Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan buddha. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan buddha. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

Sabtu, 18 Oktober 2014

Selamat Menyambut Perayaan Dīpavali

Om Svasti Astu


Pejam celik, kita sudah pun melangkaui tempoh setahun. Rentetan peristiwa Makara Sankranti atau Surya melintas zodiak Capricorn pun bermula kembali. Brihaspati minggu ini, orang Hindu sekelian akan menyambut peristiwa Dipavali. Pelbagai jenis ceritera melibatkan kitab suci diperdengar kepada orang ramai. Di Singapura, Thailand dan Malaysia, tradisinya mengikut tradisi orang Tamil dan India Selatan. Ia turut disambut oleh penganut Sikh, Buddha dan Jain mengikut tatacara kitab suci dan kebudayaan masing-masing.

Dipavali, bukan saja merupakan perayaan keagamaan dan kebudayaan bagi bangsa Hindu sekelian. Sebaliknya juga, ia merupakan tempoh terbaik untuk berlatih merenung diri di samping kegiatan bersuka-ria bersama keluarga. Nyalakan cahaya kemuliaan di hati kita, bermurah hati, bersimpati dan bersikap empati dengan keluhan kesah makhluk lain. Biar ia bersinar cemerlang dan menyinari seluruh dunia.

Hari-Hari Perayaan

Perayaan ini ditandai oleh kedudukan bulan. Menurut kalendar Hindu, Amavasya atau tempoh tiada bulan merupakan titik terbaik untuk merayakan Dīpavali. Tempoh ini muncul setiap sepurnama dan di bulan Kartik (Nov-Dis). Pada hari itu, kita akan menyalakan panjut pelita atau pelita minyak tanah sebagai simbolik kegelapan disinari oleh cahaya sinaran cemerlang. Perayaan ini disambut selama lima hari untuk lima peristiwa:
(Sila klik di perkara-perkara di atas untuk melihat samacar perayaan, terima kasih)

Untuk adik-adik, jangan merempit pula dan jangan sibuk berpeleseran di merata-rata. Tolong ibubapa dan keluarga untuk persediaan menyambut perayaan serta sambutan-sambutan penting. Bacalah buku-buku agama dan dengar ceramah mengenai peristiwa perayaan supaya sambutan menjadi lebih bermakna.

Asato mā sat gamaya
Tamaso mā jyotir gamaya
Mṛtyor mā amṛtam gamaya
Om śānti śānti śāntihi

Dari ketidakbenaran menuju ke kebenaran
Dari kegelapan menuju ke kecerahan
Dari kematian menuju ke keabadian
Om semoga tenang-tenang hening-hening

Lagu: Mangala Olivisom
Album: Dīpa Rāgā
Penyanyi: Śaraña Jegathesan dan Sukaña Laxshimi
Komposer: Suresh Rogen dan Mansir Singha
Lirik: Suresh Rogen

Rujukan

Untuk bibliografi, silakan klik di sini, terima kasih. Rujuk cara mandi minyak di sini.

Isnin, 13 Oktober 2014

Agama Hindu

Om Svasti Astu!


Kepercayaan itu membentuk pandangan serta sikap seseorang dalam menanggapi kehidupan, yang seterusnya memberi panduan pula buat bertindak. Kepercayaan terhadap hal-hal yang ghaib seperti Tuhan, jiwa dan brahmāa (kosmos) sangat penting untuk mendekati kehidupan. Seseorang Hindu itu mempercayai banyak perkara namun, terdapat beberapa perkara yang dipersetujui oleh semua berkenaan dengan konsep-konsep kepercayaan umum.

Perkara Penting dalam Hindu Dharma

Asas-Asas Hindu Dharma
Pujavali dan Perayaan Hindu

Pecahan-Pecahan Hindu Dharma

Agama Hindu merupakan agama dominan atau sejenis cara kehidupan yang terbentuk di benua kecil India dan di India Hulu, melibatkan Indochina dan Indonesia. Ia melibatkan beberapa tradisi yang utamanya seperti tradisi:
Ia turut membicarakan mengenai tatasusila seharian berdasarkan kepada doktrin-doktrin karma (amal baik dan buruk), dharma (fitrah alam), serta norma-norma hidup bermasyarakat dan bersendirian. Agama Hindu bukan seperti agama Kristian atau agama Islam. Ia merupakan pengalaman yang dilalui oleh penganut-penganutnya yang mendiami tamadun Hindu di rantau benua kecil India, India Hulu dan India Kepulauan (Nusantara). Ia boleh dikelaskan mengikut kategori-kategori pandangan semesta (weltenschaung) serta keintelektualan yang tersendiri.

Agama Hindu digelar sebagai agama tertua di dunia, namun pengamal-pengamal tradisinya merujuknya dengan rujukan Sanātana Dharma, undang-undang jagat raya melampaui kewujudan bangsa manusia. Ia memberi petunjuk menerusi kitab-kitab suci mengenai dharma, atau tanggungjawab yang bersifat fitrah tersurat dan tersirat dalam kehidupan bangsa manusia tanpa mengira jati kelahiran, kedudukan, tradisi dan lain-lain, misalnya nilai-nilai kesucian jiwa, kejujuran, dan disiplin-disiplin rohani.

Sarjana-sarjana Barat melihat agama Hindu sebagai satu sintesis dan bentuk gabungan pelbagai agama, budaya, dan tradisi penduduk di benua India. Oleh itu, tidak boleh ditentukan siapa yang memulakan agama Hindu seperti agama Yahudi, Islam atau Kristian yang dimulakan di bumi, oleh Abraham dari Šumeru, di selatan Mesopotamia. Ciri-ciri agama Hindu yang melibatkan unsur-unsur alam mempunyai beberapa persamaan dengan pengikut agama-agama Sabian di Timur Tengah dan pengikut agama-agama Caucasus seperti pengorbanan (yajña) menerusi api yang turut dijalankan oleh orang Parsi.

Sintesis agama-agama membentuk agama Hindu seperti kini, sudah pun berlaku di benua India semasa zaman permulaan kehidupan tokoh agama Kristian, iaitu Jesus. Kemudian, ia wujud bersama-sama dengan ajaran Buddha untuk beberapa abad lamanya seperti yang terpamer di Srivijaya, Majapahit, India, Nepal dan di Pakistan. Sintesis agama ini melebar dari India Utara serta sistem masyarkat bertamadun menurut Arya Dharma ini melebar ke India Selatan, Indochina dan Indonesia.

Semenjak abad ke-19 M, bawah pengaruh kolonialisme Barat serta cabang disiplin akademik mereka, Indologi, istilah Hinduisme digunapakai dengan lebih meluas untuk merujuk kepada agama serantau yang mempunyai tradisi tersendiri. Selain itu, pemahaman popular mengenai Hinduisme dikuasai oleh "Modernisme Hindu" yang menekankan kepada aspek-aspek mistik dan kesatuan semua tradisi serta falsafah orang Hindu.

Ketika abad ke-20 ini, ideologi Hindutva muncul dan berperanan sebagai kuasa pemacu politik serta sumber kepada jatidiri kebangsaan di Republik India. Dari segi ini, tinta kita suka sekali mengingatkan pengikut agama-agama Hindu di Nusantara supaya teguh menghormati identiti di bumi anda serta ajaran-ajaran pendita purba anda sekelian. Di samping itu, berhubunglah juga dengan pengikut Hindu Dharma dari rantau lain supaya anda tidak ketinggalan.

Pengamalan tradisi kebudayaan dan keagamaan seseorang Hindu itu adalah seperti:
  • puja dan pembacaan japa mantra.
  • perayaan tahunan serta pengodalan di pura (kuil).
  • berdharma yatra iaitu mengunjungi tempat-tempat suci
Beberapa kelompok orang-orang zahid keluar dari dunia orang awam, seterusnya melibatkan diri dalam kegiatan rohaniah untuk mencapai moksha serta membantu orang awam lain menerusi pengajaran mereka.

Teks-teks Hindu yang utama boleh dikelaskan kepada:
  • Śruti, yang diwahyukan menerusi deva-deva.
  • Smti, yang dihafal dan diwariskan turun-temurun
Teks-teks utama yang mesti diketahui oleh setiap anak Hindu yang dvija itu seperti:
  • Veda-Veda
  • Upanishad
  • Mahabharata
  • Ramayana
  • Cetera-cetera Purana
  • Undang-undang Manu
  • Agama-agama dari kelompok Smriti.
Untuk mereka yang kurang berkesempatan atas sebab hambatan-hambatan persekitaran, untuk mendalami tradisi kita itu, cukup sudah dengan menatap Bhagavadgita dan cuba mengamalkannya semampu mungkin.

Kemudahan teknologi itu, sewajarnya dimanfaatkan demi kelestarian tradisi keluarga tuan-tuan. Jangan dibiarkan anak-anak terkontang-kanting tidak diberi pedoman. Kelak, balian pitruyajña untuk tuan-tuan kosong, tuan-tuan pun merana di kayangan sana mahu pun di neraka.

Sempena perayaan cahaya Dipavali ini, kita akan cuba untuk memperbaiki perkongsian supaya lebih tersusun dan bermanfaat untuk rakan-rakan budiman di Nusantara dengan berkongsi sepenuhnya mengenai Hinduisme. Semoga berbahagia selalu di samping yang tersayang hendaknya.

Satya Śiva Sundara... O Śanti Śanti Hi!

Sabtu, 26 Julai 2014

Saṁnyāsa: Terbitan


Pengertian

Erti ringkasnya itu lebih kurang, "meletakkan habis segala sesuatu". Yang seerti dengan Saṁnyāsa itu adalah:
  • Bhiku atau Bhikuka.
  • Parivraja atau Parivrajaka.
  • Sādhu.
  • Siddha.
  • Śramana.
  • Tapasvin.
  • Yati.
  • Vairagi.
Di sebelah hulu ini terdapat juga sabdavali tempatan seperti dari bahasa Siam, bahasa Kawi, bahasa Melayu dan lain-lain:
  • Ajar-ajar (lelaki) atau ubun-ubun (perempuan) di Jawa.
  • Chao phanava di Siam.
  • Pertapa menurut bahasa Melayu.
Tahap hidup ini sudah muncul semenjak samaya vedika lagi. Oleh itu, penganut ajaran Buddha dan Jina masih diperkirakan sebagai orang Hindu juga.

Kelompok

Kelompok Bhiksu yang tersebut dalam veda-veda suci seperti Atharvaveda, gveda dan Yajurveda itu ada empat jenis:
  • Keśin.
  • Mui.
  • Yati.
  • Vrtya.
Keempat-empat kelompok bhiksu ini berkait dengan tradisi-tradisi Betara Siva dan Rudra. Selain itu, ada juga melibatkan Surya, Vayu dan Agni. Yati pula berkaitan dengan Betara Indra.

Jenis-Jenis

Guru Sankara menerusi Vivekacudamani, sloka ke-81, berbicara mengenai mereka yang tertakluk kepada penderitaan hidup yang mengutuk samsara. Jelas beliau, vairagya mereka itu dibuat-buat saja, tidak sepenuhnya atau tidak kekal. Dari segi ini, Sri Chandrasekhara Bharati dari Sringeri menjelaskan bahawa, hati pertapa-pertapa tersebut sebenarnya belum bebas sepenuhnya lagi dari visaya (bahan-bahan deria). Hati mereka masih rindu kepada benda-benda tersebut termasuk juga kepada bahan-bahan bersuara atau sama.

Oleh itu, Guru Sankara menyuruh supaya dibunuh setan visaya itu. Caranya seperti apa? Dengan sentiasa teguh dengan vairagya. Menerusi itu saja, samudra samsara yang dipenuhi dengan gelombang dari tekanan kelahiran, kematian dan peristiwa itu boleh dilintasi tanpa halangan. Saksat Karana (persepsi dari firasat) dari Brahman Maha Agung pun timbul (Vivekacudamani, sloka ke-82).

Empat jenis pertapa pula muncul berantingan menurut kelompok keagamaan samudayam. Mereka ini asalnya jenis ajar-ajar hutan dengan pelbagai tahap keazaman:
  • Kutichaka.
  • Bahudaka.
  • Hamsa.
  • Paramahamsa.
Baru-baru ini, pemerhatian menunjukkan wujud dua jenis bhiksu kain kuning bertongkat:
  • Ekadanda, tongkat nan sebatang.
  • Tridanda, bertongkat tiga.
Mereka mempunyai beberapa perbedaan dari segi amalan.

Isnin, 21 Julai 2014

Tugas Ibubapa

Svasti Sri!


Kelahiran anak itu merupakan peristiwa suka. Mempunyai seorang anak dan membesarkannya itu satu cabaran yang boleh dimulakan dengan penuh keyakinan dan suka. Pada masa yang sama, pengorbanan dalam tempoh yang lama dan tanggungjawab di pihak ibu bapa pun bermula.

Walaupun manusia menduduki tempat termaju di tangga evolusi, namun, manusia tetap mengambil masa untuk mencapai kematangan dan berdiri di kaki sendiri. Maka, ibu bapa itu memegang adhikara pula untuk membela dan mengasuh anak-anaknya supaya menjadi manusia berguna di jagat raya dan di masa depan. Menjelang beberapa satavarsa itu, samudaya pun membentuk formula-formula tertentu yang diuji dengan baik sekali untuk membimbing ibu bapa dalam tugas mereka membela anak-anak.

Sehubungan itu, agama memainkan peranan penting dalam menyediakan rangka kerja untuk membantu ibu bapa melatih anak-anak dari segi tatasusila, sikap dan aryadharma. Untuk pengikut Guru Buddha, baginda pun turut memberi panduan berguna menerusi sarana untuk pendekatan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak. Perkara ini boleh dirujuk dalam Sutra Sigalovada.

Baginda mengaitkan perkara ini dengan pengalaman baginda yang terlihat seorang pemuda bernama Sigalaka menjalani upacara anjali menyembah enam penjuru: utara, selatan, timur, barat, caramapara dan ke bawah. Baginda Buddha pun mendekatinya seraya bertanya, apa pengertian perbuatannya itu? Dijawabnya, tidak diketahui pula pengertiannya kerana dia cuma menurut sarana gemolah bapanya saja. Baginda sebaik mendengar jawapan itu, tidak pula mengutuk lelaki itu kerana tidak mengetahui pengertian perbuatannya itu. Baginda Buddha memberi nirvacana amali berguna pula untuk perbuatan tersebut...
  • Mematuhi dharma kita sendiri terhadap ibu bapa.
  • Mematuhi dharma terhadap guru-guru, bhiksuka dan brahmana.
  • Mematuhi dharma terhadap isteri.
  • Mematuhi dharma terhadap anak-anak.
  • Mematuhi dharma terhadap sesama makhluk.
Jelas di sini, bahawa baginda Buddha menekankan mengenai peri penting perhubungan sesama makhluk terutama sekali hubungan ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa mesti menjaga anak-anak, memberi kebebasan bila tiba masanya dan memberi hak-hak yang sepatutnya. Di samping itu, anak-anak mesti memperluas kebaktian sebagai pematuhan dharma mereka. Ia mesti diperbuat dengan saling penghormatan, ikhlas dan penghargaan. Bukan demi mengharap pulangan atau balasan.

Penting sekali disedari perhubungan rapat antara keibubapaan dengan agama. Ibu bapa mesti menyertakan agama dalam kelahiran anak-anak. Keluarga yang membina perhubungan sepanjang garis agama, tidak mungkinlah akan gagal. Menjadi dharma ibu bapa untuk membina hubungan dengan mengikut garis agama dan adat-adat Hindu. Pengikut Buddha tidak perlu lah untuk membaptis anak-anak seperti orang Kristian. Cukup sudah membawa mereka ke pura dan biara untuk sentiasa memperbaharui kepercayaan terhadap Triratna, bersarana dengan Phra Guru, Dharma dan Samgham. Trisarana ini sepatutnya menjadi pasak keyakinan ibu bapa bahawa anak-anak itu dilindungi dari segala mara bahaya dan kejahatan.

Kita tidak boleh menafikan kewujudan bala tentera kejahatan. Ia wujud di sekeliling kita dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ia memberi keburukan dan boleh merosakkan kita. Membawa anak-anak ke pura, biara dan menjalankan adat-adat memberi kebaikan dan keselamatan pula untuk anak-anak.

Langkah membawa anak-anak ke pura itu boleh menjadi permulaan yang baik untuk mengikat semangat mereka dengan agama. Mereka boleh kembali ke pura jika menghadapi masalah di masa depan. Untuk kebaktian ke ibu bapa dan pitru itu, tolonglah rujuk ke Bhagavadgitam dan adat-adat Hindu.

Rabu, 9 Julai 2014

Kebangkitan Sungawangsa


Sungawangsa (185-73 SM) bermula sekitar 185 SM, kira-kira 50 tahun selepas kemangkatan Sri Maharaja Aśoka. Wangsa ini dimulakan oleh seorang senapati samaraja Maurya, Pusyamitra Sunga. Beliau membunuh maharaja Brghadrata Maurya, kemudian merampas singgahsana.

Sastera agama Buddha seperti Aśokāvadāna, menegaskan bahawa Pusyamitra itu sangat kejam terhadap pengikut Buddha dan beliau menggencar-gencar ajaran Buddha. Pusyamitra adalah seorang Brahmana (Brahmin Ortodoks) walaupun menjadi seorang pegawai tentera. Divyāvadāna mukasurat 429-434 mencatitkan bahawa, "beratus-ratus vihara diranapkan dan beratus-ribu bhiksu tidak bersalah pun habis terbunuh".

Sebanyak 840,000 cetiya Buddha yang terbina sejak samaya Aśoka pun dipecahkan, serta 100 wang emas ditawarkan untuk setiap kepala bhiksu Buddha. Penganut Buddha mendakwa vihara-vihara lain pula dirubah menjadi pura Hindu, seperti di negeri-negeri Nalanda, Bodhgaya, Sarnath dan Mathura antara lainnya. Sejarawan moden pula bertelingkah mengenai dakwaan sastera dan bukti-bukti carigali purba. Mereka berpendapat bahawa mungkin terjadi kesusahan kepada institusi-institusi Buddha selepas sokongan yang diterima dari keluarga diraja Maurya. Namun, tiada pula bukti mengenai penindasan berterusan ditemui dari pengkajian.

Etienne Lamotte memperhati, "Untuk mengadili menerusi dokumen-dokumen pun susah juga untuk menuduh Pushyamitra sebab kekurangan bukti. Seorang lagi sejarawan, Romila Thapar menunjukkan bahawa pencarigalian purba, mencadangkan yang sebaliknya bagi dakwaan terhadap senapati Pushyamitra, "sebagai seorang Brahmana taksub dan anti-Buddha, dia tidak pernah pun memusnahkan sebanyak 840,000 cetiya seperti tuduhan karya penganut Buddha." Thapar berpendapat bahawa cerita itu mungkin berlebih-lebihan saja. Ia seperti menunjukkan rasa sakit hati tokoh-tokoh penganut Buddha yang risau melihat kejatuhan institusi Buddha dalam kepentingan agama selepas Sungawangsa berkuasa.

Menurut Francine Tissot, berlaku perpecahan tradisi di lembah Ganga. Setengah pengikut Buddha bergerak ke utara, uttarapatha dan setengah ke selatan, dakṣinapatha.

Selasa, 8 Julai 2014

Kerja Penyebaran: Phra Janaka Aśoka


Maharaja Aśoka Maurya (273-232 SM) memeluk ajaran Buddha selepas peperangan berdarah untuk digvijaya ke atas rantau Kalinga (Odisha) di Timur India. Baginda menyesali kesengsaraan dan kesedihan disebabkan oleh peperangan tersebut. Baginda membuat pengumuman untuk mengelakkan keganasan dan menggantikan kesedihan kesan peperangan tersebut dengan penghormatan dan maruah untuk semua manusia.

Baginda menyebarkan ajaran Buddha menerusi pembinaan tiang-tiang dan cetiya, menghormati kehidupan binatang dan menggalakkan penduduk mengikut dharma. Contoh terbaik untuk ini seperti Mahacetiya Sanchi dekat Bhopal di India. Ia terbina ketika kurun ke-3 SM, dan kemudian diperbesar lagi. Lawang gerbangnya bergelar toranah dianggap sebagai contoh kesenian Buddha di India. Baginda turut membina jalan raya, rumah rehat, mahavidyalaya dan rupakara saliran sekitar negara baginda. Penduduk dilayan setara tidak mengira agama, kedudukan jati dan politik.

Samaya ini menandakan penyebaran lokara ajaran Buddha melampaui benua India ke rantau lain. Menurut piring dan pahatan tiang maharaja, rajaduta dihantar ke pelbagai negara demi menyebarkan ajaran Dharma sehingga ke Sri Lanka di selatan dan di negara-negara orang Yunani di sebelah Bactria serta kemungkinan juga sehingga ke Mediteranea.

Mahasabha Ketiga (250 SM)

Maharaja memanggil berhimpun para bhiksu di Pataliputra (Patna moden). Ia dipengerusikan oleh bhiksu Moggaliputtatissa. Tujuan mahasabha ini adalah untuk membersih Saṅgha daripada sadhu-sadhu bukan pengikut Buddha yang cuba mengambil kesempatan dari naungan pihak istana. Berikutan mahasabha ini, dharmaduta yang bertindak juga menjadi rajaduta dihantar ke seluruh pelosok loka yang diketahui.

Loka Yunani Hellenistik

Sesetengah piagam baginda Aśoka menceritakan usaha-usaha yang diperbuat baginda dalam penyebaran ajaran Buddha ke seluruh loka Yunani, yang ketika berlaku sepanjang sempadan benua India sehingga ke Yunani (Greece).

Piagam-piagam baginda menunjukkan kefahaman yang jelas mengenai susunan politik rantau-rantau Yunani Hellenistik seperti nama-nama dan tempat-tempat raja-raja Yunani ketika itu. Mereka itu semua didakwa sebagai penerima panggilan untuk memeluk ajaran Buddha... Baginda Aśoka (260-218 SM) menjemput:
  • Antiokos II Theos dari kerajaan Seleucid di Syria (261-246 SM).
  • Ptolemy II Philadelpos di Mesir (285-247 SM).
  • Antigonus Gonatas dari Macedonia (276-239 SM).
  • Magas di Cyrenaica (Libya moden) (288-258 SM).
  • Alexander II di Epirus (272-255 SM).
Tersebut dalam piagam...
"Jaya Dharma di sini, di sempadan dan sehingga 600 yojana (5400-9600 km) dari sini; masuk ke tempat raja Yunani, Antiokos memerintah. Begitu juga di negara-negara di sebelah selatan di negara Chola, negara Pandya sehingga ke Tamrapani" (Prasasti Tiang ke-13, S. Dharmika).
Menurut sastera bahasa Pāli juga, terdapat beberapa orang duta maharaja Aśoka itu berbangsa Yunani yang menjadi bhiksu. Perkara ini menunjukkan pertukaran dua budaya yang erat sekali:
"Tatkala Thera Moggaliputra, penyinar agama sang Jina (Aśoka), menganjurkan mahasabha (ketiga) sehingga ke penghujungnya... Baginda menghantar phra thera sekelian satu ke sini, dan satu ke sana... dan ke Aparantaka di negara-negara sebelah Barat di Gujerat dan Sindh), baginda turut menghantar seorang bhiksu Yavana (Greek) bernama Dharmarakshita". (Mahavamsa 12).
Piagam dwibahasa (Yunani dan Aramia) turut ditemui di Kandahar, Kabul. Piagam tersebut memperguna perkataan "ketakwaan" dari terjemahan bahasa Yunani, "eusebeia" untuk merujuk kepada Dharma. Sabdavali ketakwaan itu bukan bahasa Melayu Srivijaya tetapi bahasa Melayu berpengaruh bahasa Arab jadi jangan diperguna untuk terjemahan sastera agama pula, bimbang muncul kekeliruan. Guna sabdavali bahasa Sanskerta dan bahasa Prakerta!
"10 tahun bersemayam sempurna sudah, raja Piodasses (Aśoka) memperkenal eusebia kepada semua orang; dan dari ketika ini, baginda menjadikan ramai orang sedar diri, dan segalanya menerobos ke seluruh loka". (Terjemahan bahasa Yunani oleh G. P. Caratelli ke bahasa Inggeris).
Kurang jelas berapa banyak interaksi yang mungkin berpengaruh, namun sesetengah penulis akademik mengulas bahawa beberapa tahap persenyawaan pemikiran terjadi antara agama Yunani Hellenistik dan agama Buddha itu mungkin bermula di negeri-negeri Hellenia ketika itu.

Mereka turut menunjukkan kewujudan komuniti Buddha di loka Hellenia ketika itu, terutama di Alexandria (sebutan St. Clement) dan terdapat susunan kebiaraan pra-Kristian digelar Therapeutae. Mungkin sekali sebutan Yunani untuk Theravāda, yang menerima inspirasi dan amalan dari kebiaraan Buddha atau mungkin juga keturunan duta-duta maharaja Aśoka di Barat. Ahli falsafah Hegesias dari Cyrene, di tempat raja Magas memerintah ada juga diperkait sekali-sekala dengan ajaran duta-duta Buddha tersebut.

"Batu nisan untuk kubur-kubur pengikut ajaran Buddha dari samaya Ptolemy turut ditemui di Alexandria (Mesir), dihiasi dengan ukiran dharmachakra. Kewujudan pengikut Buddha di situ turut memberikan kesimpulan bahawa di tapak-tapak tersebut kemudiannya muncul pusat-pusat agama Kristian yang giat pula".

Dalam kurun ke-2 M, ahli dogma Kristian, St. Clement dari Alexandria mengiktiraf śramana-śramana Buddha Yunani dari negara Bactria serta yogi Hindu yang memberi pengaruh ke atas pemikiran orang Yunani (Greek):
"Makanya, falsafah, sesuatu yang tinggi kegunaannya berkembang di samaya purba dalam kalangan orang gasar, menyebarkan cahayanya ke seluruh bangsa. Kemudian, ia masuk ke Yunani (Greece). Yang terutama itu, adalah nabi-nabi Mesir, dan Kaldani serta Suryani; Druid dalam kalangan orang Gaul; Sramanah Buddha dari Bactria serta ahli falsafah Celtic; Orang Magi dari Persia yang meramalkan kedatangan penyelamat (Jesus) dan pergi ke Judea mengikut arah bintang. Yogi Hindu pun turut terbilang dalam ahli falsafah gasar. Dalam kalangan mereka itu, terdapat kelompok Zarmanai (Sramana) dan Brahmanoi (Brahmana)" - Clement Alexandria "Stromata, atau Buku Lain-Lain I, Bab ke-17.
Pelebaran ke Sri Lanka

Sri Lanka menerima putera maharaja Aśoka sendiri, Phra Kumara Mahendra (Mahinda) bersama enam lagi teman baginda sekitar kurun ke-2 SM. Mereka menyeru raja Devanampiya Tissa serta bangsawan lain memeluk agama Buddha.

Puteri baginda Aśoka, Phra Kumari Saṅghamitra turut mengasaskan kelompok bhiksuni di Sri Lanka. Baginda puteri membawa bersama serpihan pokok Bodhi suci yang kemudian ditanam di Anuradhapura. Ketika itu juga Mahāvihāra, pusat agama Buddha ortodoks Singhala turut terbina.

Sastera Pali turut disalin semula di Sri Lanka ketika pemerintahan rajaVattagamani (29-17 SM) dan tradisi Theravada pun berkembang mekar di pulau tersebut. Kemudian pengulas-pengulas sastera terkenal seperti Buddhaghoṣa (4-5 M) dan Dharmapāla (5-6 M) mengkaji agama di situ, dan merupakarakan ulasan-ulasan tradisional yang diwariskan. Walaupun tradisi Mahayana turut menerima pengaruh sedikit ketika itu, namun tradisi Theravada tetap unggul di situ dan Sri Lanka menjadi kubu terkuatnya sebelum ia melebar masuk ke negeri-negeri Hindu di Asia Tenggara pada kurun ke-11 M.

Pelebaran di Suvarnabhumi

Di sebelah Timur benua India di Myanmar dan Thailand moden, kebudayaan Hindu sangat berpengaruh dalam kehidupan orang Mon. Mereka sudah memeluk agama Buddha sejak kurun ke-3 SM lagi bawah suruhanjaya diraja maharaja Aśoka, sebelum pembentukan tradisi Mahāyāna dan Hinayāna lagi. Pura-pura lama mereka seperti Vishnu di Burma Tengah boleh dikesan sejak kurun ke-1 sehingga ke-5 M.

Kesenian mereka turut dipengaruhi kesenian Hindu samaya Gupta dan selepas Gupta. Gaya kesopanan yang berkembang di negeri-negeri orang Mon kemudian melebar ke seluruh rantau Asia Tenggara pula apabila kerajaan mereka berkembang pada kurun ke-5 dan ke-8 M. Tradisi Theravada tersebar di sebelah utara tanah besar Asia Tenggara menerusi pengaruh bangsa Mon sehingga ia terkebelakang oleh sebab pengaruh tradisi Mahāyāna sekitar kurun ke-6 M.

Menurut Aśokāvadāna (kurun ke-2 M), maharaja Aśoka turut menghantar duta ke utara, meredah Himalaya, ke Khotan di Lembah Tarim di Xinjiang, China moden, ke negeri orang Tocharia, yang bertutur sejenis bahasa Kaukasus.

Itihasa Buddha


Pengenalan

Itihasa Lavakara Ringkas
Kerja Penyebaran: Phra Janaka Aśoka
Kebangkitan Sungawangsa
Ajaran Buddha dan Yunani
Kemunculan Tradisi Mahayana
Kemunculan Tradisi Vajrayana
Kemunculan Semula Tradisi Theravada
Pelebaran ke Barat

Isnin, 7 Julai 2014

Itihasa Ajaran Buddha

Svasti Sri dan Suprabhatam!

Map: En. Gunavant Kartapranata, Indonesia

 

Kita cuba untuk memberi paparan mengenai penyebaran ajaran dharma menurut pandangan baginda junjungan Buddha di seluruh loka ini supaya cerah semua mengenai kedudukan ajaran Buddha di benua Timur ini. 

Itihasa ajaran Buddha ini sudah bermula semenjak kurun ke-6 SM lagi. Namun, dharma itu memang semenjak entah bila pun memang sudah ada. Sa bermula ajaran ini dengan janma Siddhartha Gautama di rantau Lumbini yang kini berada di Nepal moden. Jadi, ajaran Buddha merupakan antara ajaran tertua yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Ia menyebar dari timur laut benua India ke Asia Tengah di negeri-negeri orang jenis bangsa Turki dan Persia Timur, di Asia Timur seperti di China, Jepun dan Korea yang kini begitu diminati budaya hiburannya oleh bebatak (budak-budak kecil) tidak matang serta di Asia Tenggara seperti di Segenting Kra, Sumatera, Jawa, Kemboja, Burma, Siam dan Vietnam. 

Suatu ketika atau pada masanya, ajaran Buddha ini mempengaruhi rantau sebelah Asia ini. Itihasa ini turut dicirikan oleh perkembangan pelbagai pergerakan, perpecahan cawangan, dan aliran, yang antaranya itu adalah tradisi-tradisi seperti, Theravāda, Mahāyāna dan Vajrayāna, dengan tempoh-tempoh perkembangan dan pengundurannya.

Mahā Muni

Ringkasnya, baginda Siddhārtha Gautama merupakan muni agung yang menemui semula jalan para arya. Baginda itu seorang phra kumara Kshatriya dari bangsa Saka. Bangsa Saka ini menurut pencatit itihasa bangsa Yunani dilaporkan mendiami rantau Asia Tengah, Utara Caucasus di sebelah Laut Hitam, Laut Caspia dan Russia di sebelah Eropah. Yang di Nepal itu, adalah sekelompok bangsa Saka yang mengembara sampai ke situ ketika samaya Mahājanapadah. Ketika samaya penguasaan bangsa Parthia (Persia), bangsa Saka ini pernah menduduki negeri Sistān di Timur Iran moden bersempadan dengan Pakistān. 

Di sini, suka untuk kita untuk memperingat saudara-saudari supaya memperguna sabdavali yang tepat buat merujuk kepada tokoh mahamuni kita ini. Gunakan lah rujukan "baginda" apabila berbicara mengenai pangeran Siddhartha Gautama kerana baginda layak diberi sembah tabik serta penghormatan seperti kebiasaan raja-raja dan kerabat diraja lain walaupun kemudian baginda dengan sukarelanya meninggalkan istana demi kebajikan sesama makhluk lain.

Tanggal kelahiran baginda, tidak diketahui dengan tepat, namun kebanyakan sarjana "mencadangkan kurun ke-4 SM sebagai kurun kemangkatan baginda". Gotra (kelompok keturunan) baginda sebenarnya dalam kelompok Brahmana (Brahmin) seperti yang terbayang kepada nama keluarga baginda, Gautama. Sarjana Barat kurun ke-19 M seperti Dr. Eitel mengaitkan gotra baginda dengan Resi Brahmana, Gautama. Dalam kebanyakan sastera tradisi Buddha sendiri, disebut bahawa baginda itu berketurunan dari Resi Brahmana, Angirasa...
"Dalam Mahāvarga bahasa Pāli, 'Angirasa muncul sebagai salah satu panggilan gelar kepada Sang Gautama yang dicerahi; Jelas sekali puak baginda itu merupakan salah satu cawangan puak Angirasa..." (Itihasa Logik Hindu; Satish Chandra Vidya Bhushana)
Sarjana lain dari Barat seperti Edward. J. Thomas pun turut memperkait baginda Buddha itu dengan resi-resi Gautama dan Angirasa.

Selepas bertapa semadhi beberapa lama, baginda menemui Jalan Tengah yang sederhana menjauhi dari tindakan-tindakan melampau seperti memanjakan diri atau menyeksa diri. Baginda mencapai pencerahan selepas duduk bersemadhi di bawah pokok Pipal di Bodhgayā di negeri Bihar di India moden. Semenjak itu, pohon Pipal turut digelar sebagai pokok Bodhi dan baginda digelar sebagai Phra Buddha Chao yang ertinya, "yang dipertuan yang dicerahi" atau Samyak Sambuddha, serba cerah serba benar.

Baginda dan ajaran baginda menerima payungan dan teduhan kasih di negara Magadha oleh maharaja Bimbisāra. Baginda menerima ajaran baginda yang dicerahi itu sebagai kepercayaan peribadi baginda serta memberi kebenaran untuk pembangunan vihara-vihara di negara baginda. Jadi jajahan baginda turut digelar sebagai Bihār atau ertinya itu, Biāro menurut bahasa Melayu Srivijaya.

Di Taman Rusa dekat Vārāṇasī, baginda menyampaikan ceramah pertama baginda dengan mudra dharmachakra kepada pancha mitra yang sebelumnya turut bersama baginda mencari pencerahan. Mereka bersama baginda membentuk kelompok Saṅgham, maka lengkaplah Trairatna; Buddha Guru, Dharma, dan Saṅgham. Untuk sisa hidup seterusnya, baginda yang dicerahi itu mengembara di Lembangan Gangga di sebelah Timur Laut India dan rantau lain. Baginda masuk ke parinirvāṇa di Kuśināra. Sebelum mangkat, baginda dilaporkan memerintahkan pengikut sekelian supaya menjadikan dharma sebagai pemimpin!

Para arahant mulaan menganggap sabda baginda itu sebagai punca utama bagi dharmam dan vinayam. Mereka berusaha keras untuk menyusun dan menyebarkan ajaran bginda itu dengan tepat. Kumpulan sabda baginda yang tidak berhias sayangnya tidak terselamat. Versi sastera agama yang diterima dalam bahasa-bahasa Pāli, Sanskerta, Cina, dan Tibet semua itu berbau pecahan aliran yang berkembang dan menyinar ketika tiga satavarsa pemindahan ajaran dari mulut ke mulut.

Ajaran Buddha Lokara

Lokaranya, ajaran Buddha bertumpu di lembah Gangga. Kemudian ia melebar perlahan-lahan ke merata-rata dari situ. Punca sastera menyimpan catitan mengenai dua mahasabha. Dalam mahasabha tersebut, kelompok Sangham mengumpulkan simpanan-simpanan sastera menurut ajaran Buddha dan menyelesaikan beberapa pañhā mengenai vinaya dalam Sangham.

Mahasabha Pertama: Kurun ke-5 SM

Berlaku selepas kemangkatan baginda, dipengerusikan oleh Gupta Mahākāśyapa, salah seorang pelajar lokara baginda di Rājagṛha (Rajgir di Nalanda, Bihar). Ia menerima sokongan ajaran raja Ajāthaśatru.

Paranaya
  • Mencatit segala ajaran baginda menjadi sutra-sutra.
  • Membangun Abhidharma.
  • Menyusun dan mengekodkan vinayam.
Sepupu baginda Buddha dan pelajar terutama baginda, phra Ānanda diminta membaca perbincangan, ceramah dan Abhidharma. Phra Upali diminta membaca rukun-rukun vinayam. Itu semua membentuk dasar bagi Tripitaka yang dipelihara dalam bahasa Pāli saja.

Mahasabha Kedua: Kurun ke-4 SM

Dianjurkan di Vaisali. Puncanya kerana sesetengah phra bhikū mula bermain-main dengan rukun vinaya serta tidak mengikut tatacara yang dipersetujui sebelumnya. Di perhimpunan tersebut, dibaca semula rukun vinaya dari perhimpunan sebelumnya untuk memberi amaran bahawa perbuatan bhikū-bhikū itu sudah menyalahi ajaran yang telah dicatitkan.