Ahad, 17 Mac 2019

Tata Gerakan Akal


Akal atau minda dalam bahasa Inggeris merujuk kepada kebolehan-kebolehan manusia dalam mengingati dan memahami melalui pemikiran, pengalaman atau derianya. Kebolehan-kebolehan akal termasuklah membayangkan, kesedaran, pemikiran, pertimbangan, bahasa, ingatan dan imaginasi. Akal selalu ditakrifkan sebagai kebolehan pemikiran dan kesedaran sesuatu jiwa.

Dalam bahasa Melayu, kita mempunyai perkataan "budaya" yang sebenarnya dibentuk daripada dua perkataan bahasa Sanskrit iaitu buddhi dan hṛdaya. Perkataan ini dalam konteks penutur berbahasa Melayu membawa maksud ketamadunan namun maksud asalnya adalah hati budi. Perkataan ini boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu klasik yang bermaksud "adab". Konotasinya adalah dari hati dan akal yang dicerahi itu maka munculnya tamadun peradaban yang tinggi.

Menjelajahi Antah-karana

Dalam falsafah orang Hindu, akal ini mempunyai empat fungsi semuanya iaitu:
  • Manas, deria atau memproses akal
  • Citta, penyimpan ingatan, perasaan atau buah fikiran
  • Ahamkara, ego atau pembuat 'aku'
  • Buddhi, pengetahuan atau pertimbangan akal
Dalam falsafah orang Hindu, seseorang pengamal yoga itu mestilah mengetahui dua perkara iaitu:
  • memahami sendiri setiap fungsi daripada akal itu; dan
  • menyusun atur antara satu dengan yang lain
Rujukan
    Pic: Mount Kailās, Tibet, China, Remote Lands (online)  

    Ahad, 20 Januari 2019

    Tiga Rantau Alam


    Kepercayaan terhadap alam ghaib itu wujud dalam agama-agama orang Hindu. Konsep-konsep alam akhirat dalam bahasa Melayu seperti syurga (sorga), neraka (naraka), dosa (doṣa) dan pahala (phāla) semuanya diserap dari bahasa Sanskrit kesan dari pengaruh kebudayaan Brāhmaṇa dari Jambūdvipa.

    Dalam kepercayaan orang Hindu, terdapatlah istilah yang disebut dalam bahasa Melayu kita sebagai Tribuana atau Tribhuvan dalam bahasa Sanskrit. Ia membawa maksud tiga rantau alam kewujudan. Berikut adalah alam-alam yang boleh diperhatikan oleh kita sebagai rujukan:
    Setiap jiwa yang sudah meninggalkan raganya pasti akan menuju ke alam-alam yang lain. Baik atau buruk perjalanan seterusnya itu tergantung pula kepada karma atau amalan jiwa tersebut. Oleh itu, admin merasakan bahawa penting sekali saudara-saudara dharma yang budiman mengetahui mengenai perkara ini kerana ia boleh membantu kita semua dalam menjalani kehidupan kita dengan lebih baik lagi.

    Rujukan mengenai alam selepas kematian boleh diklik di sini untuk maklumat lanjut. 

    Pengumpul: Northern Gate
    Tithi: 14 Śuklapakṣa 30 Pausa 1940 (20 Jan 2019)  

    Khamis, 4 Oktober 2018

    Aliran Śaiva Kaśmīr


    Aliran Śaiva Kaśmīr adalah sekumpulan tradisi yang berasaskan kepada tafsiran tantra advaita Śaiva dari rantau Kaśmīr selepas dari tahun 850 M. Istilah Trika digunakan oleh Abhinavagupta bagi mewakili seluruh aliran Śaiva Kaśmīr atau untuk membingkaikan sistem Pratyabhijña. Sistem ini sebenarnya turut terkenal di seluruh rantau benua kecil India. Ia berkembang juga di rantau Oḍiśā atau Kalinga dan di rantau Mahārāṣṭra.

    Kitab Tantrāloka, Mālinīślokavārttika dan Tantrasāra adalah merupakan tafsiran bagi Tantra Mālinīvijayottara walaupun kesemua kitab-kitab ini dikategorikan di bawah Kulamārga kerana kecenderungannya itu lebih kepada krama berasaskan Kali. Aliran Śaiva Kaśmīr ini didakwa menggantikan aliran Śaiva Siddhanta iaitu tradisi dvaita yang dianggap oleh sarjana sebagai aliran Tantra Śaiva arus perdana. Menurut pandangan Śaiva Siddhanta, matlamat seseorang itu adalah untuk mencontohi Śiva dengan restu-Nya sedangkan dalam pandangan Śaiva Kaśmīr adalah untuk menyedari bahawa diri sendiri itu sebenarnya adalah Śiva. Śaiva Kaśmīr memandang bahawa Śiva itu adalah alam semesta seluruhnya. Baca lanjut di sini.

    Rabu, 19 September 2018

    Kata-Kata Agung


    Kata-kata agung dikenali dalam bahasa Sanskrit sebagai Mahāvākyam. Jamaknya adalah Mahāvākyāni. Kata-kata agung dari Upanishad ini diberikan cirinya oleh aliran Advaita Vedanta. Kata-kata agung yang selalu dipertimbangkan adalah seperti berikut:
    Sebenarnya terdapat banyak lagi kata-kata agung. Namun, empat yang tersebut di atas itu adalah yang terkenal. Setiap satunya datang dari salah satu daripada empat Veda. Tradisi Vedanta menyebut bahawa bahan dan zat bagi segala Upanishad itu adalah sama dan segala Kata-Kata Agung Upanishad itu mengungkapkan titipan sejagat dalam rupa kenyataan yang ringkas dan padat. Dalam terminologi Sanskrit kemudiannya, istilah Kata-Kata Agung ini turut membawa maksud perbincangan khususnya melibatkan subjek falsafah yang tinggi. Tradisi Advaita Vedanta pula berpandangan bahawa empat kenyataan dari Upanishad ini menandakan kesatuan tertinggi antara orang perseorangan (Atman) dengan Yang Maha Agung (Brahman).

    Orang yang dinaikkan ke taraf kehidupan Sannyasa dalam tradisi Advaita Vedanta akan diajarkan empat kata-kata agung ini. Ia akan disampaikan dalam bentuk empat mantra. Tujuannya adalah untuk mencapai kedudukan tertinggi iaitu apabila jiwa seseorang itu melebur ke dalam Brahman.

    Kata-kata agung lain adalah seperti berikut:
    • Brahma Satyam Jagan Mithyā
    • Ekam Evadvitiyam Brahma
    • SoHam
    • Sarvam Khalvidam Brahma
    Sumber Gambar: Murree, Rawalpindi, Pakistan, World for Travel (online

    Ahad, 15 Oktober 2017

    Amalan Mantra dan Tantra


    Mantra dalam bahasa Sanskrit bermaksud, "pembebasan fikiran". Ia merujuk kepada kaedah-kaedah yang digunapakai oleh seseorang untuk memecahkan rantaian fikirannya. Kaedah ini digelah sebagai mantra yoga.

    Mantra yoga dijalankan berdasarkan kepada tradisi yoga. Tradisi yoga adalah jalan yang sah bagi mencapai moksa. Klasifikasi yang diterima umum untuk yoga tantra ini mempunyai lima perkara iaitu pinda, kartari. bija, mantra dan mala. Klasifikasi ini turut mengambil kira bilangan suku kata dalam bija mantra iaitu dari tiga sehingga sembilan suku kata. Kebiasaannya, mantra tantra terdiri daripada bija mantra dengan pengecualian yang kadang-kadang berlaku apabila bilangan suku kata itu boleh jadi lebih atau kurang daripada bilangan yang disebutkan itu.

    Rencana ini diperbuat untuk saudara-saudari merujuk tentang bija mantra. Silakan klik tajuk-tajuk berikut bagi membaca lebih lanjut lagi.
    Di samping itu, tantra pula membawa maksud tradisi tersembunyi dalam agama-agama orang Hindu. Ia berkembang kemungkinannya dalam pertengahan abad pertama masihi. Istilah tantra dalam tradisi orang Hindu juga membawa maksud sebarang, "amalan, kaedah, sistem, teori, sastera, alatan dan cara", yang tersusun serta terpakai dalam semua keadaan. Untuk bacaan lanjut, sila baca di sini sahaja. 
    Source pic: Fun facts about the Himalayas

    Sabtu, 22 Julai 2017

    Tangkal dan Yantra


    Yantra muncul dari rujukan kitab suci Hindu seperti Veda dan Upanishad. Yantra umumnya bermaksud peralatan dan kediaman. Dipercayai bahawa yantra mempunyai kesaktian dan boleh berfungsi secara harmoni dengan alam semulajadi. Penangkal-penagkal ini boleh menjadi penawar berkesan kepada keadaan-keadaan tidak menyenangkan yang timbul dari kedudukan planet dan bintang.
    Source Pic: Pinterest

    Sabtu, 17 Jun 2017

    Sistem Varna


    Pada asasnya, varna ini merujuk kepada susuhunan, jenis atau kelompok. Istilah ini merujuk kepada kelompok sosial dalam dharmasastra. Dharmasastra ini mengelaskan masyarakat manusia itu kepada empat varna iaitu:
    • Brahmāṇa - terdiri daripada pedanda, pinandita, sastrawan, sarjana dan guru-guru
    • Kṣatriya - terdiri daripada raja pemerintah, pentadbir seperti menteri dan tentera
    • Vaiśhya - terdiri daripada golongan pedagang dan petani
    • Śūdra - terdiri daripada buruh dan pekerja umum.
    (Sila klik bahagian yang ditebalkan untuk maklumat)

    Pembahagian kelompok sosial masyarakat Hindu ini tidak mempunyai maksud yang sama dengan pembahagian perkauman berdasarkan warna kulit yang diajarkan oleh orang Eropah menerusi istilah kasta mereka. 

    Sistem ini dibincangkan dalam sastra-sastra Hindu dan difahami sebagai ciri-ciri masyarakat yang ideal. Konsep ini pada awalnya dikesan dari Purusha Sukta dalam Rgveda. Kesarjanaan moden walau bagaimanapun percaya bahawa ayat ini dimasukkan pada zaman terkemudian, kemungkinannya menghasilkan piagam mitos mengenai pembahagian masyarakat ini. 

    Ulasan mengenai sistem ini selalunya diambil dari Manusmrti. Banyak juga sastra Hindu lain serta doktrinnya yang mempersoal dan tidak bersetuju dengan sistem ini untuk mengelaskan masyarakat.

    Di samping itu, ada juga klasifikasi mengenai kelompok Chaṇḍaḷa yang berada di luar lingkungan masyarakat Arya. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai kelompok ini. 

    Pic source and credit: Bapa Wayan Suyasa (Web Blog), Bali, Rembang Indonesia.