

Nama Brahma terbit dari tradisi Vedika, Brahma muncul sebagai pencetus jagat raya. Sastera agama Buddha pula menggambarkan wujudnya beberapa Brahma dalam jagat yang sama. Setengah daripada Brahma ini ingat bahawa mereka itu pencipta loka yang "maha berkuasa". Baginda Buddha membetulkan pandangan deva-deva Brahma tersebut. Cetera, perangai nesai dan fungsi Brahma menurut ajaran Buddha itu berbeda dari Brahma dalam ajaran Vedika.

Namun, dapat dipastikan bahawa salah seorang Brahma yang dikenalpasti menurut ajaran Buddha pernah menjadi tumpuan semahan oleh Brahmana sebelum baginda Buddha muncul. Baginda Buddha menjelaskan bahawa Brahma dalam tradisi Vedika itu satu salah faham, peringatan yang salah, dari satu atau lebih Brahma (Brahmajāla Sutra; Digha Nikaya 1). Penganut Buddha tak mengenal konsep Brahman seperti penganut agama Hindu yang merujuk kekuasaan Sang Hiyang yang serba mencakupi dengan konsep itu.

Penjatian

Sekurang-kurangnya ada empat cara menafsirkan sabdavali Brahma. Ia boleh merujuk:
  • Sebarang deva di Ārūpyadhātu dan Rūpadhātu.
  • Sebarang deva di loka Rūpadhātu, dari Śubhakṛtsna ke Brahmapāriṣadya.
  • Sebarang deva di triloka bawah Rūpadhātu.
  • Mahābrahmā, devata tertinggi dalam kalangan Brahma.
Dalam pengertian "makhluk Rūpadhātu", sabdavali Brahma boleh dikaitkan dengan Brahmavihāra. Ia merujuk kepada tahap tapa semadhi yang dicapai menerusi empat Rūpadhyāna yang dikongsi juga oleh penduduk buana Rūpadhātu.
 
Brahmā Perseorangan

Beberapa Brahmā diberi nama dalam agama-agama Buddha. Disebabkan kekaburab dalam sabdavali Brahma ini, selalu juga terjadi ketidakpastian tentang kedudukan semua tokoh ini dalam konteks prapancavijnana. Dari segi sastragama, mereka ini sama ada dipersembah sebagai tokoh-tokoh kekuasaan atau sebagai watak dengan rasa mementingkan diri yang melampau.

Baka Brahma

Brahma burung bangau yang muncul dalam Madhyama Nikaya. Beliau ini percaya bahawa loka ini kekal abadi tidak akan pernah merosak maka dia pun percaya dia itu abadi. Tiada siapa pun lagi yang tinggi lokanya daripada loka ciptaannya.

Baginda Buddha menolak dakwaan Brahma itu. Baginda bersabda bahawasanya semua benda dalam alam semesta ini anitya (tak kekal). Namun salah seorang pengasuh Brahma ini dihasut Mara tetap menegaskan Baka Brahma itu adalah Pencipta. Barangsiapa yang memujinya itu diberi pahala dan sesiapa yang menafikan kekuasaannya itu nanti menerima azab seksa yang pedih! Baginda Buddha mengenalpasti suara itu sebaga Mara Deva lantas mengisytiharkan diri baginda bebas daripada kuasanya.

Baka Brahma menyatakan bahawa sia-sia saja perisytiharan baginda Buddha itu kerana kekuasaannya itu dipercayai oleh dirinya sebagai sejagat. Dia menunjukkan bahawa jika baginda Buddha bergantung dengan segala benda dalam ilmunya itu maka baginda akan berada dalam alamnya. Baka Brahma akan bertindak ke atas baginda Buddha menurut budi bicaranya. Baginda Buddha membalas bahawa kekuasaan Brahma itu tak setara mana. Terdapat saja alam-alam yang tak diketahui oleh Brahma. Ilmu baginda Buddha itu menempatkan baginda lebih tinggi daripada Brahma itu. Brahma itu diyakinkan oleh baginda Buddha menerusi divyacaksus baginda menyoroti siapakah diri Brahma serta rujukan hidup lampau Brahma itu sendiri.

Baka Brahma sebelum jiwanya naik menjadi Brahma Deva itu merupakan seorang alim bernama Kesava. Beliau sering menyelamatkan nyawa orang ramai dengan pelbagai cara. Menerusi kemahiran semadhi beliau, lalu beliau terjelma menjadi Brhatphala Deva selepas menghembuskan nafas dari tubuh Kesava. Kelahiran seterusnya itu menurunkan pula tarafnya sampai terjelma dalam Rupadhatu menjadi Brahma biasa saja. Dalam kejadian lain lagi, Baka Brahma percaya bahawa tiada bhiksu atau orang zuhud yang mampu masuk ke alamnya walaupun dengan kuasa jelmaan lampau biasa, tapi baginda Buddha serta beberapa pelajar baginda membuktikan kepercaan Brahma itu salah dengan melawatnya sendiri (Brahmani Mantanika Sutra; Baka Brahma Sutra).

Brahma Saghampati

Beliau ini yang tertua dalam kalangan Maha Brahma. Beliau melawat baginda Buddha semasa peristiwa Buddha Jayanti dan semasa baginda bertapa di Uruvelā menggalakkan baginda supaya mengajar dharma kepada manusia. Menurut setengah ulasan, Brahma ini merupakan bekas bhiksu bertaraf anagami bernama Sahaka. Beliau pernah berada dalam Samgha Buddha Kāśyapa. Selepas meninggal, beliau dijelmakakan di Śuddhāvāsa.

Beliau pernah menggalakkan seorang wanita yang anaknya itu seorang bhiksu supaya jangan memberi dana kepada Brahma sebaliknya disuruh memberi dana kepada anaknya sendiri yang kebetulan bernama Brahmadeva. Saṃyutta Nikāya mempunyai catitan ucapan yang pernah dilontarkan Brahma ini semasa beliau bertemu dengan baginda Buddha bersama Śakra. Beliau turut menemui Buddha semasa kematian baginda dan ayat-ayat berkaitan beliau dicatit dalam Mahāparinirvāna Sutra. Brahma ini dilihat rapat sekali dengan baginda Buddha.

Brahmā Sanatkumāra

Brahmā Sanaṅkumāra, sentiasa muda, muncul disebut dalam Janavasabha Sutra (DN. 18). Diceterakan, beliau diingati sebagai pencetus kewujudan khayalan supaya boleh dilihat oleh deria kasar Śakra dan dewa-dewa di Trāyastriṃśa. Beliau memperlihat kepada dewa-dewa seolah sedang berbicara dengan mereka secara asing-asing. Beliau menasihati mereka supaya mengikut prinsip ajaran dharma oleh baginda Buddha serta menjelaskan kesan karmika amalannya. Pengulas agama menjelaskan bahawa Brahma ini muncul dalam rupa lelaki muda dengan rambut diikat lima seperti remaja lelaki baru baligh.

Mahābrahmā

Sabdavali ini merujuk kepada gelaran deva-deva tribhuvan di Rupadhatu. Boleh juga gelaran devata alam tinggi lain. Gelarannya adalah Brahma, Maha Brahma, Pemerintah, Pengarah, Penunjuk, Bapa semua yang wujud dan yang akan wujud. 

Menurut Brahmajāla Sutra (DN. 1), seorang Maha Brahma itu sebenarnya merupakan makhluk loka Ābhāsvara yang terjatuh ke loka rendah sedikit disebabkan kehausan pahala. Dia terjelma sendirian dalam Brahmaloka lalu terlupa kewujudan lampaunya. Dia membayangkan dirinya itu wujud sendiri tanpa penyebab. Makhluk-makhluk yang terjelma dari alamnya ke alam manusia dan mampu mengingatinya secara samar-samar mempercayainya sebagai pencipta alam ini.

Kevaddha Sutra (DN.11) menyebut, salah seorang Mahābrahmā gagal menjawab soalan falsafah yang ditanya oleh seorang bhiksu kepadanya. Dia menyembunyikan hakikat ini daripada deva-deva pembantunya disebabkan malu. Brahma itu diam-diam menyuruh bhiksu itu pergi bertanya kepada baginda Buddha kerana dia pun tidak tahu....