Rabu, 19 Februari 2014

Kalaiyātha Kalviyum

Vanakkam


 

Sloka kekawin bahasa Tamil ini dipetik dari Abirami Pathigham oleh Abirami Bhattar (Subramaniya Iyyer). Bhattar mengutuk raja dan membawa murthi dewi Parwati dan Betara Siva ke Thirukadavūr. Nyanyian kekawin ini dilontarkan Dr. Sīrgāzhi Govinda Rajan. Lagu ini menunjukkan tentang seseorang itu mesti hidup dengan bermaruah!

 

Latar Cetera

Brahmana Sri Subramaniya Iyyer

Beliau dilahirkan di Amirthalinga Iyyer di kampung Thirukkadaiyur. Thirukkadaiyur merupakan perkampungan bangsa Brahmana terkenal dekat dengan pura. Agrahara mereka semua dibangunkan sri raja Maratha, Serfoji I. Baginda berminat dengan karya kekawin para pendita dan biduanda. Pemerintahan baginda itu berlaku pada awal kurun ke-18 M. Kampung Brahmana itu terkenal dengan Pura Siva, Sri Amritaghateswar-Abhirami

Semenjak kecil kehidupan Subramaniya cuma berlegar sekitar pura saja dan beliau menjadi pemuja tegar dewi Abhirami. Beliau akan duduk di sudut pura bertapa menyeru dewi dan memuja. Masa berlalu, sampai beliau lupa diri beliau sendiri. Semua wanita sekitarnya cuma kelihatan seperti dewi pada pandangannya. Beliau akan melontar bunga kepada mereka sebagai lambang tabik dewi. Perbuatan beliau menimbulkan kegelisahan sampai dianggap gila oleh orang sekeliling.

Perselisihan dengan Raja

Suatu hari, raja Serfoji, pemerintah Tanjore yang juga penguasa mandala di situ mencemar duli di pura kampung Amirthalinga Iyyer menyemah ke Betara Siva. Raja pelik melihat kelakuan Subramaniya Iyyer yang juga menjadi salah seorang pedanda upacara pura. Lalu ditanyai baginda pedanda lain, kenapa pedanda itu begitu? Salah seorang pedanda yang ditanya itu menyangkal kenyataan rakannya menyatakan Subramaniya. Dia berkata bahawa Iyyer itu seorang pemuja setia dewi Abhirami!

Ingin tahu, raja mendekati Subramaniya sendiri. Lalu ditanya hari apakah hari pada bulan itu? Sama ada purnami atau amavasya? Subramaniya tak nampak bulan pun tapi beliau cuma nampak dewi sakti itu saja. Dijawabnya purnami sedangkan ketika itu amavasya. Raja terus ke pedati seraya berangkat pulang. Baginda bertitah bahawa jika bulan tak muncul menjelang jam enam petang, pasti dipancung kepala Iyyer itu.

Menyedari kesilapannya, Subramaniya lantas menyalakan unggun api besar. Beliau membuat buaian berbentuk pentas dengan seratus ikatan tali. Beliau berdiri atasnya dan menyeru dewi menyelamatkannya. Beliau memutuskan seutas tali seusai satu seloka pujanya.

Seloka semua membentuk lontar Abhirami Anthadhi. Pada penghujung seloka ke-79, muncullah dewi seraya melemparkan thadanggai (subang permata) dari kayangan. Peristiwa itu menyebabkan langit gelap disirami cahaya. Subramaniya terlalu gembira lantas membaca 22 lagi seloka memuji dewi. 

Raja terus membatalkan perintah memancung Brahmana miskin itu. Sebaliknya dikaruniai pula harta serta gelar Bhatta. Keturunan Brahmana itu diberi karunia pagelaran Bharathi. Brahmana itu tidak menerimanya pun sebaliknya berpindah ke bersama murthi dewata kerana maruah.

Sabtu, 15 Februari 2014

शिलसुत्र

Svasti srih!

Śila Sutra


Dharmātmā

Y. M. Maha Kotthita berbicara kepada Y. M. Sariputra...

Mitra ku Sariputra, apakah perkara yang dharmikabhiksu patut beri perhatian dengan telitinya?

Mitra Kotthita, bhiksu dharmika itu patutlah memberi perhatian kepada bahan panchaskandha itu sebagai tidak kekal, sebagai penyakit, sebagai barah, sebagai anak panah, sebagai derita, sebagai ujian, sebagai orang asing, sebagai ketidakjalinan, sebagai kosong, sebagai bukan diri....

Apakah yang lima?

Rupa panchaskandha bawah keterikatan itu tak kekal, perasaan bawah keterikatan, persepsi bawah keterikatan, azam terbitan bawah keterikatan, kesedaran bawah keterikatan. Dharmikabhiksu patutlah berhati-hati dengan menyedari bahawa panchaskandha keterikatan itu sebagai tidak kekal, sebagai penyakit, sebagai barah, sebagai anak panah, sebagai derita, sebagai ujian, sebagai orang asing, sebagai ketidajalinan, sebagai kosong, sebagai bukan diri... Bila, wahai mitra, seorang dharmikabhiksu itu teliti dalam menguruskannya maka terbitlah baginya buah srautāprajña.

Namun, mitraku Sariputra, perkara apakah yang patut diperhatikan dengan teliti oleh seorang srautāprajña?

Mitra Kotthita, seorang bhiksu yang mencapai mesti berhati-hati meneliti panchaskandhaitu sebagai tidak kekal, sebagai penyakit, sebagai barah, sebagai anak panah, sebagai derita, sebagai ujian, sebagai orang asing, sebagai ketidakjalinan, sebagai kosong, sebagai bukan diri. Apabila, wahai mitra, seorang srautāprajña meneliti makanya kepada panchaskandha tertakluk kepada keterikatan. Mungkinlah baginya itu menyedari buah yang sakridāgāmi (sekali berpulang).

Namun, mitra Sariputra, apakah perkara yang seorang bhiksu yang sakridāgāmi (sekali berpulang) itu patut perhatikan dengan berhati-hati?

Mitra Kotthita, seorang bhiksu yang sekali berpulang mestilah hati-hati dalam menghadirkan diri pada panchaskandha, tertakluk kepada ketagihan itu sebagai tidak kekal... Bukan diri. Bila, wahai mitra, seorang yang sekali berpulang berhati-hati menanggapi, makanya panchaskandha tertakluk kepada keterikatan. Mungkinlah bahawa dia akan menyedari buah dari anāgāmi (tidak berpulang). 

Namun, mitra Sariputra, apakah perkara yang bhiksu anāgāmi mesti hati-hati dalam menanggapinya?

Mitra Kotthita, seorang bhiksu yang anāgāmi mestilah hati-hati dalam menghadirkan diri pada panchaskandha, tertakluk kepada ketagihan itu sebagai tidak kekal... sebagai bukan diri. Bila, wahai mitra, seorang yang sekali berpulang berhati-hati menanggapi, makanya panchaskandha tertakluk kepada keterikatan. Mungkinlah bahawa dia akan menyedari buah dari arhat (lengkap).


Namun, mitra Sariputra, apakah perkara yang bhiksu arhat mesti hati-hati dalam menanggapinya?

Mitra Kotthita, seorang bhiksu yang arhat mestilah hati-hati dalam menghadirkan diri pada panchaskandha, tertakluk kepada ketagihan itu sebagai tidak kekal... sebagai bukan diri. Kerana bagi seorang arhat itu, wahai mitra tak ada apa benda lagi yang perlu diperbuat dan tiada lagi pengulangan bagi yang telah diperbuat. Walau bagaimanapun, apabila semua ini diperkembang dan dituai, maka mereka itu dipandulah ke kehidupan menyenangkan dalam hidup ini jua dan ke kepekaan serta pemahaman jelas.

Rujukan

Bahan terjemahan diperah dari Sila Sutra dalam Dharma Kathika Varga dari Khandavarga, Samyuta Nigaya. Guna contoh sendiri dalam mengkaji dharma jadi pandangan jiwa timbul dalam bhaga tapa anda. Contoh, bila merenung sebagai satu penyakit, bawa ingatanmu ke penyakit yang pernah dihidapi atau yang dihidapi keluargamu.

Perhatikan juga, konsep kekosongan itu sangat luas. Tuan perlu bertapa merenung dengan kuat sekali bila melewati penghujung tapa. Cara terbaik pula adalah dengan meneliti tapa ashtangika marga dulu. Bila anda renung panchaskandha keterikatan, hubungkan bahagian tapa dengan 11 sabdavali berikut.....

Sabdavali

1. अनिच्चतो Ketidakkekalan
2. दुक्खतो Penderitaan
3. रोगतो Penyakit
4. गन्दतो Barah
5. सल्लतो Busur.... Baca सतर अगति Empat Jalan Buruk.
6. अघतो Kesengsaraan.
7. आभाधतो Musibah.
8. परतो Orang asing, yang tergantung pada yang lain, bhiksu tergantung pada dhana pemberian yang lain, dan kita tergantung kepada kerajaan, majikan, petani, dll.
9. पलोकतो Ketidakjalinan... Baca पलोकतो धर्मसुत्रं dalam सलायतनसम्युत्त, चन्नवर्ग.
10. सुञतो Kekosongan
11. अनत्तो Bukan Diri

Jumaat, 14 Februari 2014

Pañcha Kōṣa Gaman Sadhana


Lima Laluan Ghaib ke Simpanan Berharga

Guru Satya Indra Natha Ji, Kubu Sadhana

Silah ketik pada bilangan... Dalam bahasa Hindustan sahaja... Sadhana mesti dijalankan dengan pemantauan Guru Natha dan menerusi Diksha ke sampradayam!


Bil

1
2
3
4
5
6
7
8

Rabu, 12 Februari 2014

Maha Mrityun Jaya Mantra

Om Svastiastu


  

Terbitan

Mantra ini ditemui oleh Maharesi Markandeya. Ia adalah mantra rahsia yang ketika diwahyukan cuma seorang saja yang mengetahuinya. Suatu ketika sang Chandra mengalami kesusahan disumpah raja Daksha. Maharesi Markandeya menyerahkan mantra ini kepada dewi Sati, puteri raja Daksha untuk sang Chandra. Ini permulaan mantra ini tersebar. Cetera lain pula, mantra ini menjadi bija mantra ketika ia diwahyukan kepada Resi Kahola menerusi pemberian yang diturunkan Betara Siva kepada resi Sukracharya. Resi itu mengajari pula Resi Dadicha akan mantra ini. Resi Dadicha mengajari raja Kshuva. Ia dicatit dalam Siva Purana. 

Nama lainnya Rudra mantra, merujuk kepada ciri garang  Betara Siva; Trayambagam mantra, merujuk tiga mata Betara Siva; Mritasanjivani mantra kerana ia pernah menjadi bahagian amalan "pemulihan nyawa" yang diajar kepada resi Sukracharya selepas selesai tempoh tapasya yang berat. Devata penunggu mantra ini adalah Betara Siva dalam rupa Rudra. Dalam veda boleh dicari dalam: 
  • Rigveda 7.59.12.
  • Yajurveda 3.60.
  • Atharva Veda 14.1.17

Bacaan

ॐ त्र्यम्बकं यजामहे सुगन्धिं पुष्टिवर्धनम् । उर्वारुकमिव बन्धनान् मृत्योर्मुक्षीय मा ∫ मृतात् ॥

Tantra

ॐ ह्रौं जूं सः। ॐ भूर्भुवः स्वः । ॐ त्र्यम्बकं यजामहे सुगन्धिं पुष्टिवर्धनम् । उर्वारुकमिव बन्धनान् मृत्योर्मुक्षीय मा ∫ मृतात् । ॐ स्वः भुवः भूर् । ॐ सः जूं ह्रौं ॐ ॥

Kepentingan
  • Memijak kematian.
  • Melindungi dari segala ancaman.
  • Memudahkan proses melepaskan nyawa semasa nazak.
  • Mencerahkan jiwa dengan menyeru devata penunggu.
  • Memurnikan karma jiwa pada tahap mendalam.
  • Berguna bagi kesihatan jiwa, emosi, tubuh.
  • Bertindak sebagai mokshamantra bgi kepanjangan usia dan keabadian.
Menurut kepada setengah purana, mantra ini dipakai oleh banyak resi termasuklah Dewi Sati semasa Chandra Deva disumpah oleh Prajapati Daksha. Bacaan mantra ini membalikkan kesan buruk sumpahan Prajapati Daksha yang membunuhnya perlahan-lahan. Betara Siva mengambil Chandra Deva lalu meletakkannya di kepalanya.

Mantra ini menyeru Betara Siva menghalang kematian sebelum sampai ajal. Ia dibaca jua semasa memakai Vibhuti ke seluruh tubuh dan diguna dalam Japa serta Homam bagi mencapai kesan diingini. Saktinya melindungi dan memberi petunjuk kepada pembacanya kepada kesedaran dalam serta ke fitrah lebih teratur. Ulangan dengan japa meningkatkan lagi tumpuan untuk masuk ke kesedaran. Sedang Gayatri Mantra itu untuk penyucian dan petunjuk rohani, Mahamrityunjaya Mantra pula bagi kesuburan penyembuhan dan pemupukan rohani.

Selasa, 11 Februari 2014

Sabdakosa: Jawa Kavi

Om Svasti Astu!


Masukan kali ini adalah bahagian bahasa Jawa Kavi yang diperguna penganut Hindu di Pulau Jawa. Pastilah berguna terutama buat penganut aliran Saiva dan Sakti kerana banyak bahan dalam bahasa Jawa Kavi. Jika tahu serba sedikit maka pastilah memudahkan belajar agama dan sastra... Pengertian dalam bahasa Jawa moden aksara Tamil Brahmi.

ஹ, அ, ஒ

ஹ A ஹௌர, தந்பா
ஹூம் Aom ஒம், நிநிகுங், தபா, பாஹௌம்மன், பமுஜஹந், பாதபாஹன்.
அனாள Anala கிநீ, அதி
ஆனளாந Analana டொலனன், டொலன், டொலன் டொலன்.
அனலிக Analika நலிக: நிடி ப்ரிக்ச மச்படககெ.
அனண்ட Ananta டனப வடச், டனப வகசன், உல கெதி பங்கட்.
அனிட்ய Anitya லங்க்கொங்.
அனில Anila ஆங்கின்.
அனிஹ் Anih லுமுஹ், திக்.
அனிந்த Anindha லினுவிஹ், ஙலுவிஹி.
ஆனுங் Anung நுங்: குவச, பிண்டர், லினுவிஹ்.
  • ஆனக் அனுங்: ஆனக் கங் பிண்டர் பங்கட்.
  • பரனுங் அனுங்: பர பிண்டர், பர லினுவிஹ்.
அன்வம் Anvam அனொம்.
அன்ய Anya அன.

Is the Swamy Insane?

Panduan di Pura: Melawat Pura


Melawat Pura

Sri Andal memberikan panduan jelas mengenai perkara yang patut dipersembah serta bagaimana untuk beradab sopan dalam pura. Thuyomai vandhom, pergilah menyucikan tubuh, pikiran, perbuatan dan kata-kata.

Bagaimana mencapai kesucian pemikiran? Bercakap memanglah mudah bukan? Semasa penyucian snanam diperbuat, kita pun niatkan dalam hati bahawa kita mau menyucikan bersih pikiran tak diingini. Hanya dengan tapa tumpuan berterusan kepada-Nya maka kita akan dikaruniai dengan kesucian pikiran. Minda kita ini sebenarnya adalah alat yang dinamik. Ia tak pernah sesaat pun tenang. Minda pasti akan terpikirkan sesuatu. Sedangkan sang Arjuna yang akalnya berada dalam semadhi pun terkocak juga ia, ini kan pula kita semua, "chanchalam hi mana: Kresna!... Vayoriva sudushkaram". 

Dan selalunya juga, akal ini akan cenderung merewang-rewang ke benda yang bukan-bukan dan tidak berguna dan dipenuhi pula dengan teritip pemikiran yang langsung tidak mengangkat jiwa mahupun yang memberi inspirasi. Akal ini seperti kanak-kanak yang degil, berputar sekitar perkara yang tak sepatutnya, dan lagi disuruh menjauhinya, lagi ia mendekati larangan, tidak terkawal lagi ketegar.

Akal benar-benar merupakan makhluk yang menakutkan kerana kebolehannya dalam merosakkan itu bersangatan. Walaupu Sruti menganggap akal itu sebagai Bhismo hi mana. Disebabkan itu, para Yogi cuba mengosongkan akal mereka, menghapuskan segala pemikiran, jadi ia akan berhenti menjadi padang perang yang dipenuhi dengan pemikiran yang bertelingkahan dan menyerupai kolam yang tenang jika dibandingkan dengan lautan berombak berbadai.

Perkara ini sukarlah bagi manusia biasa seperti kita. Kita ini belum mencapai tahap Yogi lagi. Disebabkan sukar hendak menenangkan "kuda" itu, maka kita mestilah menunggangnya ke arah yang betul. Jadi, berbanding dengan mengosongkan pemikiran kita, lebih baik kita isikan dengan pemikiran mengenai-Nya, maka ia akan tersuci sendirinya. Ada cara yang menyeronokkan untuk menyucikan pemkiran, kerana memikirkan mengenai-Nya itu sesuatu yang menyenangkan hati. Maka, ini lah yang diertikan oleh Sri Andal tatkala beliau berbicara mengenai thuyomai vandom dan manatthinai cintikka.

Jadi, apabila kita ke pura, maka sediakanlah diri kita bagi mangalasasanam dengan mengosongkan pemikiran kita daripada segala sampah-sarap terkumpul dan menyemburnya dengan wangian bhagawat guna anubhavam.

Vayinal padi, ujar Sri Andal, menasihati kita tentang bagaimana kita memperguna lidah kita. Sekurang-kurangnya semasa berada di pura. Bacakan hanya nama Nya dengan lidah, dan elakkan berhubungan sosial dengan rakan-rakan atau kenalan semasa di pura. Bacalah Thirunamam atau Nama Tuhan. Bacaan itu serupalah dengan membaca isi-isi Chaturveda. Sebut seorang Azhwar, "Mathavan per cholluvade wotthin curukku". "Pottri yam vandhom pugazhandu". Sebutan ini dicerminkan juga oleh Sri Goda Piratti, yang menekankan kepentingan mengikat ucapan kita dengan bacaan nama-nama suci.

Ciri penting lain selain daripada Nama Tuhan, adalah nyanyian pujaan pada Sri Paduka yang melewati segala loka semasa Trivikramavatara, menyentuh dan menyucikan setiap orang dan segalanya tanpa pengecualian. Kata Sri Andal, "Paraman adi padi", mengulangi buah fikiran bagi langkah terbaik dengan, "wun pottramarai adiye pottrum porul dan andru yivvulagam alandhai adi pottri". Pemujaan beginilah yang boleh dijalankan di pura seperti penjelasan Sri Andal, "thu malar thuvi thozhundu". 

Bungaan murni dan cantik patutlah didapatkan bagi hiasan Thiruvadi-Nya. Bungaan disemahkan patutlah sesuai dengan murti-Nya dan juga hentian-hentian dalam kehidupan kita. Jika kita mampu semahkan kepada-Nya bunga teratai, maka janganlah suka hati sangat dengan bungaan yang murah dan dipetik hanya dari pagar jiran sebelah rumah kita. Bungaan apa sekalipun, semahkan dengan tulus hati kita dan baktinya maka barulah ia menjadi "thumalar".

Tambahan lagi, sumbangan bungaan terbesar sekali yang patut disemahkan kepada-Nya adalah atma guna kita sendiri seperti....
  • Ahimsa
  • Shaucham
  • Indriyanigraham
  • Daya
Kerana semua ini tidaklah memerlukan kita mengeluarkan sepitis pun untuk disemahkan kepada-Nya. Pengertian kata, thuvi menunjukkan bahawa bunga itu bukan sahaja dilemparkan kepada Thiruvadi-Nya, tapi juga dimandikan perlahan-lahan dengan kebaktian, dengan kesedaran yang Paduka-Nya itu bukan tapak kaki biasa-biasa, tetapi yang akan menjadi merah walaupun disentu lembut dengan tapak tangan dari Thirumagal dan Manmagal, yang berusaha melegakannya daripada tekanan melewati tribhuvana semasa Trivikramavatara dan merantau tak berkasut dalam hutan tebal semasa Kresnavataram.
 
Seterusnya, apabila kita melawat pura, jika sloka-sloka yang tersebut dari Tiruppavai tadi melimpah dari pikiran kita, maka ia akan berubah menjadi pengalaman kita dari bentuknya yang tak berupa dan tak kenampakan itu menjadi rupa suci. Maka dengan itu, kita mampulah mendapat sedikit gambaran dan rasa tentang bagaimana baktinya Sri Praghalada, Sri Dhruva, Sri Sabhari, Sri Uddhava, para Azhwar dan Purvacharya kita yang semuanya dikarunia bertuah belaka.        
 
Srimate Sri Laksmi Narasimha divya paduka sevaka Srivan Satakopa Sri Narayana Yatindra Mahadesikaya Nama: Dasan, Sadagopan.

Waisnawa: Panduan di Pura

 
Langkah Mendekati Begawan Kresna

Srimate Srivan Satakopa Sri Vedanta Desika Yatindra Mahadesikaya Namah

Keindahan Thiruppavai merupakan yang menjadi bahagian kepada konsep-konsep falsafah rumit dan menjadi pula panduan yang amali bagi perkara-perkara kebaktian. Tidak seperti sastera agama lain, yang mempunyai tanggapan di tahap pengetahuan rendah (yang mungkin wujud atau tak wujud) pada bahagian penelitian, Thiruppavai mengarahkan kepada kita dalam susunan yang tersusun mengenai bakti makanya ia merupakan panduan kebaktian yang sahih dan berguna. 

Pasuram-pasuram awalan dalam Thiruppavai mengandungi beberapa cadangan bagi mereka yang belum masuk ke diksha itu bagi menyediakan diri mereka bagi pencerahan Bhagawata Anubhavam. Semua orang pasti akan bersetuju bahawa sangat penting sekali mengamalkan langkah-langkah persediaan dan permulaan, jadi seseorang itu akan mendapat kerangka yang sesuai dalam pemikiran bagi masuk ke pemujaan. Mula kriyam begini penting terutamanya dalam konteks susahnya hendak mencapai keadaan yang sesuai dek kerana persekitaran yang semakin tercemar dan mempengaruhi otak manusia ke arah kegelapan. Persekitaran hari ini dipenuhi dengan kebendaan dan pemujaan terhadap harta kemewahan, kerohanian menjadi mereput, yang menghalang kita daripada sebarang langkah dan menjadikan sempit pula jalan menuju ke moksha.   

Jadi, apabila kita cuba sendiri hendak masuk ke pemujaan dan peribadatan, maka kita terasa bahawa kita ini seperti orang yang terikat, seperti seorang yang cuba berlari dengan kaki diikat dengan pemberat besi. Jadi, sastera Thiruppavai memberikan langkah persediaan bagi membolehkan mereka yang terikat itu menghadapi halangan dan menjadikannya lebih cenderung (gandrung) ke arah jalan kerohanian serta kejiwaan.  

Mandi Bersuci

Mula dan utama sekali, Sri Andal menekankan kepentingan snanam membaptiskan diri engkau dulu. Jangan ingat agama Kristian sahaja ada pembaptisan. Orang Brahmana dan masyarakat Arya sudah mengamalkan pembaptisan sejak samaya purva lagi.... Hanya sabdavalinya berlainan dalam bahasa Sanskerta... Tapi tindakannya adalah menyelam ke dalam air atau dituangkan air dari atas ke tubuh bagi masuk ke peribadatan atau pertapaan!
स्नान मूलः क्रिया सर्वे
Sebutan dari smriti ini menekankan bahawa mandi dan berselam dalam air itu adalah permulaan bagi segala tindakan dalam kerohanian. Penyucian ini menyucikan bukan sahaja menyucikan tubuh tetapi juga pemikiran. Semua kita pun merasai kesan-kesan yang kuat hasil dari mandi pada tubuh dan juga pada jiwa. Sri Andal menyatakan juga masa-masa perlu mandi dengan pernyataan नात्काले नीरादि.  

Kita mesti mandi sebelum naik matahari, sebaik-baiknya dalam air sejuk! Setengaha orang juga mempunyai tabiat semua kerja-kerja pagi mereka dengan mandi dengan senang hati, jadi rasa kesegaran dan suci itu akan bertahan lama. Setengahnya menangguhkannya sampai ke ketika terakhir, disebabkan oleh rasa malas. Bagi seorang anak bakti, sangatlah penting untuk mandi dan bersedia awal, jadi dia boleh berasa suci pada tubuh dan segar pada minda. Semasa mandi, bacalah mantra-mantra yang sesuai ketika mandi bagi menjadikannya sebagai kerja yang melibatkan juga jiwa. Aghamarshanna suktam patut dibaca semasa bersuci, meminta kepada Sang Hyang Tunggal, datang dalam antaryami Varuna, menghapuskan segala kekotoran pada jiwa dan tubuh dan mengarunia kita dengan tahap-tahap kesucian yang penting untuk masuk dalam pemujaan. Terdapat juga prartthana bagi sungai suci yang memberi karunia kepada kita dengan kewujudan bahan penyuci dalam airnya yang boleh diperguna dalam mandian bersuci, "गंगे च यमुने चैव गोदावरी सरस्वती नर्मदे ‍सिन्धु कवेरि जलेस्मिन् सन्निधिं कुरु". Jika setiap ukuran isipadu air yang kita tuang pada diri kita diikuti dengan nama suci-Nya maka ia pastilah memberikan kesan bukan sahaja membersih kekotoran daki tubuh sebaliknya juga daki-daki karma, yang mendaki pada jiwa kita. 

Selepas mandi, patutkah kita memperbaiki rupa kita? Sri Andal melarang penggunaan bahan-bahan hiasan diri dan bahan-bahan berbau seperti maskara (mai yittu yezhudhom), yang akan merangsang deria. Keadaan ini turut terpakai kepada pemakaian bahan kosmetik dari apa jua jenis pun. Yang dibenarkan cumalah memakai Urdhvapundram atau lambang Thiruvadi-Nya pada dahi. Pemakaian Urdhvapundram dengan Sri Churnam di tengah, menambahkan lagi rupa dan sudah mencukupi. Wanita pun patut memakai Sri Churnam di tengah dahi mereka dalam rupa "diparekha". Semua bahan kosmetik untuk suka-suka dipandang tak sesuai, "puram suvar kolam" (thirumalai).    

Isnin, 10 Februari 2014

Ringkasan Sang Hyang Mahajnana

Om Svasti Astu!


Lelontar ini mempunyai 87 seloka semuanya. Ia diterjemah ke bahasa Jawa Kavi yang mempunyai penjelasan baginda Betara Siva kepada sang Kumara, Muruga-Skandha.

Antara kandungannya itu mengenai "maturu" iaitu dasendrya dan yang tersebut sebagai "matanghi" iaitu vayu dan teja. Mengenai purusha dan prakerti, Sivalingam, bahyalingam dan atmalingam. Kemudian mengenai Saptapadam iaitu:
  • Jagrapadam
  • Susuptapadam
  • Svapnapadam
  • Turyapadam
  • Turyantapadam
  • Kevayapadam
  • Paramakevalyapadam 
Mengenai teori Trimurti iaitu Brahma, Visnu dan Maheswara yang dijelaskan panjang lebar sebagai tiga tubuh yang terpancar dari Yang Tunggal. Keutamaan Sang Hyang Omkara dalam perkaitannya dengan "kemoksahan" serta peranan hati.

Lontar ini mempunyai bahagian yang tertentu, iaitu bahawa setiap penjelasannya itu didahului oleh seolah-olah teka-teki contohnya, "apakah yang merupakan api dalam? apakah erti matahari terbit malam hari?" dan sebagainya. 

Tattvajnana

Kalau dalam lontar Bhuvanakosa, Braghaspati-Tattva, Ganapati-Tattva, Bhuvana Samkasepa, Sang Hyang Mahajnana, terdapat juga lontaran atau sloka bahasa Sankserta, tapi dalam lontar Tattva Jnana tiada pula keadaan itu. Seluruh penjelasannya dalam bahasa Jawa purwa belaka dengan rupa perbualan ditulis pada lontar-lontar terdahulu.

Kandungan dan prinsipnya sama dengan Braghaspati Tattva yang dijelaskan kemudian. Kadang-kala ada perbedaan sabdavali. Contohnya, jika dalam Braghaspati-Tattva Rva bhineda tattva itu terdiri daripada Cetana dengan Acetana maka dalam lontar ini disebut Siva-Tattva dan Maya-Tattva bersama-sama dengan Cetana dan Acetana.

Yang disebut sebagai Sivatma-Tattva dalam Braghaspati-Tattva, maka dalam lontar ini disebut Atmika-Tattva. Demikian juga sabdavali Dura Sarvajana dalam Braghaspati-Tattva maka dalam lontara ini cuma Duratma. 

Braghaspati-Tattva

Lontara ini terkenal dalam kalangan peminat sastragama. Kandungannya adalah perbualan Begawan Braghaspati dengan Betara Siva di puncak Kailasa yang disampaikan secara tersusun. Terdapat seloka Sanskerta yang diterjemahkan bersama ke dalam bahasa Jawa.

Tersebut bahawa dua jenis punca yang memancarkan segalanya iaitu:
  • Cetana
  • Acetana
Kedua-dua punca ini bercirikan suksma (ghaib). Cetana itu adalah unsur kesedaran manakala acetana pula unsur ketidaksedaran. 

Cetana pula ada tiga bahagian:
  • Paramasivatattva.
  • Sadasivatattva.
  • Sivatattva.
Pertembungan Cetana dan Acetana mencetuskan pula:
  • Pradhanatattva
  • Trigunatattva
  • Triantah karana
  • Panca budhindriya
  • Pancakarmendriya
  • Pancatanmatara
  • Pancamahabhutam
Lontara ini mempunyai ajaran yogacara juga. Kandungan Braghaspatitattva berdekatan dengan ajaran Samkhya dan Yoga.

Punca bahan: Babad Bali

संङ ह्यङ् महाज्ञान

ॐ अविघ्नम् अस्तु


रि स्डङ साङ कुमार मूड़ाजि रि भटरगुरु । तुमड़ाकुन् सांहियां । मनम्बह् त सिर रि भटर। लिंगनिर । ॐ नम: शिवाय।रि त्लस निर मनम्बह्। उजर त सिर। लिंगनिर ॥

व्याप्तो हि सर्व्वभावेषु शरीरेऽस्मिन् शरीरिणाम् । कायेन मनसा शुभं तस्मै मया समुदाह्ऋतम् ॥१॥

साज्ञा भटर। क्षन्तव्यक्न हिकिङ पनम्बह् रानक् भटर।म्वङ्कतत्त्वन् सङ् ह्यङ् ईयबिङ् रात कबेह।प्नुह् रिं जगत।म्वङ स्यवक् निं आत्मा नाथ।खनन् भटर अपन् मङ्कन प्व कदिव्व्यहन् भटर।य त मतङ्ञन् पनम्बह् ङहुलुन् ह्यङ् ममि। कारण निंङ्हुलुन् सुमम्बह् रि पादुका ह्यङ् ममि। ईकें अवक् निं हुलुन्।हेनकाग्रन् भक्ति रिं भटर।मवङ् वुवुस् निं हुलुन् रहयु।लवन् एनक् अम्बक् रहयु अनक् ह्यङ् ममि

Devanagri in progress....

Bahasa Jakun: Kosa Kata

Kosa Kata

स्लोय् Seloi letih
हरि Arik hari
ईनिः Enik ini
कत् Kat kepada
सुख Suka suka
मोक् Mok emak
कवे Kawe kawan
अजो Ajo ajar
देमो Demo kamu
मुहत् Muat buat
मनुह Menua tanah, negara
समो Samo dengan
बोसोक् Bosok busuk
ब्तुल् Betul benar
बहो Bao bau
बजुः Bajuk baju
सप Sapa siapa
नप Napa apa
अमय् Amai saudara ibu bapa yang lebih muda
हन्तङह Entengah saudara ibu bapa yang di tengah
मकन् Makan makan
मोह् Moh mari

हयम् Ayam ayam
बङ्कक् Bangkak babi
असुक् अथ्व कोयोक् Asuk atau Koyok anjing
ब्लुपिंङ् Beleping bunyi benda yang terjatuh
ममक् Mamak bapa saudara, orang tua yang setaraf bapa

Bhikkhu

Svasti Srih!


Seorang Bhikku भिक्षु atau Bhiksuni भिक्षुणी itu merupakan orang-orang yang diangkat menerusi kebiaraan masuk ke dalam samgha Buddha. Dalam bahasa Tamil, disebutlah bhikkhu sebagai Thuravi. Kehidupan mereka ini diatur oleh Pratimoksha dengan kerangka Vinaya untuk disiplin keupacaraan. Gaya hidup mereka ini terbentuk menerusi sokongan amalan kerohanian, hidup secara ringkas dan mencapai Nirvana. Dalam disiplin biara vinaya, seorang lelaki bawah usia 20 tahun tidak boleh ditahbiskan menjadi seorang bhikkhu yang sah. Mereka cuma boleh dilantik menjadi Samanera, manakala yang perempuan cuma boleh menjadi Samaneri.   

Masuk Biara

Menjadi bhikkhu itu ertinya menjadi "peminta" atau lebih meluas lagi, dijelaskan sebagai, "seorang yang hidup duniawinya bergantung kepada dana". Ia diteliti secara terbitan bunyi dalam ulasan bahasa Pali oleh Buddhaosa sebagai, "seorang yang melihat bahaya dalam samsara atau putaran kelahiran.".... Ikkhatīti bhikkhu. Maka dia masuk ke pentahbisan demi melepaskan dirinya dari samsara.

Dhammapada (266-267) menjelaskkan.....
Dia itu bukan sahaja pertapa tetapi juga hidup duniawinya bergantung kepada dana bakti yang lain. Namun, bukanlah rupa luaran itu yang menentukan seseorang itu sebagai pertapa sebenar. Sesiapa sahaja yang hidup dengan kehidupan suci yang melampaui pahala dan tolak pahala, dan berjalan dengan pemahaman mengenai loka ini maka dia itu lah pertapa ajar-ajar.
Sastera Inggeris sebelum kurun pertengahan ke-20 M, merujuk bhikkhu sebagai Bonze yang diperguna bagi menerangkan mengenai bhikkhu dari Asia Timur dan juga jajahan Perancis di Indochina. Sabdavali ini datang dari bahasa Portugis dan Perancis yang menyerap kata bonso dari bahasa Jepun buat merujuk kepada bhikkhu atau paderi. Kini ia sudah tidak banyak dipakai lagi.

Menjadi Bhikkhu

Di benua India, kebiaraan itu merupakan sebahagian daripada rupakara (sistem) "vratam pembebasan jiwa persendirian". Semua vratam atau sumpah ini dinagkat oleh bhikkhu dan bhikkhuni dari samgha biasa, dalam usaha untuk membentuk disiplin susila persendirian. Dalam bahagian Mahayana, sabdavali samgha ini, menurut prinsipnya, selalu difahami sebagai merujuk kepada Arya Samgha atau "masyarakat mulia yang sampai di bhumi pertama". Dalam keadaan ini, seseorang itu tak diperlukan pun masuk ke biara. 

Vratam pembebasan jiwa persendirian diangkat dalama empat nya langkah. Yang upasaka pula mungkin mengangkat lima vratam. Langkah seterusnya adalah memasuki pravrajyam atau cara hidup biara, termasuklah meninggalkan pakaian orang awam memakai kain seorang pertapa. Selepas itu, seseorang itu jadi seorang śrāmaṇera atau ajar-ajar. Langkah terakhir pula adalah vratam menjadi bhikṣu atau yang sepenuhnya diangkat masuk ke biara. Bhikṣu mengangkat sumpah menjaga pratimoksha seluruh usianya. Dia boleh berpulang semula ke rumah dan menangguhkan sumpahnya, nanti mengangkatnya semula selesai urusan di rumahnya. Dia dibenarkan cuma tiga kali atau tujuh kali sahaja mengangkat sumpah. Selepas itu, samgha akan menolak sumpahnya dan tak akan menerimanya kembali. 

Dengan cara ini, penganut ajaran Buddha dapat menjaga vratam itu biar suci murni jangan dikotorkan. Mereka yang balik ke rumah mungkin menjaga gaya kehidupan mereka namun sangat-sangat dipandang berat sesiapa yang merosakkan sumpahnya! Di Tibet sana, penerimaan masuk ke biara adalah dengan tiga cara iaitu:
  • Pravrajyam pada usia enam tahun.
  • Srāmaṇera pada usia 14 tahun.
  • Bhikṣu pada usia 21 tahun atau yang lebih tua.
Kasaya

Kasaya ini adalah pakaian bagi mereka yang ditahbiskan menjadi bhikkhu di biara terdiri daripada kain-kain yang datang dari pemikiran bahawa kain cukup-cukup saja buat melindungi tubuh dari cuaca dan sekitar. Bhikkhu selalunya membuat pakaian sendiri dari kain yang didermakan kepada mereka. Mereka tidak akan membuat pakaian dari sehelai kain, tetapi mengambil perca-perca kain. Disebabkan kain warna merah gelap itu murah sekali di rantau Kashmir, maka orang Tibet memakai kain warna merah. Di Selatan, warna kuning yang murah jadi warna inilah yang dikaitkan dengan benua India. Di Asia Timur, warna pakaian itu dari kuning ke warna kulit kayu bagi kelompok Theravada Siam, warna merah atau unggu bagi Theravada Myanmar, dan perang atau hitam bagi kelompok Mahayana-Dhyana di Vietnam.
 
Kain bagi anak-anak pravrajyam dan bhikkhu berbeda dalam pelbagai segi, utamanya dalam lubang-lubang pada pakaian kelompok bhikkhu. Setengah pertapa akan mengoyak kain mereka dan kemudian mengaitkannya menjadi satu lembar kain semula. Anak-anak pravrajyam pula tak dibenarkan memakai kain kapas kuning yang dipakai semasa pengajaran ajaran Buddha oleh kelompok Sramanera dan Bhikkhu. Dalam perayaan Kathina Puja, Kathina istimewa diperbuat dalam masa sehari semalam akan diserahkan oleh penyokong biara yang awam kepada biara. Ia akan diberikan kepada bhiksu yang berdiam di situ atau pertapa yang terpilih dalam kelompok pertapa lain-lain bagi menerima pakaian istimewa itu.

Vratam Tambahan: Mahayana dan Vajrayana

Dalam tradisi Mahayana, bhiksu boleh mengangkat vratam tambahan yang tak berkaitan pun dengan kenaikan menjadi samgha, termasuklah vratam bodhisattva, vratam samayam, dan lain-lain yang sebenarnya terbuka juga kepada upasaka dalam kebanyakan masa.

Sebagai tambahaan, dalam tradisi lain pun ada bentuk-bentuk kenaikan bukan vinayam, yang pemegangnya dianggap sebagai bukan bhiksu. Termasuklah kenaikan masuk ke Samgha Putih dalam kalangan Yogi di Tibet serta semua kenaikan parampara dalam tradisi ajaran dharma di Jepun.

Penutup

"Kenaikan" dalam ajaran Buddha itu adalah sekelompok cara kriyam disiplin diri yang menurut kepada keperluan, kemungkinan dan juga kemampuan perseorangan. Menurut kepada perkembangan rohani pengikut ajaran baginda Buddha, diberikan beberapa vratam yang berbedaa-beda peringkatnya supaya mudah diikuti secara berkala. Yang tertinggi sekali itu adalah tahap bhiksu, iaitu seorang pengikut ajaran Buddha yang diangkat masuk dalam masyarakat samudaya Arya. Matlamat bhiksu itu adalah mencapai kebebasan dari samsara. Bagi penganut Buddha di Myanmar yang berbahasa Mon, saudara-saudara di biara digelar sebagai tala poi (tuan kita).

Sabtu, 8 Februari 2014

Bacaan Çivapuranam

Om Svasti Astu!



Ditujukan kepada mangsa-mangsa yang terkena jerangkap lokamaya sebelum sampai masanya... Yang menerima tekanan dalam kehidupan semoga menjadi tenang... Atma shanti... shanti... om...

Pustaka: Buddha

Svasti Srih!


Aku terpaksa membuka bahagian baru. Bimbang tidak cukup ruangan pula. Pada mulanya aku cuma mahu memasukkan samacara penting sahaja tapi dirasakan perlu juga aku memasukkan mengenai ajaran Brahmana demi menyatakan perkaitan kita dengan bangsa Brahmana dan bagaimana kita berhubungkait pula dengan orang-orang Brahmana. Harap saudara-saudari, rakan-rakan, kakang sekelian suka hati menerima bingkisan kita dan tolonglah jalankan dharma vinaya buat kita bersama moga terbebas dari ikatan lokamaya. Sadhu...

Sutra Theravada

Angulimāla Sutra
Śila Sutra
Karaniya Mitraya Sutra


Sel Barah Jadi Sel Cerah

Pembuka
Menghadapi Kesakitan

Jiva dan Vijñāna

Perbandingan
Vijñāna: Terbitan Dasar Deria

Sastera Mahayana

Ullambana Sutra
Kekawin Astrachakram

Buku-Buku

Sel Barah jadi Sel Cerah



Mantra Dewi

Om Svasti Astu!

 

Kumpulan mantra dewi sakti...

Surya Namaskar

Om Svasti Astu!

Mula

ॐ ध्येयः सदा सवित्र मण्डल मध्यवर्ती नारायण सरसिजा सनसन्नि विष्टः
केयूरवान मकरकुण्डलवान किरीटी हारी हिरण्मय वपुर धृतशंख चक्रः

Mantrasana


Chakra

Langkah


Penutup

आदित्यस्य नमस्कारन् ये कुर्वन्ति दिने दिने
आयुः प्रज्ञा बलम् वीर्यम् तेजस्तेशान् च जायते

Bagi pemegang benang suci, kau boleh buatnya setiap hari. Surya namaskaram sebenarnya membantu meningkatkan keyakinan diri serta menjadi cerminan kepada kerohanian engkau yang terkait dengan sinaran matahari. Yang bukan Brahmana serta Triwangsa, tak perlu membaca sebarang mantra. Ia bukan kewajiban bukan Brahmana dan non-Arya.

Khamis, 6 Februari 2014

Sakyamuni Mantra

Svasti Srih!


 

Bacaan...

ॐ मुणी मुणी महामुणी शाक्यमुणी स्वहः

Pengertian....

Om pemikir pemikir... Pemikir Agung... Pemikir Puak Sakya... Tabik!

Pengertian Muni

Bhagavadgitam

Muni itu ertinya seorang pemikir. Baginda Buddha Gautama merupakan salah seorang muni atau pemikir yang berdiam diri merenung fenomena jiwa.  

Bagi penganut ajaran Buddha yang tak membaca Bhagavadgitam, maka yang diketahui itu pastilah dari yang selepasnya. Bhagavadgitam 2.56 menjelaskan bahawa muni itu adalah seorang yang boleh mengocak pemikirannya dengan pelbagai cara bagi spekulasi mental tanpa perlu sampai kepada kesimpulan hakikat.

Disebut bahawa setiap muni itu mempunyai sudut pandangan yang berbeda pula, dan kecuali seorang muni itu berbeda daripada muni lain, dia itu tak boleh digelarkan sebagai seorang muni dalam pengertian yang ketat menurut sabdavali. नासाव् ऋषिर् यस्य मतं न भिन्नम (Mahabharata Vana Parvam 313.117). Namun, seorang sthita-dhīr muni seperti yang disebut oleh begawan Kresna pula, berbeda daripada muni yang biasa-biasa. 

Sakyamuni

Sakyamuni itu ertinya pemikir dari puak Sakya. Merujuklah kepada baginda Siddhartha Gautama yang dicerahi. Sakyamuni ini tentunya merupakan tokoh yang dicerahi pertama sekali digambarkan. Terdapat seloka yang cantik sekali dari Sutta Nipata menyebut bahawa Pingiya berbicara mengenai bagaimana beliau itu tak pernah berenggang dari baginda Buddha. Beliau berkata bahawa tatkala beliau ingin melihat atau mendengar gurunya itu, walaupun beratus batu dari kediaman baginda Buddha tetaplah beliau boleh melihat dan mendengarnya.  

Baginda Siddhartha Gautama yang menerima pencerahan itu bukannya Tuhan!!! Baginda cumalah manusia biasa yang menerima divyacaksus yang tembus ke fitrah kewujudan. Pandangan tembus tersebut menghapuskan khayalan, kebencian dan keinginan, dan membolehkan baginda mencapai kebahagiaan sebenar, bebas dari sengsara. 

Gelaran baginda yang lain itu adalah:
  • Tathagata, yang datang dan yang pergi.
  • Sugata, yang pergi berjasa.
  • Begawan, yang dikaruniai.
  • Jina, penakluk.

Tatasusila Brahmana Smartha bhg. 5

Membersih Tempat Bersalin

Bilik melahirkan anak mestilah bersih. Bawa masuk sedikit jerami dan bakarnya kemudian letak dalam bilik. Bawa masuk seekor lembu ke bilik tersebut. Percik juga Punyagham yang sudah disucikan.

Apabila wanita bersalin dibenarkan menyentuh bekas-bekas, maka mestilah mereka ikat semula Mangalyam yang baru dan makan Pancagavyam sebelum masuk rumah.

Tercemar atas Pelbagai Sebab

Kalau Pancamana atau orang jati kelima masuk dalam rumah, segala periuk diperbuat dari lumpur tanah mestilah dilempar buang. Yang diperbuat dari bahan lain-lain pula perlu dibasuh dengan air dicampur dengan tinja lembu dan disucikan lagi dengan Punyagham. Makanan yang sudah dimasak pun kena lempar buang! Lembu mestilah dibawa masuk supaya selesai upacara penyucian rumah.

Kolam tempat lembu berkubang itu suci, walaupun selepas disentuh oleh Panchamana.

Lelaki Brahmana mesti mandi sekali dengan baju-bajunya kalau wanita datang bulan atau orang Chandala mendekatinya.

Kalau seorang Sudra, seorang Brahmana tercemar yang memotong tocangnya, anjing atau burung gagak sentuh kita ini, maka mestilah kita berendam dalam sungai sekali dengan baju yang kita pakai itu. Kalau tak buat begitu, segala upacara yang dijalankan itu tidak sah!

Kita mesti berendam mandi kalau orang Chandala, wanita datang bulan atau tersentuh mayat. Kecuali kalau seorang lelaki Brahmana itu baru memakai benang suci baru maka dia tak layak menjalankan sebarang upacara.

Jika kita terkena berak atau kencing sendiri, kita mestilah segera mandi dengan baju-baju kita sekali.

Walaupun sutera itu diperbuat dengan membunuh serangga, orang terpelajar menyebut bahawa ia itu suci. Jika ia dibasuh atau diberi kepada tukang dobi, maka kain tersebut tak diperkira sebagai sutera lagi. Nanti ia cuma diperkira sebagai pencemaran biasa sahaja. Kalau ia dibasuh dengan kanji dari kacang hijau semasa Amavasya atau Dvadasi, maka kesuciannya pun masih lagi terjaga.

Sama juga, susu yang kita ambil dari bunjut tetek yang dinyonyot oleh anak lembu. Sentuhan air liur anak lembu di nyonyotan tetek ibunya itu tidak mengotori susu pun. Begitu juga dengan madu. Walaupun ada bercampur dengan air liur lebah, namun ia suci pula dan boleh diperguna buat snanam untuk murti devata. Sama lah juga dengan pokok banyan yang tumbuh dari benih yang dilepaskan dari tinja burung gagak. Ia masih lagi suci.

Pencemaran oleh wanita bersalin hanya terjadi jika mereka ambil Panchagavyam selepas tempoh yang ditetapkan dari pencemaran berlaku. Panachagavyam itu terperbuat dari lima jenis bahan lembu seperti kencing lembu sebahagian, tinja lembu besar ibu jari tujuh bahagian, tiga bahagian susu kental, sebahagian minyak sapi, sebahagian daun Durbha dan air dicampur dalam sebatian itu. Wanita Brahmana yang baru bersalin ketika mau makan jamu ini mestilah membaca:

"Yattvak astigatham papam, dehe tishtathi mamage. Prasanam pancagavyasya dahathu agniriva indhanam".

Ertinya:

Moga dosa yang terkumpul dalam kulit dan tulang-temulangku dibakar segala oleh Panchagavyam bagaikan api membakar kayu kering.

Pada hari pencemaran sebab bersalin atau kematian berlalu, di awal pagi itu lelaki Brahmana mesti mandi dan buat Sandhyavandanam. Upacara mandi bersuci mestilah dijalankan selepas jam 8:30 pagi. Kemudian benang suci mestilah ditukar dengan yang baru punya!

Rabu, 5 Februari 2014

Sel Barah Berubah jadi Sel Cerah

Svasti Sri!


Aku cuba membuat terjemahan ke bahasa Melayu pula bagi sebuah pustaka motivasi ajaran Buddha berbahasa Cina yang aku dapat semasa berkunjung ke biara. Sudah lama ku baca pustaka ini jadi elok juga aku berkongsi demi kebaikan bersama. Judul asalnya, "Ai xibao kuaile bian fo xibao" yang bererti "Sel Barah Berubah jadi Sel Pencerahan".

Tatkala sedang menderita sakit, mendiang bapa menulislah pada sekeping kertas buat diberikan kepadaku. Terdapat beberapa patah perkataan tertulis di siu. Bagai, tulisan beliau itu sangatlah penting sekali peringatannya serta menjadikan aku terpikir dengan mendalam. Beliau bertanya kepadaku...

Ulat bulu itu, bagaimanakah ia berubah bentuk menjadi rama-rama?

Siapakah yang membantunya bersolek sampai jadi begitu rupa?

Siapakah yang mengajarnya terbang selepas menjadi rama-rama?

Kenapa ia boleh berubah menjadi rama-rama yang cantik dan boleh terbang sedangkan sebelum ini ia cumalah seekor ulat bulu yang berbadan panjang dan merayap pun perlahan-lahana?

Makanya jika ulat bulu itu boleh berubah menjadi rama-rama, tentulah sel barah pun mampu berubah menjadi sel-sel pencerahan yang menggembirakan pula dalam diri kita. Setiap orang itu mampu menjadi seorang yang dicerahi!

Tatasusila Brahmana Smartha bhg. 4

Puasa Ekadasi dan Dvadasi

Dvadasi jatuh pada hari Sravana atau hari Thiru Wonam. Ia suci dua kali. Pengamalan puasa pada Sravana Dvadasi itu sangatlah berkesan dibandingkan dengan puasa Ekadasi.

Madyahnikam boleh dijalankan sebelum tengah hari pada hari-hari Dvadasi bersama juga dengan Paranai. Yang ini tak terpakai pada Sraddha.

Kalau Dvadasi singkat sahaja masanya di waktu pagi, perlu lah dijalankan upacara itu awal pagi dan buat Paranai. Kalau sangat-sangat singkat, maka Paranai boleh dijalankan dengan mengangkat daun Thulasi dari air.

Segala kekotoran jatuh atas kita, puasa Ekadasi pun kenalah dijalankan. Puasa tak boleh dijalankan selalu sesuka hati kita sahaaja. Sama juga, kita makan hanya apabila perlu. 

Jika seseorang itu tak mampu puasa, bolehlah ambil susu dan buah-buahan disebut sebagai Palaghara. Jika tak mampu puasa pada semua hari Ekadasi, sekurang-kurang puasa penuh pada Bhima Ekadasi.

Lepas mengambil makanan pada hari Dvadasi, bagus juga jika angkat sehelai daun Thulasi dari air sedikit. Bagus sangat jika boleh dibuat setiap hari dalam Dvadasi.

Pada hari berpuasa...... Ingat jangan......
  • Minum air dengan kerap.
  • Berus gigi dengan kasar dan hanya basuh mulut saja.
  • Tidur siang hari.
  • Jangan makan daun sirih.
  • Jangan berjalan, lari, bergocoh atau menjerit-jerit macam unta.
  • Jangan berhubungan jenis.
Pada puasa Dvadasi, buka puasa dengan makan Nellikkai, Cundaikai dan Agati Kirai. Jika tak ada lengkap tiga jenis barang itu, sekurang-kurangnya sediakan satu.

Dalam puasa Dvadasi, jangan makan labu air ular, bawang, madu dan makanan yang disediakan orang lain! Jangan lena siang hari, jangan makan tengah hari atau berhubungan jenis. Pantang!

Semua acara mesti dijalankan dalam rumah! Kalau di luar kampung, cukup dengan menjalankan separuh daripada acara. Jika di pekan, cukup amalkan suku dari acara. Semasa mengembara, buatlah acara sekadar patut dan mampu.

Abhi Vadaye

Pengenalan diri dijalankan menurut kepada kedudukan seseorang dalam samudayam kita. Yang muda beri tabiklah kepada yang tua. Kalau yang tua itu lelaki, katalah kepadanya, "Abhi vadaye..." sebelum meniarap di lantai menyembahnya. Kemudian baca dalam bahasa Sankerta.... "Catu sagara parayantham Gobrahmanebhya shubham bhavathu". Ertinya, sementelah empat lautan itu bertautan, maka marilah berbiak dengan lembu dan para Brahmana.

Dalam keluarga setengahnya, abhi vadaye dijalankan dan namaskaram diperbuat kemudian. Dalam setengah keluarga lagi, namaskaram dibuat dulu, baru dibaca abhi vadaye. Ikut tradisi keluarga kita sendiri!

Kalau perlu sentuh kaki orang tua lepas bacaan abhi vadaye, silangkan tangan kita dan sentuh tangan kanan ke kaki kanannya, dan tangan kiri ke kaki kirinya. Kalau tak mampu sentuh, sentuhlah tanah depan mereka.

Apabila dibaca abhi vadaye, sebutlah pravara resi yang membentuk puak kita. Bergantung kepada gotram kita, boleh jadi seorang atau dua resi, tiga, lima atau sampai tujuh resi pun. Semua pravara resi itu merupakan maharesi yang membentuk gotra kita.

Mulanya, semua gotra itu bermula dengan semilan resi. Dah lama masa berlalu, ada dekat-dekat 100 gotra semua. Ahli gotra kita dipanggil sebagai Sagothrar dan yang berasal dari pravara kita disebut lah Sapravarar. Pawiwahan dilarang dalam gotra yang sama mahu pun pravara yang sama kerana menjijikkan.

Dalam abhi vadaye mantram sebut pravara, gotra, sutra, dan veda keluarga kita. Kemudian sebut nama kita dengan imbuhan Sharma dan kemudian kata, asmi bho.

Sutra Brahmana Smartha Tamil
  • Aasvalayana
  • Kaushidhaka
  • Bodhayana
  • Apasthambha
  • Bharadvaja
  • Satyashada
  • Vaikanasa
  • Kathyana
  • Dragyana
  • Jaiminya
Sutra Veda

Rig Veda
  • Asvalayana
Krishna Yajur Veda
  • Bodhayana
Sukla Yajur Veda
  • Apasthambha
  • Bharadvaja
  • Satyashada
  • Vaikanasa 
  • Agnivsya
Resi ini semua menulis dengan terperinci sekali tentang bagaimana karma-karma dari kelahiran sampai kematian patut dijalankan. Purva prayoga merupakan upacara dari kelahiran sampai kematian manakala apara prayoga pula upacara selepas kematian. Semua upacara mesti dijalankan menurut sutra yang dipakai nenek moyang kita. 

Jika kita tak mendapat pedanda yang mengetahui sutra kita, maka tak wajar dijalankan upacara menurut sutra orang lain! Jika terpaksa, maka kita kena juga menjalankan upacara menurut sutra sendiri. Kemudian, kita kenalah menyebutkan Veda kita seperti Yajur Veda, Sama Veda bagi Saka adhyayi. Jika nama kita mempunyai Sharma sebagai nama keluarga pun, kita tak patutlah hanya menyebut, "Sharmanam aham". Perlu ditambahkan nama karana juga dan Sharma.